Wednesday, June 5, 2013

Cara Melupakan Kekasih Lama Kesedihan Lama

mami datang bawak pisang.
pisang goreng masak goreng.
oh whatever lah

you ols . lupakan kesedihan you ols sekarang! kau paham ke tak paham nih. okay okay. sesiapa yang tengah bersedih tengah kurung diri dalam bilik tengah tegheyak (menangis nak habaq hang) sedu sedan tu. tolong berhenti.

senang cerita kau tengok sekeliling kau. ada orang tengah berlari lari tak? ada kereta tengah berpusu pusu tak? ada pakcik tengah bawak cucu tak? itu yang baik. atau kau tengok sekeliling kau ada orang gila ada pengemis. amacam? kau nak jadi yang macam mana.

hello come on. semua orang tengah berlari lari nak kejar itu kejar ini. sorang sorang merungut tak cukup masa tak cukup masa ada banyak benda nak kena settlekan. tapi kau?eh hello ? kau pulak boleh duduk termenung asyik duk terpikir masa silam yang dah berlalu? no no. tu buang masa namanya. menzalimi diri sendiri sebab tak redha dengan qada qadar Allah. menzalimi diri sendiri sebab asyik bagi makan hormon sedih. menzalimi diri sendiri sebab masih berada di jalan belakang. pintu belakang. tak berganjak ganjak daripada masa lalu. bangun oi bangun!

tak payah nak meratapi sangat dah. kau ada ibu bapak. kau ada kakak abang adik kawan kawan. go to hell dengan lelaki lelaki yang buat hidup kau sengsara tu. kau kurus kering ka sedih tertonggeng ka apa dia kisah dah. yang kisah sapa? mak ayah kau jugak...

kembali kepada realiti. bukak mata luas luas tengok dunia sementara Allah ni. bukak telinga luas luas dengar bunyi bunyian yang bising ni. bukak mulut. bukak mulut makan nasik, senyum, gelak ketawa, kesian muka kau. asyik ketat tak sudah sudah.

okay jom... buang semua kesedihan yang dah berlalu. masuk dalam plastik sampah hitam. bungkus ketat ketat. lempar dalam sungai . kalau dalam empangan tahik lagi bagus. hahaha. and say good bye. good bye.. and you ll found yourself are smiling. pandang hadapan, dan move forward. you have life. your own life..
be energetic, and walk! walk!

dan last bebelan, nak ingatkan,, satu yang penting ialah, jangan kau letak dalam hati kau fikiran kau, kau nak buktikan dekat dia yang kau boleh buat. yang kau bahagia. no . jangan dan sesekali jangan.. bila mentality kau dah set matlamat tentang kebangkitan diri kau semula adalah semata mata kerana nak buktikan kepada lelaki lelaki itu, nak dia jegil mata terkejut tengok kau.. oh tak payah nak berangan sangatlah. tinggi sangat matlamat tu. tu pura pura bahagia namanya.. sebab apa?, sebab bila kau dah berjaya tunjuk kepurapuraan bahagia kau dekat dia tu, kau akan start cari dia balik. dan kau jadi lemah balik bila akhirnya kau tengok dia dah ada someone special . nampak permainan hati kau di situ? jadi buang terus, dan tetapkan matlamat hidup kau ialah, kau nak gembira, kau nak beribadah in whatever thing kau buat(means benda yang baik baik lah kan), kau nak penuhkan setiap waktu waktu yang berjalan sepanjang hari kau dengan sesuatu yang terisi dan berisi. kau nak esok bila kau bangun pagi kau re-energizes. kau happy.

sebab apa kau kena walk! walk! walk!. sebab kau kena percaya Allah..
percaya Allah sedang memerhati Allah sedang mendengar Allah telah merancang sesuatu dan Allah telah mengetahui segalanya. Percaya tu. kena percaya okay !

dah dapat sedikit sebanyak energy yang kakak bagi?
alhamdulillah kalau dapat.
kalau belum dapat cuba lagi sampai dapat. pergi ambil wudhuk, sembahyang, dan cari semula diri sendiri.
kembali kepada fitrah yang asal. hati kau , jasad kau, semuanya sedang gersang sebab kurang beribadah dengan Allah. kau kejar cinta manusia, tapi kau lupa cinta Allah..

find yourself back.
*insyaallah,..

notasawan: nasihat dan bebelan ni turut terkena dan menampar hati dan jasad sendiri. sendiri telah sedar dari tidur yang panjang, dan bangun untuk kongsi rasa dan cara.. i think, i ve found myself back. alhamdulillah, teruskan istiqamah.

ok bye u ols.
 thanks for reading. sayang u ols.


No comments:

Post a Comment