Thursday, June 7, 2012

my friend is she--male

Assalaualaikum,
errrr


saya dah besar
jadi saya tau mana kawan yang tak baik untuk dibuat kawan
dan kawan yang baik untuk dibuat kawan

tapi saya yakin dengan diri sendiri
saya rasa saya tak kan terjerumus

sebab dia pun menghormati saya sebagai orang yang tak terjerumus. eh?
pendek kata saya ni tergolong orang baik - baik . lah kot.
erk. hahaaa! ok riak nanti *istighfar

saya senang berkawan dengan semua orang
selagi dia tak tikam saya bertubi-tubi
selagi dia tak ludah saya

selagi tu saya akan berkawan dengan seseorang itu

tapi esok saya dalam dilema lah!
macam mana nie..........
esok ada makan - makan untuk saya
tapi dia jugak nak belanja saya di suatu tempat
the problem is kenapa pulak pada waktu yang sama???

patut nak pergi yang mana
sebab semuanya kawan saya. pasti!

:(

ok babai........

sroot!

Apakah punca gagap?

Saya pernah mempunyai seorang senior selama sebulan sebelum ni.
Akak
Akak tu gagap.
Kesian jugak lah tengok. Kadang-kadang saya kena tunggu lama untuk dengar dia habiskan perceriataan dia..
dan sekarang..
Akak tu dah resign.
Dah sebulan jugaklah.
Masalahnya sekarang saya dah terkenan gagap tu!! ohmoo
Kenapa ekh? adoih! Macam mana boleh gagap pulak ni huhu.
Peninglah. dah jadi malu tiba-tiba bila nak bercakap. takut tergagap. huhuh!


Tadi jalan-jalanlah tanya pakcik google..

Gagap merupakan masalah pertuturan di mana sebutan (biasanya) huruf pertama atau syllable sesuatu perkataan diulang tanpa kawalan. Gagap merupakan proses luar sedar yang membantutkan komunikasi biasa. Walaupun terdapat teknik bantu diri yang boleh diajar , dan dapat membantu sesetengah orang, mereka yang gagap tidak dapat menghentikan proses tersebut, dan kerisauan atau kegelisahan meningkatkan lagi masaalah tersebut.

Ini saya dapat dari blog di sini

Teknik kejiwaan untuk gagap oleh Dr. Azrin dan Dr. Nunn


1. Ada dua cara untuk mengatasi gagap: satu, ialah dengan cara melapangkan fikiran dan kedua ialah dengan mengawal pernafasan. Kedua-dua cara ini mesti digunakan apabila anda berada di dalam keadaan akan bercakap gagap.


2. Melapangkan fikiran. Tekanan menjadi punca utama, oleh itu adalah penting jika fikiran anda sentiasa lapang pada sepanjang hari. Tumpukan perhatian yang lebih untuk mengurangkan ketegangan otot-otot kerongkong, leher, bahu dan abdomen.


3. Mengawal pernafasan. Sentiasa amalkan menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan serta dalam melalui mulut anda. Apabila anda fikir anda hendak bercakap, selalu mulakan selepas anda melepaskan nafas.

4. Berlatih di rumah dengan membaca satu perenggan bacaan dengan kuat dengan menggunakan cara: Ketika melepaskan nafas, sebut satu perkataan selepas setiap pusingan pernafasan. Selepas itu; sebut dua perkataan pula bagi setiap pusingan pernafasan, kemudian tiga, dan seterusnya, sehingga anda boleh menyebut ayat yang mengandungi lima atau enam perkataan dalam setiap pusingan pernafasan.

5. Jika anda menjadi gagap se-mula, terus berhenti membaca ayat pertama dan mula membaca barisan ayat yang seterusnya. Matlamat anda ialah untuk membaca sebaris ayat kuat-kuat tanpa gagap. Jika tarikan nafas yang dalam membuatkan anda mengantuk, berhenti seketika, dan mulakan sekali lagi.


6. Apabila anda di luar rumah dan bersedia untuk bercakap, jangan terburu-buru. Cuba fikir dahulu apa yang anda ingin cakapkan.

