Sunday, December 16, 2012

Male n female

One thing i realise is

Male and female cannot be a good friends

Because inside them would have some loves.

Allah..

Friday, December 14, 2012

secret~

Some of things that nobody knows what inside



kadang cinta datang dan pergi

dan aku seperti lelah 

pergi semua.

jauh

....

Tuesday, November 27, 2012

Harimau Malaya tidak mengaum?

Assalamualaikum wbt


saya tidak menonton bola sepak
tapi saya tahu setiap perkembangan

doa saya sentiasa mengiringi 
bukan kerana pemain pemain bola sepak negara

tapi kerana sokongan rakyat Malaysia
sentiasa tidak pernah putus dan tidak kenal erti lelah

wahai kamu semua pemain harimau malaya
bukaklah mata
terangkan pendengaran
tengok sekeliling
mereka semua datang untuk kamu

buat yang terbaik insyaallah akan dapat ganjarannya
tapi kalau dah main pun malas, mana nak dapat

penyokong juga punya hati
kalau sudah banyak kali dikecawakan
takut nanti hilang semuanya.
 
bai~!

semoga berjaya..

Friday, November 23, 2012

time running fast

Assalamualaikum wbt

aku mungkin sedang mengejar sesuatu
umur dan masa

mana mungkin cukup hari - hariku yang berlalu kalau tidur adalah 8-9 jam?

siangku kerja
malamku belajar


..................................................................................................................................................................

but 1 thing is.
aku mesti sudah ada 1 syarikat sendiri sebelum sampainya umur aku 30.

dan kemudian..

L to the O to the V to the E
L.O.V.E

haiyya belangan lagi. talak habih habih wa belangan.

notamatakukelayuan : sudah 3 hari wa berjaya tak makan nasik. ikan dan sayur sahaja! syabas bette

Tuesday, November 20, 2012

Jadilah Kamu Seperti Padi

Assalamualaikum wbt,

Benar . Kalau marah, istighfar.

Benar. 

Aku punya pendirian.
Tapi setiap manusia lain perangainya.
Kamu nampak yang dilakukan itu salah.
Tegur dengan cara baik.
Jangan melenting.
Umpama kamu itu bak Raja
Nanti kamu saling tak tumpah seperti Firaun

Istighfar. Istighfar.

Aku bimbang cuma yang satu.
Takut . aku dimakan sifat yang angkuh dan bongkak.
Astaghfirullahalaziim..

"Jadilah kamu seperti padi
Semikin berisi semakin ia tunduk ke bawah."




notadalamselimut: Semalam ada seorang kawan tegur, saya nampak sangat lonely. oh tidakk! 

Monday, November 19, 2012

I am because i made it yesterday

Assalamualaikum wbt,

dah lama wa tinggalkan dunia blog..


Sepi. dan terus sepi. 
Akal yang berfungsi, mematikan terus keinginan hati.
Sekarang bukan masanya untuk saya mengikut rasa hati.
Semua perlu diatur dengan sebaiknya.

bukan untuk siapa-siapa.
tapi untuk diri sendiri.
emak ayah.

penat. lemah. tak berdaya.
tapi demi masa depan saya perlu kuat semangat..

kadang saya terfikir kenapa mesti bumi berputar hanya 24 jam sehari?
tidak cukup rasanya.
terlalu cepat kau berlalu wahai masa!




hanya untuk emak ayah. saya perlu kuat..

Monday, September 10, 2012

Semoga saya sentiasa di dalam lindunganNya

Alhamdulillah,

Semakin gua hidup semakin gua rasa hidup gua bererti.

sebab apa?

sebab pengalaman - pengalaman yang wa dah lalui.

semuanya berharga

woho..

sekarang ni gua nak pengalaman gua menjadi pengajaran untuk wa lebih matang dan mengerti dengan setiap liku-liku yang ada kat depan wa.

wa tak nak lebih.

wa cuma nak mak ayah datang masa konvo wa nanti

sebab tu wa sanggup berenti kerja dulu

sekarang . wa kena tetapkan matlamat.
tetapkan niat.
wa kena belajar sungguh-sungguh.

Semoga saya sentiasa di dalam lindunganNya.

Terima kasih Ya Allah

Sunday, September 9, 2012

aku datang kepadamu.

assalamualaikum

it was amazing when we have a true love friends.

saya ingat bila umur saya meningkat ni saya perlu keseorangan.

banyak benda nak kena kejar. kerja . study . duit . family .

whoaaa

kalau cinta pulak asyik lepak dating dan habiskan duit untuk cinta sahaja.
huh

kalau cinta lari? terpaksa lah jadi mental kejap. lonely betul. sms pulak dengan SIMISIMI. huhuhuhuhuh!! grr

bagi saya sekarang bukan masanya sudah nak enjoy macam dulu-dulu.. nak shopping . nak lepak kat kedai mamak gelak berdekah-dekah macam dulu-dulu lagi.

