Friday, June 24, 2011

Tired

Penat la.

sakit pinggang.
macam orang tua kan.
uhuhuks!

saya dengan bangganya ingin tabik spring! pada semua kaum ibu dan isteri yang berkerja.
aku yang bujang ni pun penat.
apatah lagi mereka yang balik kena uruskan anak-anak. layan suami lagi.
ya ampun.
tahniah..

disebabkan hari ni adalah Jumaat.
jom keje kuat-kuat.
esok boleh terbongkang. yeay!!

Thursday, June 23, 2011

The Reality

alhamdulillah..

hi guys. assalamualaikum. titik.

rindu aku ek? kuang kuang! hehek.

sori sangat aku da lupe yang aku ada blog. lupe jugak yang aku ada followers. owh.. tadi baru tersedar.

eheheh..oke, tipu jew semua tu.
mana pernah aku lupa kodok dan juga bloggers!.
hari-hari teringat tapi tak terjenguk.
uhuks!

ape beza hati kering dan hati basah?

bagus lagi menjadi pemilik hati kering. tapi nanti kau takkan paham isi hati orang lain. jadi apa guna bersahabat?
sedihnya kalau menjadi pemilik hati basah. sensitip sangat dengan semua keadaan. sometimes keadaan yang tak masuk dek akal untuk kau nangis pun kau nangis.
ape jambu?! ape pon xbley.

well well well.
nak cerita nie.
hari tu along datang rumah.
rindu sangat . dan sempat jugak saya dan along bercerita.
agaknya usia saya pun dah 24.. along telah memainkan peranannya sebagai seorang kakak.

"hang dengan boyfriend hang macam mana"
erk. oke ja.. entah la along.

"macam tak yakin ja.."
yap. memang cek sendiri pun tak yakin.

"hm.."
sunyi kejap.. huh.. cek pun tak yakin macam mana nak bawak jumpa mak dengan ayah kan. sebak sikit...

"biasa lah tu pijah. hang kena terima kelemahan dia. susah la kalau nak cari yang betul-betul sempurna."
bukan tu along..
aku diam.

bukan tu along.. saya sendiri tak dapat nak meyakinkan diri sendiri yang cinta itu wujud untuk saya. macam mana ni ye.
Ya Allah.. Kau berikanlah aku petunjuk.

kadang-kadang rasa bahagia yang teramat. tapi kadang-kadang bila kembali kepada realiti, aku rasa takut yang amat sangat.

sya!! aku nak ikut kau pegi Cable Car.!! huhu. Gunung Mak Cincang. eh?


Motibasi untuk kodok dan kawan-kawannya
ala... jangan piker sangat benda-benda macam nie. faces the reality. hidup ni sentiasa berjalan.. hari ni kau tengok seorang tua yang berbongkok sedang melintas jalan, tak mustahil suatu hari nanti kau juga akan merasainya..
hari ni kau seorang yang berduit, hartawan, tak mustahil jugak suatu hari nanti kau akan ditimpa kemiskinan.
semua orang akan melalui perkara yang sama. cuma mungkin caranya berbeza..
bersiap sedia lah. tau macam mana caranya nak bersiap sedia?

kalau kau nampak seorang yang tiada kudratnya untuk melintas jalan, tak salah kau tolong.
kalau kau rasa seorang tu berduka, tak salah kau mampir di sisinya. berkongsi rasanya. ceriakan hatinya.
sebab nanti tak mustahil kau juga akan menjadi seperti yang kau nampak sekarang.

jangan terlalu menjadi hamba kepada cinta. cinta antara manusia tak kekal lama..
selalu sangat dah aku terpesong. wawawa..
kalau aku ditakdirkan untuk bersama dia.. ya! aku bersyukur.
kalau juga aku ditakdirkan untuk tidak bersama dia.. ya juga! aku redha.
aku akan lalui semuanya Ya Tuhanku.

oke bye.
sayang korang!
senyum siket! [ ^ _ ~ ]v

Thursday, June 2, 2011

A Meaningful Life

well.. here i come with new post. dah lama tak menaip kan?
[ ^ _ ^ ]v

minggu lepas balik kampung.
Yeay,.akhirnya dah terubat rindu haha bising sangat nak balik kan..
ada satu rasa yang singgah kali ni.
dapat tengok anak-anak angah dah besar panjang, sungguh - sungguh terkesan dalam hati aku..
dulu budak-budak ni kecik je lagi.. gelak pun nampak gusi je.. hehe.
terharu sungguh bila balik kali ni tengok tapak kaki dah sama besar dengan saiz tapak kaki aku ni ha.
muka pun dah runcing sorang-sorang.
dulu bulat! cepat ye kamu semua besar.. [ ^ __ ~ ].

terbayang aku masa zaman kecik-kecik dulu..
sekarang dah besar kan anak-anak mak..
ada satu perkara yang terlintas di kepala .
"apa perasaan mak dapat lihat anak-anak dia semua dah kerja ye."
daripada umur satu minggu bayi, esoknya dah kena beli pakaian baru,
esoknya lagi kasut lama dah tak muat, kaki dah membesar,
esoknya dah boleh suruh sidai baju, ajak potong bawang,
lagi esoknya hantar ke universiti pulak..
Ya Allah.. betapa emak dan ayah telah melalui semua itu.
terima kasih tak terhingga daripada anak-anakmu..

aku percaya setiap detik yang bermula daripada anak mak yang sulung,
sehingga la ke adik aku yang bongsu,
detik-detik tu tak akan pernah terhapus.
semuanya terakam dengan sempurna dalam ingatan mak ayah.



terima kasih Ya Tuhanku, kerana didikan mak ayah itu sungguh sempurna... i am so proud to be one of PakYa's. bangga oke!

oke jom nangis.
dulu kecik-kecik angah selalu pesan.. "jangan kurang ajaq dengan mak,.. nanti anak hang buat balik macam tu dekat hang baru tau.."
macam hukum karma kan korang. what you gave you get back. ha masa kau get back tu la baru nak menyesal.
huhu...
"nanti dah ada anak masa tu baru la hang paham apa perasaan mak". teringat lagi kata-kata angah .

aaaih..~menyesainya dulu kecik-kecik buaih sangat. . huhu