7. Kemudian tarik nafas dan lepaskan perlahan-lahan kira-kira sepertiga dari udara yang anda tarik tadi.

8. Mula bercakap dan teruskan ketika melepaskan nafas � bukan menarik nafas

9. Cuba bercakap dengan ayat-ayat yang pendek sahaja. Jika anda tergopoh-gapah, beritahu diri anda, "perlahan-lahan," dan "Cuba bertenang."

10. Jauhkan dari bercakap dengan suara yang mendatar sahaja. Oleh itu jika anda menyebut ayat ini dalam suara mendatar, "Bila-kah bas akan sampai?", cuba sebut pula ayat itu dalam nada yang' tinggi rendah.

11. Kalau boleh, gunakan ayat yang biasa ketika bercakap. Contohnya, anda boleh berkata begini:

Apabila, saya sampai di rumah (berhenti) saya dapati telefon sedang bordering (berhenti). Ketika saya menjawab panggilan telefon itu (berhenti) ianya adalah Mary Lewis (berhenti). Dia ingin meminta (berhenti) resepi kek span saya.

12. Jika anda tergagap, berhenti segera, tarik nafas dan lepaskan kira-kira sepertiga udara dan mula bercakap kembali.

Catatan: Selalu amalkan cara menarik nafas dengan dalam serta bercakap ketika melepaskan nafas apabila anda rasa anda akan gagap. Ini bermakna, menarik nafas perlahan-lahan, kemudian melepaskan kira-kira sepertiga daripadanya dengan lambat sebelum anda bercakap, adalah penting.

Teknik kejiwaan untuk gagap oleh Dr. Wendell Johnsorr.


1. Bersihkan fikiran anda. Jangan fikirkan yang diri anda adalah lemah. Tumpukan perhatian pada masa-masa apabila perkataan yang anda sebut itu betui dan normal.

2. Selalu membaca dengan kuat dan seberapa cepat ketika anda berseorangan, atau dengan sesiapa yang ingin mendengar anda bercakap.

3. Pasangkan telinga kepada penceramah-penceramah di majlis syarahan atau di televisyen. Cuba gabungkan diri anda dengan mereka ketika mereka bercakap dan cuba tiru cara percakapan mereka.

4. Baca dengan kuat secara berlagu dengan seseorang. Jika anda membuat kesalahan, berhenti dan mulakan sekali lagi.

5. Dan apabila anda bersendirian, baca dengan kuat dan cepat seberapa yang anda boleh dan kemudian perintahkan diri anda supaya memperlahankan suara.

6. Kaji kesilapan anda. Apabila anda gagap, cuba kaji apa yang menjadi puncanya. Adakah fikiran anda terganggu? Adakah anda merasakan bahawa orang yang mendengar cakap anda itu akan marah, bosan dan tidak sabar-sabar? Adakah anda sedih?

7. Banyakan lagi bercakap. Ini bukanlah bertujuan untuk menjadi-kan diri anda tidak disukai oleh orang lain, tetapi inilah yang mesti anda lakukan, seperti yang dinasihatkan oleh Profesor Johnson, "selalu ingat bahawa anda tidak patut mengelakkan percakapan yaog sepatutnya dalam kehidupan sehari-hari, anda patut bercakap lebih lagi dan jangan cuba menarik diri

Ini saya dapat dari Utusan Melayu. .

Tip tangani gagap
- Relaks dan tidak terburu-buru untuk bertutur.
- Bercakap secara perlahan.
- Bercakap apa yang anda mahu cakap.
- Jangan paksa mengeluarkan perkataan kerana ia akan membuat anda susah untuk bertutur.
- Tidur dengan cukup.


Ohh.. Tidoq kena cukop eh.
oke2
babai~!

Tuesday, June 5, 2012

DSLR


Nak review blh la usha page nih:

dah tengok tapi belum faham lagi.

nak beli aaaaaaa huhu

setakat ni yang saya tengok inilah yang cantik.

wawawa kira cantik pulak!

ok byee