memang lah. saya amalkan. balik kerja. duduk rumah diam-diam. baca magazine SOLUSI
lepas tu terus tertido. bangun pagi pergi kerja pulak.
kawan-kawan msg call ajak keluar semua tak reply. kalau reply pon "sorry.. pijah xjoin kot" huhuhuhu
ooooooooooooooooh
memang tak boleh lah mak ayah.
huhu

rasanya bahagia lagi kalau saya ada kawan.
saling menemani
saling memahami
saling menyayangi
saling mencintai
saling bergaduhi. *gomol-gomol ciom-ciom sepak-sepak lempang-lempang semua boleh buat. kau ade? grr

sebenarnya saya memang pantang kalau hidup sorang-sorang ni.

er er er
terima kasih sebab kembalikan hidup gua kawan-kawanku.
i owe u one thing.
a happiness of life.
oleh itu.
bermula hari semalam.
aku katakan begini. "buang terus cintaku jauh-jauh ke dalam laut! aku tak perlukan kamu lagi paham. pergi jauh dan jangan kembali...byebye tata titi tutu." 


notakucingkukucingjiran: Ya Allah. Panjangkan umurku. Tetapkan imanku. Luruskan jalanku. Bantulah aku. Kasihi aku. dan Rahmati aku.

Berkawan tak semestinya aku tinggalkan tuntutanMu. Terima kasih Allah Taala.

Genap umur gua 25 tahun. bagus-bagus. saya rasa saya makin TUA makin COMEL kowt. wakakakakakakakaka

oke bye2. have a good day semua. :)

Tuesday, July 31, 2012

one day

jika suatu hari ada peluang.
aku nak pergi zoo.
dan menjalankan kerja amal di sana.
aduhai!!
betapa teringin saaaaaaaaaangat......................................nak basuh gajah!!
heh.

Saturday, July 28, 2012

Ramadhan 8

Assalamualaikum,


haiiiiiii..
agak bosan sekarang. dan agak rasa bersalah. dan agak rasa insaf. hewhew.
tadi jalan-jalan blog Farah Lee. Kunfayakun. alhamdulillah,,, asap-asap hitam dalam hati ni dah hilang sikit-sikit. aku bukanlah hamba Allah yang sangat-sangat sempurna. selalu sangat tergelincir tersalah jalan. kadang-kadang dengan baca dan masuk dalam otak perkara-perkara macam ni boleh buatkan kita kembali ke pangkal jalan.
ada satu artikel . seperti di bawah. sila tengok cepat.!


uwuwhu.. betapa indah setiap bait perkataan kita dalam sembahyang. selama ni main baca, tup tup dah tahiyat bagi salam. entah paham ke tidak. entah ikhlas ke tidak..


Doa Iftitah
  
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.




Al-Fatihah


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk


Maha suci Tuhanku yang maha mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk


Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal


Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud


Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud


Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, kayakan aku, angkatlah darjatku, rezekikan aku, berilah aku hidayah, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku.


Bacaan ketika tahiyat awal


Segala ucapan penghormatan,segala kurnia, segala ucapan pengagungan dan pujian hanyalah milik Allah.
Semua perlindungan dan pemeliharaan untukmu, wahai Nabi, begitu pula rahmat Allah dan segenap kurniaNya.
Semua perlindungan dan pemeliharaan semoga diberikan kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Tambahan untuk tahiyat akhir


Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya. 
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya.
Berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya.
Sebagaimana Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut


Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahteralah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau pimpin.
Berkatilah untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak sesiapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. 
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan taubat pada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.






Anyway . terima kasih.
Alhamdulillah.


Selamat berbuka uollsss. Jangan membazir.
Tata

Monday, July 23, 2012

Ramadhan 3

Assalamualaikum.

Alhamdulillah...
dah 3 hari berpuasa kan! tapi masjid atau surau sekarang belum jejak lagi  . hewhewhew. sebelum puasa hari tuh bukan main kencang lagi sembang nak cukup kan terawih sepanjang ramadhan. biase lah kan. niat dah ok. teringin betul nak balik buka puasa dengan mak kat kampung. alahai....... :'(
hari pertama puasa bukak sorang - sorang. sahur pun sorang-sorang.
sebagai seorang wanita normal, aku ada rasa sedih pilu jugak lah bila tengok kiri kanan oh there's nobody but only me are eating alone so lonely.

huh........

hari ni nak goreng maggi pedas okeh slurp oke sikit-sikit sudah bayangkan maggi kang makruh

k bye.
:)

Wednesday, July 18, 2012

Putrajaya di hatiku

Hi. Assalamualaikum


adalah dimaklumkan tajuk di atas dirujuk. Heh mcm surt rsmi pulek


Uuhuhu. Rindu sgguh pjaya. Indah sungguh kenangan. :) hehe..hr ni dtg pjaya. Hajat di ht nk amik along yg br trun dr airport. Tp xd mknyela nk p amik kt klia nun.,jauh sangaaat plus,duit myk aku jugek yg habis. oleh itu ak pick up kt pjaya sentral sudah.. So.. Telah termaktub aku akan mnjadi drebar nya utk hr ni dan pg esok. :$


Apa pun.. Td mamam mee rebus.

Sorang2. Ehhh xda hal pun makan sorang-sorang.heheh. sllu tkut sgt... Kurr Agknya mybe dh lama x dpt mee rebus tu kot. tu yg terus makan x tgk org dh.. Huhuhuhu..


