Tuesday, November 27, 2012

Harimau Malaya tidak mengaum?

Assalamualaikum wbt


saya tidak menonton bola sepak
tapi saya tahu setiap perkembangan

doa saya sentiasa mengiringi 
bukan kerana pemain pemain bola sepak negara

tapi kerana sokongan rakyat Malaysia
sentiasa tidak pernah putus dan tidak kenal erti lelah

wahai kamu semua pemain harimau malaya
bukaklah mata
terangkan pendengaran
tengok sekeliling
mereka semua datang untuk kamu

buat yang terbaik insyaallah akan dapat ganjarannya
tapi kalau dah main pun malas, mana nak dapat

penyokong juga punya hati
kalau sudah banyak kali dikecawakan
takut nanti hilang semuanya.
 
bai~!

semoga berjaya..

Friday, November 23, 2012

time running fast

Assalamualaikum wbt

aku mungkin sedang mengejar sesuatu
umur dan masa

mana mungkin cukup hari - hariku yang berlalu kalau tidur adalah 8-9 jam?

siangku kerja
malamku belajar


..................................................................................................................................................................

but 1 thing is.
aku mesti sudah ada 1 syarikat sendiri sebelum sampainya umur aku 30.

dan kemudian..

L to the O to the V to the E
L.O.V.E

haiyya belangan lagi. talak habih habih wa belangan.

notamatakukelayuan : sudah 3 hari wa berjaya tak makan nasik. ikan dan sayur sahaja! syabas bette

Tuesday, November 20, 2012

Jadilah Kamu Seperti Padi

Assalamualaikum wbt,

Benar . Kalau marah, istighfar.

Benar. 

Aku punya pendirian.
Tapi setiap manusia lain perangainya.
Kamu nampak yang dilakukan itu salah.
Tegur dengan cara baik.
Jangan melenting.
Umpama kamu itu bak Raja
Nanti kamu saling tak tumpah seperti Firaun

Istighfar. Istighfar.

Aku bimbang cuma yang satu.
Takut . aku dimakan sifat yang angkuh dan bongkak.
Astaghfirullahalaziim..

"Jadilah kamu seperti padi
Semikin berisi semakin ia tunduk ke bawah."




notadalamselimut: Semalam ada seorang kawan tegur, saya nampak sangat lonely. oh tidakk! 

Monday, November 19, 2012

I am because i made it yesterday

Assalamualaikum wbt,

dah lama wa tinggalkan dunia blog..


Sepi. dan terus sepi. 
Akal yang berfungsi, mematikan terus keinginan hati.
Sekarang bukan masanya untuk saya mengikut rasa hati.
Semua perlu diatur dengan sebaiknya.

bukan untuk siapa-siapa.
tapi untuk diri sendiri.
emak ayah.

penat. lemah. tak berdaya.
tapi demi masa depan saya perlu kuat semangat..

kadang saya terfikir kenapa mesti bumi berputar hanya 24 jam sehari?
tidak cukup rasanya.
terlalu cepat kau berlalu wahai masa!




hanya untuk emak ayah. saya perlu kuat..