Thursday, June 2, 2011

A Meaningful Life

well.. here i come with new post. dah lama tak menaip kan?
[ ^ _ ^ ]v

minggu lepas balik kampung.
Yeay,.akhirnya dah terubat rindu haha bising sangat nak balik kan..
ada satu rasa yang singgah kali ni.
dapat tengok anak-anak angah dah besar panjang, sungguh - sungguh terkesan dalam hati aku..
dulu budak-budak ni kecik je lagi.. gelak pun nampak gusi je.. hehe.
terharu sungguh bila balik kali ni tengok tapak kaki dah sama besar dengan saiz tapak kaki aku ni ha.
muka pun dah runcing sorang-sorang.
dulu bulat! cepat ye kamu semua besar.. [ ^ __ ~ ].

terbayang aku masa zaman kecik-kecik dulu..
sekarang dah besar kan anak-anak mak..
ada satu perkara yang terlintas di kepala .
"apa perasaan mak dapat lihat anak-anak dia semua dah kerja ye."
daripada umur satu minggu bayi, esoknya dah kena beli pakaian baru,
esoknya lagi kasut lama dah tak muat, kaki dah membesar,
esoknya dah boleh suruh sidai baju, ajak potong bawang,
lagi esoknya hantar ke universiti pulak..
Ya Allah.. betapa emak dan ayah telah melalui semua itu.
terima kasih tak terhingga daripada anak-anakmu..

aku percaya setiap detik yang bermula daripada anak mak yang sulung,
sehingga la ke adik aku yang bongsu,
detik-detik tu tak akan pernah terhapus.
semuanya terakam dengan sempurna dalam ingatan mak ayah.



terima kasih Ya Tuhanku, kerana didikan mak ayah itu sungguh sempurna... i am so proud to be one of PakYa's. bangga oke!

oke jom nangis.
dulu kecik-kecik angah selalu pesan.. "jangan kurang ajaq dengan mak,.. nanti anak hang buat balik macam tu dekat hang baru tau.."
macam hukum karma kan korang. what you gave you get back. ha masa kau get back tu la baru nak menyesal.
huhu...
"nanti dah ada anak masa tu baru la hang paham apa perasaan mak". teringat lagi kata-kata angah .

aaaih..~menyesainya dulu kecik-kecik buaih sangat. . huhu

3 comments:

  1. huwaaa.... miss my family...!!!! huhuhuhu...

    "bila hang dah jadik mak, baru hang tau macam mane mak jaga kita dulu...."

    =)

    ReplyDelete
  2. Happy familyyy!!

    Tak sabar nak balek Taipinggg!! yeahuuu

    MiNaz! =)Minazzz =))

    ReplyDelete