Tuesday, May 24, 2011

Miracle of Life

kite ni makin lama makin besar betul tak.
semua perkara dah seharusnya difikirkan dengan seimbang.
mane baiknye..mane buruknye..
aku selalu tersimpang kalau buat keputusan.
hadirnya sahabat ., tarik balik aku ke pangkal jalan.
semalam aku menangis. terharu dengan keakraban antara kami. nanti end of this year, insyaallah murni akan kahwin.
Tak sanggup aku nak fikirkan lagi macam mana perpisahan tu nanti.
sedihnya hanya Tuhan yang tahu..
inilah hakikat hidup.
bermula dengan kanak-kanak. remaja. dan akhirnya berkahwin.
putaran hidup yang tetap akan kite tempuh. betul kan.

i give all my heart to both of you. we share the sadness. the happiness. indah sangat.. banyak yang dah kita lalui. even kita tengok tv cerita yang tak lawak pun kita boleh gelak berdekah-dekah.. pijah syg akak. pijah syg nenek.

oke nak nangis lagiiiiiiiiiiiiii!

Thursday, May 19, 2011

Bonda...

bonda...

anakanda sedang sedih. (sedih bahase istana ape ek. ) eh oke sambung.

anakanda sedang sedih..

anakanda rindukan sesuatu.

bonda tahu kan.

jika anakanda sedih mesti anakanda akan turun ke kebun nenda.


tengok tu.. puteri yang berjiwa rakyat. sentiasa mendekati haiwan.

kih kih..

oke tipu.

nampak tali dekat hidung lembu tu.?

kalau tak bertali dah lama aku lari lintang pukang.

sebabnya dah kena usha dek abang lembu huhuh.

oke - oke. yang ni betui tak tipu.

cek rindukan kampung... sobs...

erm.. jom korang. balik kampung gua. best owh..
boleh masuk kebun nenek gua. pastu boleh kene gigitan nyamuk.
pernah rase tak.
seronoknyaaaaa!

Tragedi Hidup Wa

mak!
mana rokok wa?!
oh dah jumpa ni. suuuuuuuuuuut
peh macho giler rase nie.
terkemut-kemut lubang hidung..tahan panas.

sumpah panas lubang hidung.
mula-mula baring.
pastu menyandar pulak.
dah habis satu puntung. satu lagi aku ambik.
kenyang rasenye..
tiba-tiba..
bunyi dumpp!!

aku tengok luar rumah. tergamam terkejut aku. ayah dah panik.
"bawak lari adik ko tu wa!" haa..
cepat-cepat aku terkam anis yang tengah main pasir kat luar.
Ya Allah. kau selamatkan keluarga aku..
ayah dah bertarung dengan penjahat-penjahat tu. abes aku? takkan nak tengok je?
macam tengok wayang pulak dah aku rase ni.. aku letak anis.
dan aku terus menuju ke tempat ayah bertarung.
mujur ade belajar ilmu silat gayung dulu. pandai la sikit berlawan..

aku da takleh fokus..
kenape diorang ni datang ayah? kenape? diorang ni sape? kenappe nie???

dalam tengah sedang bertungkus lumus berlawan.. "WaaaaaaaaaaAa!!! lari waaaa!!"
Ya Allah. Asid. aku lari. tapi kudrat aku tak cukup. aku cuba masuk ke dalam kereta. tapi dia lebih laju. seketika. asid itu mengalir di dahi aku. turun ke mulut.
masa bagaikan terhenti.
aku tengok wajah ayah..

ini..
ini betulkah? aku disimbah asid..
bagaikan mimpi aku disimbah asid...
tuuuuuuuuuuuuuut!
satu mesej masuk.."Pijah.. nanti abang bank in duit".
eh. abang.. sape pijah? sape wa? sape anis?
owh.. mimpi..
blur kejap.
naseb baik..
mimpi rupenye..


aa.. sumpah wei. aku mimpi mende tu..
tak tipu..huhu.

dasyat berita simbahan asid ni ek. takut !!

er.. pestime rase penangan rokok . isap dalam mimpi pun oke. muaha!

oke korang yang gua sayang. jage diri.

menguap tutup mulut! tak senonohnyee.......

oke babai

notakun :~tak gheti ah citer sal mimpi-mimpi ni. citer sal hati gak senang. hehe

Tuesday, May 17, 2011

Hadapilah Realiti Dengan Tenang.. wahai Hafezah!.

assalamualaikum.

hai korang.


hari ni cuti kan~! bangun ! bangun ! ape nie membuta sampai ke tengahari.
gigi belom gosok dah tarik notebook. yeark..............

aku tido, dan mimpi sesuatu yang pelik. sedar-sedar air mata dah mengalir..