Dlu ptg2 ni lah tpt aku lepak mengorat mamat bmw . Ptg2 jugk ak p swim kt sebelah tu.. Ptg2 jugk aku menguruskn bdn dgn joging kt tasik tu.. Huhhuhu.. Rindunya..


Alahai putrajaya di hatiku..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, July 17, 2012

ICE AGE

Pagi.

Ice Age best kan? kompem best. adeh :'( tak dapat nak menengoknye

Monday, July 16, 2012

11pm

dah pukul 11malam.
ngantok ya amat. ehhhh??? selalu waktu ni dah lelap dah. tengok kiri kanan. oh..patutlah semua masih kat bawah. *P hmmmm

dah nak dekat sebulan dah aku kat tempat baru. alhamdulillah. dah boleh adapt that environment plus plus hepi plus gediq
otak sekarang ni makin tua makin slow plak. mulut pulak lancang aja sebut "bongok kau bongok"
eh oke dah ngantok ya amat ni

err aku sekarang dah takda teman nak berkasih sayang
jadi selamat kembali ke dunia blog.

*bagi aku dunia belog aku ini adalah dunia...cakap tolang-tolang dan gelak tolang-tolang*

ok bai..

:)

Wednesday, July 11, 2012

Kembar bagi setiap Manusia

 Assalamualaikum,

Saya seringkali terdengar berkenaan dengan kembar kita. Yang mana setiap manusia dilahirkan bersama-sama kembar masing-masing. Semalam saya ada melawat kawan yang sedang berpantang. Diceritakan kepada kami mengenai uri. Selama ni saya hanya paham uri perlu ditanam. Rupanya uri itu adalah penjaga kepada anak kita selama 9 bulan di dalam perut, yang mana uri itu adalah kembar kepada bayi. Sejauh mana kebenarannya, saya masih lagi dalam proses untuk belajar. 
Tadi,search berkenaan kembar di Google. 
Rupanya,  
Berbeza dengan uri, setiap manusia mempunyai kembar, kembar itu adalah Qarin.
 

Apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." 


Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam."
(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan."
(Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia.Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

#Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan.


Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.

*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.

JANGAN SEKALI KALI TEWAS DENGAN NYA DAN KEMBALI SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR ! 
Article copied from here
"Ya Allah, semoga setiap pembelajaran aku ini adalah pelajaran yang betul, dan tidaklah aku terpesong sehingga membolehkan syirik dan amalan khurafat."

Emosi dan Perasaan


Tekanan perasaan yang terlalu tinggi akan membuatkan seseorang itu boleh menjadi mereng, sakit mental, sakit jiwa, tak betul ataupun lain perkataan adalah gila. Sebab tu, ada pepatah mengatakan jangan sesekali bermain dengan emosi dan perasaan kerana dalam kategori itu terdapat banyak sangat penyakit. Satu penyakit yang ngeri aku rasakan. Disebabkan penyakit-penyakit itulah yang boleh terjadinya orang minum clorox, orang bunuh diri, pijak anak sendiri, bunuh mak sendiri dan macam - macam lagi yang boleh menyebabkan berlakunya sesuatu perkara di luar kawalan sendiri. Tak mustahil kan sesiapa pun boleh jadi macam ni. Aku, Kau, orang-orang terdekat, sekeliling. Takutnya..
Sebab tu.. kalau emosi dah tak stabil, cepat-cepat ambil wudhuk. Cepat-cepat cari Pencipta kita.
Cari kawan-kawan.. kalau dah memang tak de kawan, baca banyak-banyak buku motivasi..
Jangan nak diikutkan sangat hati perasaan tu.. Kalau terlalu ikut lama-lama jadi durjana sampai kita sendiri dah tak sedar tindakan yang akan kita buat nanti adalah normal atau tidak. Tindakan yang kita buat tu adalah betul atau tak betul. kalau dah akal tak boleh nak kawal diri sendiri lagi, tak dapat nak menutup aib dan malu sendiri lagi, itu sudah di tahap bahaya.. Kesian aku tengok akibat putus cinta, putus tunang, cerai berai, akal fikiran dah dibuang jauh. Layan sangat perasaan sedih tu sampai lupa bahawa Allah yang mencipta sekalian alam
k bai.
^_^
p/s: Tadi sebenarnya ada tertengok suatu video yang hangat deperkatakan tak lama dulu. Ramai yang menyampah dan ramai jugak yang suka. Dia berjaya buat orang menyampah dan juga berjaya buat orang gelak atau pun orang cakap 'ieww!. tapi penderitaan yang dia alami siapa yang tahu?. Kesian sangat. Seolah-olah sangat sunyi dan tiada tempat untuk mengadu. Maka, terjadilah beberapa perkara yang macam tu...

Seseorang individu itu, akan buat pelbagai perkara untuk menenangkan tekanan perasaan yang mereka alami. Kalau rasa diri sendiri terlalu tertekan, tolonglah hindarkan..  jangana sesekali biarkan diri sendiri tanpa kawalan. Aku fobia tengok orang-orang yang tak boleh kawal diri sendiri ni.

huhu

Kasih Emak hingga Syurga Kasih Ayah Membawaku Bahagia


Ini gambar lama.
bahagia kan. ^__^
The pakyayaians sekarang adalah hasil kesabaran dan ketabahan emak ayah..

