Tuesday, July 31, 2012

one day

jika suatu hari ada peluang.
aku nak pergi zoo.
dan menjalankan kerja amal di sana.
aduhai!!
betapa teringin saaaaaaaaaangat......................................nak basuh gajah!!
heh.

Saturday, July 28, 2012

Ramadhan 8

Assalamualaikum,


haiiiiiii..
agak bosan sekarang. dan agak rasa bersalah. dan agak rasa insaf. hewhew.
tadi jalan-jalan blog Farah Lee. Kunfayakun. alhamdulillah,,, asap-asap hitam dalam hati ni dah hilang sikit-sikit. aku bukanlah hamba Allah yang sangat-sangat sempurna. selalu sangat tergelincir tersalah jalan. kadang-kadang dengan baca dan masuk dalam otak perkara-perkara macam ni boleh buatkan kita kembali ke pangkal jalan.
ada satu artikel . seperti di bawah. sila tengok cepat.!


uwuwhu.. betapa indah setiap bait perkataan kita dalam sembahyang. selama ni main baca, tup tup dah tahiyat bagi salam. entah paham ke tidak. entah ikhlas ke tidak..


Doa Iftitah
  
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.




Al-Fatihah


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk


Maha suci Tuhanku yang maha mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk


Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal


Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud


Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud


Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, kayakan aku, angkatlah darjatku, rezekikan aku, berilah aku hidayah, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku.


Bacaan ketika tahiyat awal


Segala ucapan penghormatan,segala kurnia, segala ucapan pengagungan dan pujian hanyalah milik Allah.
Semua perlindungan dan pemeliharaan untukmu, wahai Nabi, begitu pula rahmat Allah dan segenap kurniaNya.
Semua perlindungan dan pemeliharaan semoga diberikan kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Tambahan untuk tahiyat akhir


Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya. 
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya.
Berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya.
Sebagaimana Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut


Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahteralah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau pimpin.
Berkatilah untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak sesiapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. 
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan taubat pada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.






Anyway . terima kasih.
Alhamdulillah.


Selamat berbuka uollsss. Jangan membazir.
Tata

Monday, July 23, 2012

Ramadhan 3

Assalamualaikum.

Alhamdulillah...
dah 3 hari berpuasa kan! tapi masjid atau surau sekarang belum jejak lagi  . hewhewhew. sebelum puasa hari tuh bukan main kencang lagi sembang nak cukup kan terawih sepanjang ramadhan. biase lah kan. niat dah ok. teringin betul nak balik buka puasa dengan mak kat kampung. alahai....... :'(
hari pertama puasa bukak sorang - sorang. sahur pun sorang-sorang.
sebagai seorang wanita normal, aku ada rasa sedih pilu jugak lah bila tengok kiri kanan oh there's nobody but only me are eating alone so lonely.

huh........

hari ni nak goreng maggi pedas okeh slurp oke sikit-sikit sudah bayangkan maggi kang makruh

k bye.
:)

Wednesday, July 18, 2012

Putrajaya di hatiku

Hi. Assalamualaikum


adalah dimaklumkan tajuk di atas dirujuk. Heh mcm surt rsmi pulek


Uuhuhu. Rindu sgguh pjaya. Indah sungguh kenangan. :) hehe..hr ni dtg pjaya. Hajat di ht nk amik along yg br trun dr airport. Tp xd mknyela nk p amik kt klia nun.,jauh sangaaat plus,duit myk aku jugek yg habis. oleh itu ak pick up kt pjaya sentral sudah.. So.. Telah termaktub aku akan mnjadi drebar nya utk hr ni dan pg esok. :$


Apa pun.. Td mamam mee rebus.

Sorang2. Ehhh xda hal pun makan sorang-sorang.heheh. sllu tkut sgt... Kurr Agknya mybe dh lama x dpt mee rebus tu kot. tu yg terus makan x tgk org dh.. Huhuhuhu..


Dlu ptg2 ni lah tpt aku lepak mengorat mamat bmw . Ptg2 jugk ak p swim kt sebelah tu.. Ptg2 jugk aku menguruskn bdn dgn joging kt tasik tu.. Huhhuhu.. Rindunya..


