Saturday, December 31, 2011

Diary sepanjang 2011

January 2011: alhamdulillah , kontrak untuk berkhidmat di Kementerian Pelajaran Malaysia dapat disambungkan lagi setahun. saya betul bersyukur waktu tu, memandangkan nama saya pada mulanya tidak dipilih untuk disambung. itulah rezeki Allah,. terima kasih Ya Tuhan. Cuti semester dah bermula, jadi pada masa yang sama saya buat part time di Parkson Alamanda. Seronok walaupun penat. owhh ya. Selamat hari lahir ayah. 10january.

February 2011: saya dah memiliki sebuah kereta. Kereta kecik-kecik saja, tapi gagah di jalan raya. haha tengoklah tuan dia pun gagah perkasa. thehee. walaupun gaji masa tu cuma rm1200, saya dah nekad untuk beli kereta, supaya nanti senang saya nak dating. ahaha, taklah, saya beli kereta untuk saya bergerak pergi kelas tiap-tiap malam lepas habis waktu kerja. jauh tu uitm shah alam dengan putrajaya.. 
 itulah dia. Savvy hitam. alhamdulillah sekali lagi..

Mac 2011. April 2011. Mei 2011. : Saya tak ingat apa saya buat. kehidupan yang biasa-biasa.. owh, setiap hari balik kerja jam 10 malam sepanjang bulan mei. penatnya hanya Tuhan yang tahu. tapi saya bujang. Tabik saya kepada KakNora yang dah berkahwin, juga balik kerja sama waktu  seperti saya. tanggungjawab menguatkan dia mungkin..

Jun 2011 : Detik terakhir saya duduk di kerusi Kementerian Pelajaran Malaysia. Detik terakhir saya menjadi PT KP(12) di situ. Mengalir air mata saya. banyak sungguh kenangan dan pengalaman yang saya kutip di KPM. sedar-sedar dah genap dua tahun kan. Alhamdulillah.. semuanya indah. banyak perubahan saya sepanjang berada di sana. sesiapa yang mengenali mesti perasan. satu persatu saya berubah. daripada tidak pandai menjaga hati orang, saya jadi pandai. daripada bersikap angkuh, sombong, kerek, saya jadi budak baik. ringan tulang. positif. bukan sebab saya cuba menjadi orang lain. tapi suasana di sana sangat positif. saya belajar mengenali orang lain. terima kasih KPM.

Julai 2011:  dengan langkah baru, saya berpindah ke IPPBM, kementerian belia dan sukan sebagai jawatan yang sangat lama saya idamkan. saya bermula sebagai orang yang baru. betapa Allah Maha Pemurah. bersyukur lagi dengan rezeki Nya. Alhamdulillah. tak henti-henti saya mengucapkan syukur. seronoknya. hanya tuhan yang tahu. dulu tiap-tiap petang lepas habis waktu kerja, saya akan ke gym di KBS. Mata memandang, di dalam hati asyik menyimpan angan-angan. semoga suatu hari , aku berkhidmat di sini. dan akhirnya. Ya. saya dapat!. bagaikan mimpi. banyak yang saya pelajari daripada Kak Mid dan Kakdura. Saya ingat Kakdura musuh. rupanya dialah teman. maafkan pijah ya..

August 2011, September 2011 : Hari lahir saya kan. hoho. saya berpisah dengan H. betul lah orang cakap, di awal perkenalan semuanya indah. tapi bila jauh dari mata, indah telah bertukar rupa. semuanya pahit. masih ingat. masih terngiang semua cemuhan dan kata kasar untuk saya. siapa saya di hatinya.
pedihnya hanya tuhan yang tahu.. dan akhirnya saya undur diri. biarlah suatu hari nanti dia sedar betapa dia menyesal tidak menghargai saya. kejam kan.
Tapi hati saya tak pernah sepi, saya mula mengenali dia, kekasih baru saya. hehe. tapi waktu tu saya gunakan dia untuk melupakan H. akhirnya saya dan dia semakin akrab.
 oh, bukan senang nak melupakan sketsa cinta lama . hihi. yup. akhirnya saya berjaya.

Terima kasih wahai kamu...