Saja terkenangkan emak ayah di kampung
saya sekarang betul-betul sedang terjatuh ke bawah
dan terjelupuk . terduduk .

tapi emak dan ayah hadir.
menghulurkan seluruh tenaga
seluruh kudrat
hanya untuk membantu saya. anaknya yang seorang ini
Terima kasih dari anakmu..

Saya pernah merasa susah. dan saya juga pernah melalui senang
bukan senang untuk mengharung semuanya
selalu saya pesan kepada kawan-kawan yang sekarang sedang diuji
diuji kewangan.kehilangan.dan sebagainya..

"Allah Maha Adil
Dia telah tetapkan masa untuk kita susah, dan masa untuk kita senang
Dia telah tetapkan masa untuk kita di atas, dan masa untuk kita di bawah
yang menjadi perbezaannya adalah
Bagaimana cara seseorang menghadapi setiap masa itu
Keputusannya adalah daripada kita
Keputusan itu yang akan dihitung nanti
saya selalu menguatkan kepercayaan kepada kawan-kawan
bersabarlah, dan sentiasa berusaha
suatu hari kamu akan sampai pada masa itu
sebab aku sendiri pernah melaluinya dulu."

dan sekarang, tiba masanya saya jatuh di bawah
saya percaya, itu semua adalah ujian Allah
saya redha, dan saya akan tetap tabah.
bukan bermakna saya harus tabah dengan berdiam diri.
saya mesti berusaha dan jangan sesekali berhenti.

pernah rasa lenguh,sengal-sengal, demam, akibat terlebih bersukan/bekerja? 
ia hanya datang bila kita berhenti dan bangun dari tidur bukan.
sama konsepnya dengan berusaha, 
berhenti berusaha, maka lemah dan lalailah kita 

Salam. coretan pesanan dari hati kepada diri sendiri dan sekalian makhluk

Tuesday, July 10, 2012

Cebisan diri sy yg gelap

Assalualaikum.

Tadaa.. Sy dtg lagi..
Terfikir sejenak untuk memulakan hidup yg baru. Kalau lah boleh sy memadamkan sebahagian memori tu hanya dengan rubber taper.
sy akan padam dengan bersungguh-sungguhnya. Biar sampai koyak kertas!umpanyalah.
Sy insan biasa..dan lemah 

Andai hidup saya masih ditakdirkan warna pelangi.. Sy sgt bersyukur YaAllah.!!
Tp andai takdirnya saya terus gelap... sy tak akan sesekali tersorok di balik pintu.sy berdoa semoga kudrat dan jiwa sy masih akan ada cahaya kekuatan untuk sy berusaha mewarnakan hidup saya.

Sampai akhir hayat!

Andai semuanya adalah qada' dan qadar Allah , sy juga redha..
Tp disebalik ujian ini.. Sy sedar sy kuat. sy berserah. Hanya pada Allah Taala.
Semoga sy kembali menjadi anak mak ayah seperti dulu. Seorang anak yg taat menunaikan perintah Allah.

Ya Allah, Mak, Ayah, Ampunkan Hafezah..

Thursday, June 7, 2012

my friend is she--male

Assalaualaikum,
errrr


saya dah besar
jadi saya tau mana kawan yang tak baik untuk dibuat kawan
dan kawan yang baik untuk dibuat kawan

tapi saya yakin dengan diri sendiri
saya rasa saya tak kan terjerumus

sebab dia pun menghormati saya sebagai orang yang tak terjerumus. eh?
pendek kata saya ni tergolong orang baik - baik . lah kot.
erk. hahaaa! ok riak nanti *istighfar

saya senang berkawan dengan semua orang
selagi dia tak tikam saya bertubi-tubi
selagi dia tak ludah saya

selagi tu saya akan berkawan dengan seseorang itu

tapi esok saya dalam dilema lah!
macam mana nie..........
esok ada makan - makan untuk saya
tapi dia jugak nak belanja saya di suatu tempat
the problem is kenapa pulak pada waktu yang sama???

patut nak pergi yang mana
sebab semuanya kawan saya. pasti!

:(

ok babai........

sroot!

Apakah punca gagap?

Saya pernah mempunyai seorang senior selama sebulan sebelum ni.
Akak
Akak tu gagap.
Kesian jugak lah tengok. Kadang-kadang saya kena tunggu lama untuk dengar dia habiskan perceriataan dia..
dan sekarang..
Akak tu dah resign.
Dah sebulan jugaklah.
Masalahnya sekarang saya dah terkenan gagap tu!! ohmoo
Kenapa ekh? adoih! Macam mana boleh gagap pulak ni huhu.
Peninglah. dah jadi malu tiba-tiba bila nak bercakap. takut tergagap. huhuh!


Tadi jalan-jalanlah tanya pakcik google..

Gagap merupakan masalah pertuturan di mana sebutan (biasanya) huruf pertama atau syllable sesuatu perkataan diulang tanpa kawalan. Gagap merupakan proses luar sedar yang membantutkan komunikasi biasa. Walaupun terdapat teknik bantu diri yang boleh diajar , dan dapat membantu sesetengah orang, mereka yang gagap tidak dapat menghentikan proses tersebut, dan kerisauan atau kegelisahan meningkatkan lagi masaalah tersebut.

