Monday, May 27, 2013

jangan berhenti berdoa emak

Ya Allah,
limpahkan emak ketenangan dan kebahagiaan di hati dengan rahmat dan redha dari Mu
hapuskan dosa ayah kerana perbuatan aku
hapuskan dosa emak kerana perbuatan aku
sesungguhnya mereka telah berusaha bersungguh untuk mendidik amanah yang telah Engkau berikan ini
sesungguhnya mereka telah berusaha menyayangi dan membawa aku untuk mengasihi Mu
Engkau hapuskan dosa mereka..
amin.

terima kasih Allah
terima kasih emak
terima kasih ayah

jangan berhenti berdoa emak..


-bantu aku untuk istiqamah. aku masih rapuh- malam, 27Mei2013

Friday, May 24, 2013

depress

tiada matlamat
tiada kemajuan
tiada simpanan
dan tiada wang

adakah sebenarnya aku saling tak tumpah seperti pengemis di jalanan??????

ya!

ok bye u ols

Tuesday, May 21, 2013

rindu

merenung gambar di hadapannya itu
kemudian dia tersenyum sendiri
terimbau sebentar cerita lama
lagi lebar senyuman

angguk angguk

ya
dia sedang merindui

namun itu semua urusan Allah
hikmah Allah
dan rancangan Allah

mengerti, dan terus sendu menguasai diri

ok tutup dan sambung kerja
hummmpuhh..
cukup. merindui orang yang sudah lama menjauh
buat apa?

tapi dia sedar.
mereka sendiri tidak pernah jauh
masih dekat . masih bau . masih dengar . masih tahu .


- tahi lalat di tengah kening itu yang dirinduinya - 20.05.2013

Friday, May 17, 2013

Terima kasih Guru dan Ibu

Terima kasih ibu yang sebenarnya guru untuk setiap sesuatu

Terima kasih guru yang sebenarnya mereka juga adalah ibu


Terima kasih untuk setiap didikan dan tunjuk ajar.

Ya Allah, mereka telah pun melaksanakan tanggungjawab mereka. Engkau berkati dan rahmati mereka.
amin.

selamat hari ibu & selamat hari guru
mulianya untuk kedua golongan ini

Lift Me Up


Lift me up
and help me
Fly Away

Ketawa itu Pahit

di dalam keramaian itu dia ketawa, canggung
mata melilau melihat sekeliling, lalu masih canggung
diam dia bangun, sesak

ke belakang sedikit dari keramaian itu
dan dia lega
diam
sunyi dan sepi

ah, pedih itu akhirnya mengalir, keluar di pelupur mata
kuat lagi dia ketawa kuat lagi pedih itu.

- pagi, rindu, 17.05.2013

Monday, May 13, 2013

ulat buku

Assalamualaikum wbt,

Hi.
Senyum.
Serius semula.

senyum semula.

ok tak? Malas nak update. tapi ada satu nak cakap.

Bagi aku orang yang suka baca buku ni adalah kategori LOOSER. Macam guwa.

hahahaha
boleh tak cakap macam tu,? akakakah.  bukan apa, depa yang suka membaca ni lebih kepada hidup di dunia lain. Entah sedar ke tidak sebenarnya orang depan hampa tu tengah bercakap apa kalau dah mata dan hati duk ralit membaca buku. kaaaaaaaaaaaan? ekekekek.

adui tak tau kenapa lately ni rasa sunyi sangat. 

notakulat: Hati aku sudah jauh terpesong. Dan kini dia mahu pulang ke fitrah asalnya. Fitrah sebagai hamba Allah. Bantu aku ..

Friday, May 10, 2013

Allah..

Never stop believing in Allah. He will always be there for us. Whenever. Wherever we are.


Salam Jumaat

Ada satu perkara wa risau tentang diri wa. Sifat Takabur. Nanti wa selitkan yarhh.

Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Siapakah yang menjadi sahabat yang paling baik bagi kami?” Jawab Rasulullah s.a.w: “Seorang yang apabila kamu memandangnya, kamu teringat akan Allah, apabila kamu dengari cakapnya, bertambah pengetahuan kamu tentang Islam, apabila kamu melihat kelakuannya kamu teringat kehidupan akhirat.”

Saya tak memilih sahabat , tapi saya nak jadi sahabat yang macam ni..

sumber : NurFirdaus :) terima kasih

Thursday, May 9, 2013

Berubah kerana Allah


Ketika kau kesepian, jangan kau katakan 'aku sunyi' -
tetapi katakan pada diri, di sisiku sentiasa ada Pemerhati.
[ Imam Ghazali ]

Alhamdulillah
bantu aku untuk aku hilangkan tompok tompok gelap pada hati , diri , dan jiwa ini Ya Allah