Tuesday, May 3, 2011

while i am away for a few days...

hi ols..

Assalamualaikum..

nah! senyuman aku.. wangi oke.
Selamat Hari Pekerja walaupun dah lepas. seronok tak kawan-kawan........... oke tepuk tepuk tepuk.

Kesian kepada mereka yang jatuh sakit sepanjang 3 hari cuti berlangsung nie. Elok naik hari selasa demam pun kebah ehehe.. takpe, itu semua dugaan. Kita ambil ia sebagai pencuci dosa-dosa kecil.
Alhamdulillah, aku sihat menjalani tempoh berehat.
Cuti 3 hari betul-betul merehatkan mental dan fizikal aku. Sungguh-sungguh cuti. Walaupun exam ada lagi 1 paper 10hb ni ,tapi disebabkan mind set CUTI... aku tak study langsung. yes yes. Lega sangat dapat berehat. Terus hilang semua stress. Disebabkan badan dah susut sikit-sikit, aku jadi makan banyak sampai kembung nak termuntah. Muntah pun muntah janji hati hepi. Yang paling penting, aku sempat berkaraoke oke~ ahaha.. Hilang terus kejang-kejang otak sebab studi dengan tak cukup tido nye..Cakap sal tido lak selama 3 hari aku bangun kul 12, ciap-ciap tengok tv, makan, last-last tido lagi.. mimpi jangan cakap la. Entah apa-apa yang masuk kepala sampai mengigau. aih.~
Aku ni makin hari makin tua. Jadi sekarang masuk mph pun dah takde mud tengok novel ke, komik ke.. Banyak lagi duit nak digunapakai untuk benda lain selain beli novel dengan komik tu. Tapi semalam aku telah terbeli novel. ahah.. tak menyesal pun~! nanti nak g beli lagi. erk. Sudah tiba zon bahaya. Bahayanya baca novel ni, kita akan cipta dunia sendiri. Apa yang terjadi dengan sekeliling jadilah. i don't care! gitu la kot caranye bina dunia sendiri tu. Huuhu bahaya tui~.
Sape belum baca 'Hati Bergetar Rindu'
Agak menarik plot cerita dia. Ada romantis dan suspen. Kalau sesiapa yang rasa dia dah hilang semangat, rasa nak cari motivasi balik.. boleh la try baca novel ni. Betul-betul menaikkan rasa juang dalam kehidupan. Tangkap menangis terharu...sobsS <--erk oke cenyeng..


erm. nak chow.
Satu lagi nak cakap..
Actually semua orang akan merasa diri sendiri lemah tak bermaya, dan akhirnya jatuh rebah. Hadapilah semua masalah dengan tenang, percaya kepada Tuhan, sesungguhnya Allah akan mendatangkan seseorang untuk membantu kita bangun. Jika tiada sesiapa pun, Allah akan menggerakkan hati kita untuk menjadi kuat menghadapi segalanya. Kamu adalah insan terpilih untuk menghadapi dugaan tersebut. Ucapkan syukur setelah berjaya menghadapinya.~!
just proud of yourself. lalala

~

oke lah korang.  bye.

No comments:

Post a Comment