Ini saya dapat dari blog di sini

Teknik kejiwaan untuk gagap oleh Dr. Azrin dan Dr. Nunn


1. Ada dua cara untuk mengatasi gagap: satu, ialah dengan cara melapangkan fikiran dan kedua ialah dengan mengawal pernafasan. Kedua-dua cara ini mesti digunakan apabila anda berada di dalam keadaan akan bercakap gagap.


2. Melapangkan fikiran. Tekanan menjadi punca utama, oleh itu adalah penting jika fikiran anda sentiasa lapang pada sepanjang hari. Tumpukan perhatian yang lebih untuk mengurangkan ketegangan otot-otot kerongkong, leher, bahu dan abdomen.


3. Mengawal pernafasan. Sentiasa amalkan menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan serta dalam melalui mulut anda. Apabila anda fikir anda hendak bercakap, selalu mulakan selepas anda melepaskan nafas.

4. Berlatih di rumah dengan membaca satu perenggan bacaan dengan kuat dengan menggunakan cara: Ketika melepaskan nafas, sebut satu perkataan selepas setiap pusingan pernafasan. Selepas itu; sebut dua perkataan pula bagi setiap pusingan pernafasan, kemudian tiga, dan seterusnya, sehingga anda boleh menyebut ayat yang mengandungi lima atau enam perkataan dalam setiap pusingan pernafasan.

5. Jika anda menjadi gagap se-mula, terus berhenti membaca ayat pertama dan mula membaca barisan ayat yang seterusnya. Matlamat anda ialah untuk membaca sebaris ayat kuat-kuat tanpa gagap. Jika tarikan nafas yang dalam membuatkan anda mengantuk, berhenti seketika, dan mulakan sekali lagi.


6. Apabila anda di luar rumah dan bersedia untuk bercakap, jangan terburu-buru. Cuba fikir dahulu apa yang anda ingin cakapkan.

7. Kemudian tarik nafas dan lepaskan perlahan-lahan kira-kira sepertiga dari udara yang anda tarik tadi.

8. Mula bercakap dan teruskan ketika melepaskan nafas � bukan menarik nafas

9. Cuba bercakap dengan ayat-ayat yang pendek sahaja. Jika anda tergopoh-gapah, beritahu diri anda, "perlahan-lahan," dan "Cuba bertenang."

10. Jauhkan dari bercakap dengan suara yang mendatar sahaja. Oleh itu jika anda menyebut ayat ini dalam suara mendatar, "Bila-kah bas akan sampai?", cuba sebut pula ayat itu dalam nada yang' tinggi rendah.

11. Kalau boleh, gunakan ayat yang biasa ketika bercakap. Contohnya, anda boleh berkata begini:

Apabila, saya sampai di rumah (berhenti) saya dapati telefon sedang bordering (berhenti). Ketika saya menjawab panggilan telefon itu (berhenti) ianya adalah Mary Lewis (berhenti). Dia ingin meminta (berhenti) resepi kek span saya.

12. Jika anda tergagap, berhenti segera, tarik nafas dan lepaskan kira-kira sepertiga udara dan mula bercakap kembali.

Catatan: Selalu amalkan cara menarik nafas dengan dalam serta bercakap ketika melepaskan nafas apabila anda rasa anda akan gagap. Ini bermakna, menarik nafas perlahan-lahan, kemudian melepaskan kira-kira sepertiga daripadanya dengan lambat sebelum anda bercakap, adalah penting.

Teknik kejiwaan untuk gagap oleh Dr. Wendell Johnsorr.


1. Bersihkan fikiran anda. Jangan fikirkan yang diri anda adalah lemah. Tumpukan perhatian pada masa-masa apabila perkataan yang anda sebut itu betui dan normal.

2. Selalu membaca dengan kuat dan seberapa cepat ketika anda berseorangan, atau dengan sesiapa yang ingin mendengar anda bercakap.

3. Pasangkan telinga kepada penceramah-penceramah di majlis syarahan atau di televisyen. Cuba gabungkan diri anda dengan mereka ketika mereka bercakap dan cuba tiru cara percakapan mereka.

4. Baca dengan kuat secara berlagu dengan seseorang. Jika anda membuat kesalahan, berhenti dan mulakan sekali lagi.

5. Dan apabila anda bersendirian, baca dengan kuat dan cepat seberapa yang anda boleh dan kemudian perintahkan diri anda supaya memperlahankan suara.

6. Kaji kesilapan anda. Apabila anda gagap, cuba kaji apa yang menjadi puncanya. Adakah fikiran anda terganggu? Adakah anda merasakan bahawa orang yang mendengar cakap anda itu akan marah, bosan dan tidak sabar-sabar? Adakah anda sedih?

7. Banyakan lagi bercakap. Ini bukanlah bertujuan untuk menjadi-kan diri anda tidak disukai oleh orang lain, tetapi inilah yang mesti anda lakukan, seperti yang dinasihatkan oleh Profesor Johnson, "selalu ingat bahawa anda tidak patut mengelakkan percakapan yaog sepatutnya dalam kehidupan sehari-hari, anda patut bercakap lebih lagi dan jangan cuba menarik diri

Ini saya dapat dari Utusan Melayu. .