October 2011 : saya kena denggi. platlet jatuh , 28. badan dah berbintik merah.
hampir-hampir tut doktor kata.. hehe. pertama kali saya diwadkan. pertama kali juga saya kena ambil darah satu hari sepuloh kali. mak..sakitnya demam denggi, sampai saya menangis. kurus. ehee..tapi bila masuk wad saya jadi gemuk. comel. takpe. ;p alhamdulillah... saya masih berpeluang hidup.
Bulan 10 jugak adalah detik terakhir saya di IPPBM Kementerian Belia dan Sukan pula. ye. saya dapat permananent. jadi saya buat keputusan untuk meletak jawatan. Ya Allah. Sungguh saya berat hati. Meninggalkan kerja yang separuh jalan tak siap, saya sangat berat hati. apatah lagi memikirkan kakmid, insan yang banyak memberi tunjuk ajar sepanjang perkhidmatan saya. sungguh saya sangat berterima kasih.. rakan sekerja yang sangat memahami walaupun baru kenal. mereka kata saya yang peramah. ahaha tapi saya kata saya yang pemalu. ya. saya menyesal meletak jawatan. jujur. pernah kakmid tanya, taknak buat sembahyang istikharah ka.. mintak petunjuk dengan Tuhan, tapi saya buat tak endah.
Saya menyesal. maafkan pijah ya kakmid..

November 2011 : daftar masuk ke Institut Jantung Negara. Culter Shock. saya jadi bingung. tak tau apa perlu buat. dan segalanya negatif. hampir setiap hari menangis dan mengadu pada mak n along. sabar.. saya orang baru.. saya perlu sabar.. jujur saya kata. saya nak balik ke IPPBM. teruskan bernaung di bawah vyrec. dan aktif dengan pelbagai program. seronok kan.! tapi ini adalah keputusan saya. saya perlu tabah! ini cabaran. saya perlu kuat! semuanya sangat mengejut bagi saya. saya bukan lagi playful macam dulu. dah kena bertanggungjawab sepenuhnya untuk organisasi dan ijn. waaah. perlu gagah kan.
sampai sekarang saya masih berusaha untuk gagah. doakan ya!

Disember 2011 : Tahniah murni dan Ani! dua-dua sahabat baik saya. murni dah membina mahligai, dan ani dah bertunang. alhamdulillah.. saya gembira untuk mereka. dah tiba masa kita jadi besar ya.. saya menangis terharu lagi. bahagianya. nanti kita bilang ko berapa anak pulak okeh.!hehe,.. semoga bahagia sehingga anak cucu cicit . sehingga syurga. amin.. eh agak agak. cucu cicit nanti muka mesti sama dengan kita ek. hee. selamat membina generasi. erk. ;p

saya rasa ada lagi peristiwa lain. tapi saya tak berapa nak ingat tarikh-tarikh sebenar..hehe. tak apalah. cukup saya ingat peristiwa tu.


dia kekasih dan dialah sahabat. 
terima kasih untuk semua perhatian u. pengorbanan u. untuk i.
saya sangat bertuah. dia comel kan. hehe

untuk saya.
2011 adalah sangat indah. tak terungkap saya. semuanya berjalan dengan lancar walaupun jatuh tersungkur.
bila piker balik. memori2 tu mampu buat saya tersentuh. saya menangis. dan saya ketawa.. sekejap cuma dan sekelip mata saja. tak puas saya.

terima kasih ya.
untuk semua kenangan.

saya maafkan dan halalkan semua yang saya terasa sepanjang 2011 ni.. saya buang semua luka-luka di hati saya sepanjang 2011 ni.
tapi saya semat semua bunga-bunga dalam jiwa saya. semoga saya tak lupa daratan walaupun saya dah taknak toleh belakang lagi.
saya tutup tarikh 2011 dengan satu tangisan terharu. saya pejam mata..dan ini yang saya nampak. 2011 sangat indah. ya saya bahagia. terima kasih Ya Tuhan.

thank you..



notahariterakhirtahun2011: penulis belog menggunakan bahasa diri saya kerana merasakan diri sendiri seperti menulis novel . haha!ngong. okelah korang. tak payah bc panjang2. saya undur diri dulu.. SELAMAT MENEMPUH TAHUN 2012 pula. semoga semakin matang wahai hafezah!<--setiap hari doa untuk mematangkan diri tapi tak matang2 lagi. lambatnya oih.! dulu kecit2 makan pisang lenyek abang kata. aargh.

2 comments:

  1. yeayy pijaaahhh...wpun kite dah lame gile tak jumpe..bace blog ni pun aku dah puas..xpayah jumpe mintak ko citer...thank u my dear..for sharing~ yup2, ko mesti kuat..teguh dlm papepun. ko kan ganas..wpun ati mcm gula2 kapas..hehe.jgn lupe kenalkan si dia dgn aku lak...heee

    ReplyDelete
  2. gula2 kapas? hahaha. alaa tgk gamba kan da ckup. thehe. thnx back kenshira. dah besaq kita nohh.
    :-D

    ReplyDelete