Monday, March 5, 2012

tadi, di sebuah kedai runcit di pejabat

tadi, di sebuah kedai runcit di pejabat.

anak perempuan owner kedai : ish ish canteknyaaa.. kenapa kita tak cantik macam ni ah? sedihh...
(duk belek-belek majalah)
owner kedai : haiik.. jangan cakap macam tu. menyesali yang Allah dah bagi pada kita. bersyukurlah sekurangnya kita sihat, tak cacat, semua dah cukup cantik.

aku tersenyum saja.
sambil diri sendiri terkena tempias pedas terasanya.
betul tu ..

kenapa perlu menyesali suratan yang telah Allah tuliskan..seolah-olah membenci dengan setiap hadiah dan anugerah daripadaNya..
semuanya bersebab..
Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari, dan Dia datangkan pula guruh dan kilat.
Puas kita mencari matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan pelangi yang indah.

ingat ni hafezah yahaya!
Allah sentiasa menjanjikan yang terbaik buat hambaNya..
bersyukur, 
terima dengan seadanya, 
dan memohon supaya permudahkan segala urusan.


Ampunkan aku. hambaMu yang daif.

No comments:

Post a Comment