Tip tangani gagap
- Relaks dan tidak terburu-buru untuk bertutur.
- Bercakap secara perlahan.
- Bercakap apa yang anda mahu cakap.
- Jangan paksa mengeluarkan perkataan kerana ia akan membuat anda susah untuk bertutur.
- Tidur dengan cukup.


Ohh.. Tidoq kena cukop eh.
oke2
babai~!

Tuesday, June 5, 2012

DSLR


Nak review blh la usha page nih:

dah tengok tapi belum faham lagi.

nak beli aaaaaaa huhu

setakat ni yang saya tengok inilah yang cantik.

wawawa kira cantik pulak!

ok byee

Sunday, May 13, 2012

To be a better man

Hi ols. Assalamualaikum..

Bila sy dtg blog. Of kos masa tu sy ad probs.

Tp sy dh oke. 1 hr bertafakur dlm bilik.. Jd sy dah ok.

Tq. Hehe tata..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 8, 2012

Allah

Ya Allah..
aku ingin menuju ke jalanMu
aku ingin setia mencintaiMu
aku ingin dipeluk rasa kasihMu
Engkau terimalah taubatku..

Allah Allah Allah Allah




Monday, April 16, 2012

The Loveship

Morning yowls

Saya ingat dah tamat.
Masih ada lagi rupanya.
Termakan pujuk.
Sebenarnya taklah pujuk tapi memang saya menanti dia datang.
Thank you sebab paham isi hati saya!!

oh ha. dah tengok Battleship? Kalau suka Armageddon..saya pasti kamu juga mesti suka Battleship.

(^ v ^)
Tata,.

Sunday, April 15, 2012

test

yeah. dh blh post using phone.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Again.

hi all..
a very good day to all of u.
thank you for viewing and reading this!

i am just want to say.

i just want to love my own self. only. 

thank you.
bye.

('v')v

Friday, April 6, 2012

someone that i adore

i have someone that i adore
reading her blog . see her smile

i always , saying deeply in my heart.
we will meet . someday.

and i belive, the day is coming....

saya dan dia

hahaha curious kan
oke tataaaaaaaaaaaa

Tuesday, March 27, 2012

hari ni saya dan vco

morning..

hari ni saya makan kapsul vco

hahahaha

harapan saya semoga segar segala sel badan!

kalau ngantuk jugak maknanya minyak kelapa yang dara ni tak berkesan lah ..

oke babaii

Friday, March 23, 2012

Jika Saya Memilih Belajar dan Berkerja




jika saya memilih belajar dan bekerja.
saya pilih yang pertama.

belajar.
 
sekarang saya sedang mempunyai kedua dua nya

berkerja.
dan.
belajar.
dulu masa saya diploma.

saya juga belajar.
dan berkerja.

nasihat saya untuk adik-adik..
nikmatilah masa belajar anda semua.
ia cukup indah.

tak perlu nak tergedik gedik buat kerja part time.

PAHAM!!


uthm di dalam ingatan.
teringat Kedai Makan Parit.
= p

oke byeeeeee
 ^__^


ini impian saya suatu hari nanti.
semoga indah semuanya. amin..

Monday, March 19, 2012

Layang-Layang biru

[pinjam layang-layang sat]

aku umpama layang-layang biru

jika kau lepaskan ia walau untuk seketika..
maka terbanglah ia menjauh..

aku umpama layang-layang biru lagi

jika kau guris hatinya
maka terputuslah talinya.!

p/s: tiada kena mengena.
saat ini . saat yang aku tunggu untuk dia datang dan mengucapkan kata kesalnya telah tiba.
dan aku...
sedikit pun tidak gembira.

kenapa??

sebab dia masih setia tapi aku telah mendua. haha jiwang pulak . oke bye!

Thursday, March 8, 2012

Monday, March 5, 2012

tadi, di sebuah kedai runcit di pejabat

tadi, di sebuah kedai runcit di pejabat.

anak perempuan owner kedai : ish ish canteknyaaa.. kenapa kita tak cantik macam ni ah? sedihh...
(duk belek-belek majalah)
owner kedai : haiik.. jangan cakap macam tu. menyesali yang Allah dah bagi pada kita. bersyukurlah sekurangnya kita sihat, tak cacat, semua dah cukup cantik.

aku tersenyum saja.
sambil diri sendiri terkena tempias pedas terasanya.
betul tu ..

kenapa perlu menyesali suratan yang telah Allah tuliskan..seolah-olah membenci dengan setiap hadiah dan anugerah daripadaNya..
semuanya bersebab..
Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari, dan Dia datangkan pula guruh dan kilat.
Puas kita mencari matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan pelangi yang indah.

ingat ni hafezah yahaya!
Allah sentiasa menjanjikan yang terbaik buat hambaNya..
bersyukur, 
terima dengan seadanya, 
dan memohon supaya permudahkan segala urusan.


Ampunkan aku. hambaMu yang daif.