Alahai putrajaya di hatiku..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, July 17, 2012

ICE AGE

Pagi.

Ice Age best kan? kompem best. adeh :'( tak dapat nak menengoknye

Monday, July 16, 2012

11pm

dah pukul 11malam.
ngantok ya amat. ehhhh??? selalu waktu ni dah lelap dah. tengok kiri kanan. oh..patutlah semua masih kat bawah. *P hmmmm

dah nak dekat sebulan dah aku kat tempat baru. alhamdulillah. dah boleh adapt that environment plus plus hepi plus gediq
otak sekarang ni makin tua makin slow plak. mulut pulak lancang aja sebut "bongok kau bongok"
eh oke dah ngantok ya amat ni

err aku sekarang dah takda teman nak berkasih sayang
jadi selamat kembali ke dunia blog.

*bagi aku dunia belog aku ini adalah dunia...cakap tolang-tolang dan gelak tolang-tolang*

ok bai..

:)

Wednesday, July 11, 2012

Kembar bagi setiap Manusia

 Assalamualaikum,

Saya seringkali terdengar berkenaan dengan kembar kita. Yang mana setiap manusia dilahirkan bersama-sama kembar masing-masing. Semalam saya ada melawat kawan yang sedang berpantang. Diceritakan kepada kami mengenai uri. Selama ni saya hanya paham uri perlu ditanam. Rupanya uri itu adalah penjaga kepada anak kita selama 9 bulan di dalam perut, yang mana uri itu adalah kembar kepada bayi. Sejauh mana kebenarannya, saya masih lagi dalam proses untuk belajar. 
Tadi,search berkenaan kembar di Google. 
Rupanya,  
Berbeza dengan uri, setiap manusia mempunyai kembar, kembar itu adalah Qarin.
 

Apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." 


Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam."
(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan."
(Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia.Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

#Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan.


Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.

*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.

JANGAN SEKALI KALI TEWAS DENGAN NYA DAN KEMBALI SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR ! 
Article copied from here
"Ya Allah, semoga setiap pembelajaran aku ini adalah pelajaran yang betul, dan tidaklah aku terpesong sehingga membolehkan syirik dan amalan khurafat."

Emosi dan Perasaan


Tekanan perasaan yang terlalu tinggi akan membuatkan seseorang itu boleh menjadi mereng, sakit mental, sakit jiwa, tak betul ataupun lain perkataan adalah gila. Sebab tu, ada pepatah mengatakan jangan sesekali bermain dengan emosi dan perasaan kerana dalam kategori itu terdapat banyak sangat penyakit. Satu penyakit yang ngeri aku rasakan. Disebabkan penyakit-penyakit itulah yang boleh terjadinya orang minum clorox, orang bunuh diri, pijak anak sendiri, bunuh mak sendiri dan macam - macam lagi yang boleh menyebabkan berlakunya sesuatu perkara di luar kawalan sendiri. Tak mustahil kan sesiapa pun boleh jadi macam ni. Aku, Kau, orang-orang terdekat, sekeliling. Takutnya..
Sebab tu.. kalau emosi dah tak stabil, cepat-cepat ambil wudhuk. Cepat-cepat cari Pencipta kita.
Cari kawan-kawan.. kalau dah memang tak de kawan, baca banyak-banyak buku motivasi..
Jangan nak diikutkan sangat hati perasaan tu.. Kalau terlalu ikut lama-lama jadi durjana sampai kita sendiri dah tak sedar tindakan yang akan kita buat nanti adalah normal atau tidak. Tindakan yang kita buat tu adalah betul atau tak betul. kalau dah akal tak boleh nak kawal diri sendiri lagi, tak dapat nak menutup aib dan malu sendiri lagi, itu sudah di tahap bahaya.. Kesian aku tengok akibat putus cinta, putus tunang, cerai berai, akal fikiran dah dibuang jauh. Layan sangat perasaan sedih tu sampai lupa bahawa Allah yang mencipta sekalian alam
k bai.
^_^
p/s: Tadi sebenarnya ada tertengok suatu video yang hangat deperkatakan tak lama dulu. Ramai yang menyampah dan ramai jugak yang suka. Dia berjaya buat orang menyampah dan juga berjaya buat orang gelak atau pun orang cakap 'ieww!. tapi penderitaan yang dia alami siapa yang tahu?. Kesian sangat. Seolah-olah sangat sunyi dan tiada tempat untuk mengadu. Maka, terjadilah beberapa perkara yang macam tu...

