Wednesday, July 11, 2012

Emosi dan Perasaan


Tekanan perasaan yang terlalu tinggi akan membuatkan seseorang itu boleh menjadi mereng, sakit mental, sakit jiwa, tak betul ataupun lain perkataan adalah gila. Sebab tu, ada pepatah mengatakan jangan sesekali bermain dengan emosi dan perasaan kerana dalam kategori itu terdapat banyak sangat penyakit. Satu penyakit yang ngeri aku rasakan. Disebabkan penyakit-penyakit itulah yang boleh terjadinya orang minum clorox, orang bunuh diri, pijak anak sendiri, bunuh mak sendiri dan macam - macam lagi yang boleh menyebabkan berlakunya sesuatu perkara di luar kawalan sendiri. Tak mustahil kan sesiapa pun boleh jadi macam ni. Aku, Kau, orang-orang terdekat, sekeliling. Takutnya..
Sebab tu.. kalau emosi dah tak stabil, cepat-cepat ambil wudhuk. Cepat-cepat cari Pencipta kita.
Cari kawan-kawan.. kalau dah memang tak de kawan, baca banyak-banyak buku motivasi..
Jangan nak diikutkan sangat hati perasaan tu.. Kalau terlalu ikut lama-lama jadi durjana sampai kita sendiri dah tak sedar tindakan yang akan kita buat nanti adalah normal atau tidak. Tindakan yang kita buat tu adalah betul atau tak betul. kalau dah akal tak boleh nak kawal diri sendiri lagi, tak dapat nak menutup aib dan malu sendiri lagi, itu sudah di tahap bahaya.. Kesian aku tengok akibat putus cinta, putus tunang, cerai berai, akal fikiran dah dibuang jauh. Layan sangat perasaan sedih tu sampai lupa bahawa Allah yang mencipta sekalian alam
k bai.
^_^
p/s: Tadi sebenarnya ada tertengok suatu video yang hangat deperkatakan tak lama dulu. Ramai yang menyampah dan ramai jugak yang suka. Dia berjaya buat orang menyampah dan juga berjaya buat orang gelak atau pun orang cakap 'ieww!. tapi penderitaan yang dia alami siapa yang tahu?. Kesian sangat. Seolah-olah sangat sunyi dan tiada tempat untuk mengadu. Maka, terjadilah beberapa perkara yang macam tu...

Seseorang individu itu, akan buat pelbagai perkara untuk menenangkan tekanan perasaan yang mereka alami. Kalau rasa diri sendiri terlalu tertekan, tolonglah hindarkan..  jangana sesekali biarkan diri sendiri tanpa kawalan. Aku fobia tengok orang-orang yang tak boleh kawal diri sendiri ni.

huhu

No comments:

Post a Comment