Thursday, March 1, 2012

andai dapat saya putarkan masa.

bagus atau tak bagus kalau kita nak membela diri sendiri
bagus atau tak bagus kalau kita asyik ikut aje telunjuk seorang bos yang dok herdik-herdik tengking-tengking jerit-jerit entah apa apa macam orang tak cukup jiwa.
bagus atau tak bagus kalau kita nak biarkan aje bos tu dok ulang-ulang ayat yang sama dok sebut-sebut nama staf dia yang lama.

bagus atau tak bagus sesebuah organisasi itu kalau dah pekerja nya asyik keluar masuk keluar resign .

salah atasan yang tak mampu mengawal atau salah penemuduga yang tersilap pilih calon?

saya berkerja untuk kehidupan saya.
saya bangun pagi yang indah datang dari jauh untuk mengabdikan diri saya dengan kehidupan di pejabat pula.
bukan menjadi macam kucing yang kena simbah air panas yang takut-takut terhendap-hendap untuk berkomunikasi dengan tuannya.
bukan menjadi seperti orang gaji yang tunduk-tunduk mengulang ayat 'maaf puan' maaf puan'.

itu bukan cara kerja saya.
semakin lama semakin negatif persekitaran.
engkau senyum di hadapan
engkau mengumpat di belakang
hebat! satu kerjaya yang hebat! telah menjadi ikutan turun temurun sejak dari zaman dulu rupanya.

perlu bersabar atau saya perlu mengorak langkah>?

menyesal saya . sungguh.
apakah dia hikmah disebalik semuanya ini.
Ya Allah..

Sunday, February 26, 2012

emak.

mak : hari ni makan dengan sapa..

anak dara tunggal : tadi lepas balik opis singgah makan dengan I

mak : makan besaq la tu dah gaji

anak dara tunggal : tak laa... dah kena jimat-jimat, tadi dah terminate wimax.

mak : hang kawan dengan I tu dia betul- betul nak hang ka pijah

anak dara tunggal : ah? tak tau la mak. hati orang. niat orang. tak sama dengan kita... dia suka. kalau mak ayah dia tak suka?

tiba - tiba mak gelak.

mak : em. dah besaq dah na....

laaaaaaaaaaaaaaaaa mak niii.
huhuhuhu..

Saturday, February 25, 2012

keluarga aku nafas aku

harus percayakan mimpi-mimpi ku
harus menjadi kenyataan!

aku daripada kecik takde kawan sebenarnya hahahahah
kesian gila atoi!
bukan maksud saya itu. kawan sepermainan banyaaaaaak..
kawan menggedik pun banyak.
tapi tu di sekolah.
maksud saya.
kawan dari hati saya..
kawan yang boleh dibawa sampai ke mati.
kawan saya itu adalah adik beradik saya sendiri...
 tapi...
adik beradik saya jauh-jauh umur
aku selalu jeles tengok kawan-kawan yang kakak dan abang nya umur jarak 1 tahun.
aku pulak? ;(
 sebab tu aku selalu cakap dengan binatang kot kalau balik kampung.
tak bersyukur langsung! hehe

pernah dulu tanya dekat abang dengan along
masa tu main bayang-bayang di bawah cahaya lilin.
rumah black out
ingat lagi.. ayah bukak pintu luas-luas biar angin masuk.
sejuuuuuk......
aku masa tu dalam darjah 3 la kot. tak ingat sangat dah umur bape
kitorang pun main la bayang-bayang dekat dinding.
ade la along angah abang dan adik
kira-kira 5 orang
then tinggallah terlebih seorang
jangan tanya la siapa yang terlebih tu . dah tentula aku!
hahaha kesian.
aku pun dengan sedihnya innocent tanya la.. 'cek nak kawan dengan sapa ni..'
'hang kawan dengan buku la pijah!' lepas tu dengar semua orang gelak berdeka-dekah.
tak best langsung!!!! huhuhuhuhuhuh.

aku teringin sangat2!
nak duduk sebumbung dengan adik beradik sendiri masa dah kerja ni.
nak p shopping dengan kakak sendiri.
pergi pasar malam sama-sama..
beli hadiah kat mak ayah sama-sama..
balik kampung pun sama-sama..

dan paling aku teringin..

sambut birthday dengan adik beradik sama-sama..
bergaduh bertumbuk tapi lepas tu peluk - peluk.

huhu
huhu

oke saja je kan nak nangis!!
aaaaah

sekarang ni kakak abang semua dah kahwin
ada family sendiri
aku pun tak berapa rapat sangat,
paling rapat pun dengan along
tapi along dengan aku bezanye 20 thn lebih hehe

apa pun

syukur aku ada mereka..
terima kasih Allah. terima kasih mak ayah!

sayang semua..