Seseorang individu itu, akan buat pelbagai perkara untuk menenangkan tekanan perasaan yang mereka alami. Kalau rasa diri sendiri terlalu tertekan, tolonglah hindarkan..  jangana sesekali biarkan diri sendiri tanpa kawalan. Aku fobia tengok orang-orang yang tak boleh kawal diri sendiri ni.

huhu

Kasih Emak hingga Syurga Kasih Ayah Membawaku Bahagia


Ini gambar lama.
bahagia kan. ^__^
The pakyayaians sekarang adalah hasil kesabaran dan ketabahan emak ayah..

Saja terkenangkan emak ayah di kampung
saya sekarang betul-betul sedang terjatuh ke bawah
dan terjelupuk . terduduk .

tapi emak dan ayah hadir.
menghulurkan seluruh tenaga
seluruh kudrat
hanya untuk membantu saya. anaknya yang seorang ini
Terima kasih dari anakmu..

Saya pernah merasa susah. dan saya juga pernah melalui senang
bukan senang untuk mengharung semuanya
selalu saya pesan kepada kawan-kawan yang sekarang sedang diuji
diuji kewangan.kehilangan.dan sebagainya..

"Allah Maha Adil
Dia telah tetapkan masa untuk kita susah, dan masa untuk kita senang
Dia telah tetapkan masa untuk kita di atas, dan masa untuk kita di bawah
yang menjadi perbezaannya adalah
Bagaimana cara seseorang menghadapi setiap masa itu
Keputusannya adalah daripada kita
Keputusan itu yang akan dihitung nanti
saya selalu menguatkan kepercayaan kepada kawan-kawan
bersabarlah, dan sentiasa berusaha
suatu hari kamu akan sampai pada masa itu
sebab aku sendiri pernah melaluinya dulu."

dan sekarang, tiba masanya saya jatuh di bawah
saya percaya, itu semua adalah ujian Allah
saya redha, dan saya akan tetap tabah.
bukan bermakna saya harus tabah dengan berdiam diri.
saya mesti berusaha dan jangan sesekali berhenti.

pernah rasa lenguh,sengal-sengal, demam, akibat terlebih bersukan/bekerja? 
ia hanya datang bila kita berhenti dan bangun dari tidur bukan.
sama konsepnya dengan berusaha, 
berhenti berusaha, maka lemah dan lalailah kita 

Salam. coretan pesanan dari hati kepada diri sendiri dan sekalian makhluk

Tuesday, July 10, 2012

Cebisan diri sy yg gelap

Assalualaikum.

Tadaa.. Sy dtg lagi..
Terfikir sejenak untuk memulakan hidup yg baru. Kalau lah boleh sy memadamkan sebahagian memori tu hanya dengan rubber taper.
sy akan padam dengan bersungguh-sungguhnya. Biar sampai koyak kertas!umpanyalah.
Sy insan biasa..dan lemah 

Andai hidup saya masih ditakdirkan warna pelangi.. Sy sgt bersyukur YaAllah.!!
Tp andai takdirnya saya terus gelap... sy tak akan sesekali tersorok di balik pintu.sy berdoa semoga kudrat dan jiwa sy masih akan ada cahaya kekuatan untuk sy berusaha mewarnakan hidup saya.

Sampai akhir hayat!

Andai semuanya adalah qada' dan qadar Allah , sy juga redha..
Tp disebalik ujian ini.. Sy sedar sy kuat. sy berserah. Hanya pada Allah Taala.
Semoga sy kembali menjadi anak mak ayah seperti dulu. Seorang anak yg taat menunaikan perintah Allah.

Ya Allah, Mak, Ayah, Ampunkan Hafezah..