Tuesday, June 17, 2014

Sekian Lamanya.

Bismillah..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Aku rindu.
Telefon yang berdering setiap hari.
Aku rindu.
Suara tua itu.

Emak.

Jangan lah macam ni.
Maafkan anak . sekali lagi.

- kun -
17/6/2014
Rehat. Pelantar ofis.

Monday, January 6, 2014

aku.saya.diri.dia . dan sebenarnya semuanya tentang diri.

bila duduk berteleku sekejap, berfikir.
mungkin ini kifarah.
kifarah atas dosa-dosa saya yang dulu.

jika benar, alhamdulillah Ya Allah,. dan aku sebagai hambaMu. REDHA.

jika ini dugaan, juga alhamdulillah Ya Allah, dan aku. REDHA.

pada saya, doa emak itu yang mujarab.
bila saya jatuh dan Allah turunkan seseorang untuk membantu, itu adalah kerana doa emak.
bila saya alpa, dan Allah turunkan sakit untuk menyedarkan saya, itu juga adalah doa emak.

terima kasih, kerana Allah itu masih sentiasa memerhati, melindungi, dan menyayangi.

untuk seluruh anggota badan dan diri, saya memohon maaf.
untuk segala rasa sakit dan sedih pada hati, juga saya memohon maaf.

sesungguhnya saya memaafkan diri saya.
dan saya tak akan pernah berputus asa.
percaya dan yakin, Allah sentiasa bersama.
dan emak juga sentiasa bersama.

..................................................................................
Pada saya, motivasi diri tu penting. duduk seorang diri, dan fikirkan apa yang dah kita lakukan pada diri, dan juga pada orang sekeliling.
Pada saya, rasa sakit dan dugaan yang Allah turunkan itu juga penting. Sebagai manusia, itu adalah satu cara. Cara Allah untuk manusia sedar dari dunia alpa, biar manusia sakit dan menangis, hingga suatu ketika, manusia kembali mencari diri sendiri yang sebenar. menuju jalan yang benar. biar sakit. biar menangis. biar kesepian. Kerana waktu itu adalah waktu untuk manusia mencari fitrah asalnya.

Pesan saya pada diri,, sentiasalah berdoa, semoga mendapat hidayah Allah. dan semoga mendapat petunjuk Allah. Semoga saya tidak terus hanyut dan alpa.

Ya Allah, terima kasih untuk rasa sakit ini. aku bersyukur.

....................................................................................
Bila semakin hari semakin sedar, dan pengalaman yang telah saya lalui itu memang sungguh berharga kepada diri. Sungguh besar pengajaran dan pedoman.

......................................................................................
Biarlah diri ini hanya untuk Mu. Wahai Maha Pencipta kami sekalian alam..




-kun-
6/1/2014
(Happy 27th kun)