Hari hari yang berlalu

Assalamualaikum.!

hi ols..
sebenarnya feeling tak berapa baik. serasa macam nak pecah telaga ayaq mata ni..uuuwwuuwu

oke..
pagi ni masuk ofis .. alone. ya.. semua orang dah pergi bercuti. but i am not! cannot be at anywhere. cannot buy anything. cannot eat steamboat grill seoul garden! ehek mengidam oke tapi.. sebagai anak yang sudah menginjak di pengakhiran remaja. tutup! tutup semua keinginan hati itu!

oke dah merah sikit hidung ni..alalala terharu dengan diri sendiri ni hahak. oke sambung

my Life has totally changed...

aku sekarang..
bangun 6 pagi pergi kerja dan pulang pukul 8malam dan tidur pukul 10 malam.hohoho
aku sekarang...
makan nasi goreng telur makan meggi pecah telur makan nasi order air suam dan lalu sebelah shopping complex Jusco hanya mampu menjeling membayangkan kedai Kitschen sahaja..

masa depan itu penting.
setiap orang berlainan cita-cita dan keinginan nya
tapi bagi aku..

biarlah hidup aku sederhana,..
biarlah gaji yang dapat itu tak seberapa..
tapi pekerjaan itu adalah kehidupan aku.
aku cuma.. inginkan suami penyayang dan anak-anak yang ramai.
cita-cita daripada dulu adalah nak jadi isteri solehah kot!!wakakaka.. oke gelak la 

"mak apa no akaun tabung haji cek"
buku tu dah lama rasanya tak diupdate.
tak pernah langsung dulu ambil tahu apa guna tabung haji.
mak masukkan aku keluarkan. gitulah gayanya. haih
dah 3 tahun tak diisi tabungnya.
dah sampai masanya sekarang untuk aku update kembali buku tu..
kalau simpan dari sekarang..
sekurangnya pun lagi 20 ke 30 tahun lagi baru aku dapat pergi Haji..
Ya Allah.. panjangkan lah umur aku..

jadi sekarang
'tolong la jangan ajak saya pergi holiday please!!! saya tak menahan nak mengikut ikut plus sedih gila sebab kena tinggal huhu. ;( eh lempang kang. sedih pulak'

pelik rasanya ni. rasa macam.
dah semakin
tua
kah?


anyway
aku cuma ..
tak suka duduk sorang2 macam ni! nak balik kerja kat kampung boleh??!!!!

Monday, February 20, 2012

kembali ke dunia maya kodok.

hi ols . assalamualaikum.

lamanya x masuk. aaaa...

aku bizi. buat-buat bizi pun ada. oh ha. malas pun ada!
*sigh***

sekarang tiap2 pagi dah gerak tepat 6.30 am dari shalam.
lebih kurang taklebih cuma terkurang dalam 7.15am sampai opis di jln Tun Razak.

hr ni pun smpai awal. waoww!! impressive! kalau org jepun tengok mereka kata ini rakyatnya. aaawawa

anyway macam biasa lampu2 di ofis wa yg bukak. bermakna tiada yang terawal selain aku!
sekian terima kasih.


oh ha semalam menangis tersedu sedan.
kenapa nangis?
sebab wa kena marah tapi wa tak dapat nak melawan balik.
wa melawan dalam hati jee ....
sebab tu wa tersudu tersedan.

'sorry.. asyik marah tadi.. hurm'

oke wakLUU
makanya wa isytiharkan perang dingin!

arhgh!!!!

Saturday, January 14, 2012

Puisi Cinta Zhairil Juvana

“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.

Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.

Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,

Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,

Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,

Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.

Selamat menjadi separuh dari aku.”

credit to Zhairil. aim touched!!!

egh~

Saturday, January 7, 2012

entry hampir menutup mataku

hi olllss

assalamualaikum,

haha . tadi fikir fikir. tenung tenung. nak cari duit. nak beniage. nak jual apehh??

duit oih........~




untuk tatapan hari tuaku nanti.
haha

oke babai~

Friday, January 6, 2012

workaholic?nop

Assalamualaikum..

Hi ollllsssssss

update laju laju.

malasnya nak siapkan kerjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

oke dah.
bye2..

em jap2.
hari ini aku menghadap blog dari pukul 12tgh tadi sampai skrg. walllllaaaaaaah!
syabas bete syabas.

dan hari ini juga bilik aku ditandang seseorang..dan selepas itu..dan.. soksek soksek.. ko nak tauu..kawan kita sorang tu dah takde..
itu diaa manager kita (ala...manager tuuuuu... alaaaa yang tuuuuu) dah resign 24hours.......

erk????

dan selang 10 minit pulak bilik aku ditandang lagi oleh seseorang lain dan...soksek soksek.dan,..dan... dan...
mengatakan manager kita tuuuuuuuuuuu kena terminate 24hours!!

huaah????

syabas bos . syabas. syabas. syabas.

ahahaha. diam kejap boleh tak. bising je ko ni sibuk nak monolog!<--marah kepala sendirik. isk cian kepala.

damn. fikir..fikir...fikir..tenung..tenung..tenung..
apa nasib ku pulak selepas ini. aaaaaargh.

oke habes sesi luahan bukan sesi ngumpat. eh. LOL
oke bye. sambung kerja nanti kena terminate.
argh!psikonyaaaa

Thursday, January 5, 2012

Amin!

Assalamualaikum,

saya nak pegi exam nie.

doakan ya!!

'Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah Hafezah baginya menjawab setiap soalan di dalam peperiksaan. '
Amin.

Sunday, January 1, 2012

im 25.

morning olssss

azam 2012:

nak jadi

tegas
matang
jadi diri sendiri
pandai berdikari
bijak mengurskan diri
cantik

dan semuanya cantikkkkkkkkkkk