Ya Allah.. rindu sungguh dengan keluarga tercinta.

oh ya.


tahniah kat budak hitam ni.. akhirnya dapat masuk ipta ek..
rasa macam baru semalam aku dodoi die mase kecik-kecik dulu (dodoi ke belasah? haha)
ah sudah! nak nangis pulak nie kenapeee.
oke tutup. jom layan perasaan. tak tahan dah ni.

bye.

huhu...

nota kunChan~ kuatkanlah aku Ya Allah.. 

Monday, May 16, 2011

Orang Putus Cinta Selalu Buat Apa?

orang putus cinta selalu buat apa?

murung
terkurung
tak mandi
tak makan
demam
sakit kepala
menangis bengkak bijik hidung

buang masa je buat semua tu
kau sakit-sakit tapi die bahagie
bangun-bangun!

p mandi sana.
sudah la badan bau busuk.

oh ya.
makan banyak-banyak biar gemok.
buat apa nak kurus-kurus.
keding. nampak tulang. tak cantik.
kalau ade lemak baru best.
lembut-lembut gitu. ;p

kalau takde orang yang nak?
senang.. nanti leh tinggal rumah orang tua.

seronok tak.


ni sebab putus cinta kew?
Lisa Suriani gemok. sape punye keje ni. aku pinjam sat.


mana cun?

oke babai.. [ ^ _ ^ ]


notakun chan :~ dulu selalu cerita pasal keindahan cinta kan.. takpe. hidup ni putaran roda.. saya tetap saya.. yang akan selalu membicarakan sesuatu yang indah. mana boleh menangis.. kan korang.

Sunday, May 15, 2011

aku cinta kamu Aishiteru~

lagu dari sinetron Cinta Melody.
tengok?
best ! hehe
sekali sekala layan citer indon memang tak hengat nak mandi.
dah.
jom layan.



nota Kun chan~ bila rindu datang, lalu aku pejamkan mataku dan sedetik ketika air mata ini turut jatuh.!

Thursday, May 12, 2011

Tanam. Baja. Siram. Kalau Layu? tangan ko yang salah!

eh. wrong title. 
.
.
.

umor gua duaploh empat

owhhh. dah tua rupanya

kiri kanan depan belakang . pusing la mana pon

arrrgh~! lariiiiiiiiiiii~!

weh. kau nak lari mana?

nah kad kawen.

grr.

tahniah.. 
huhu [berupaya senyum]

series saya gembira kamu semua nak membina mahligai tapi kenapa saya terasa sayu eaa.
isk!


nota Kun Chan :>akhirnya zaman aku dah sampai. ini lah dia. tahun 2011. kawan-kawan sekeliling semua seibuk buat kenduri kahwin. aku pulak sibuk attend sini sana. dari utara sampai selatan. pergi jangan tak pegiiiii. padan muka dulu sibuk gelakkan along sekarang nah rasakan. hahahaha~ 

Wednesday, May 11, 2011

show me the feeling

okey ni name die menggelabah~!
dah abeh exam gua
tak hepi pom?
nape eaaa..
[ -- _ -- ]

sobs!
nak panjat gunung kinabalu la..
ade sape-sape ade pakej tak.
heee

nota Kun Chan:~ ini lah mase die nak buat semua kerja-kerja peribadi yang dah lama tertangguh tu. em.. ekcili saya nak join kursus buat kek. tapi teringin jugak nak join kursus wedding planner. waaaaaaaaaah~

Saturday, May 7, 2011

aku wanita.

ecewah. dato'Siti Nurhaliza. pinjam tajuk sekejap. oh ya.. malam nie terlepas lagi maharajalawak.. gara-gara pening kepala yang amat sangat.. aku duduk dalam bilik tak keluar-keluar. sekarang dah pandai masuk bilik kunci pintu duduk berteleku sorang-sorang. sebijik macam orang psiko.

kalau rasa down nak buat apa?

mandi.
tidur.
tengok wayang.
karaoke.

tapi sampai bila kita nak berpura-pura happy
selagi masalah tu tak selesai kita tak akan happy.
aku paling tak suka buat kerja sekerat jalan.

kemudian tinggal kan tanpa ada sebarang kaitan lagi.
hey~! benda itu tetap ada kaitan. sentiasa berkait dengan hidup kita.
selagi masalah tu tak diselesaikan dengan cara yang baik. selagi itulah hidup akan kucar-kacir.
aku taknak jadi macam tu.
aku taknak biarkan tahun 2011 sadis.

tak ada apa lagi nak diluahkan.
susah.
semua mesti ada kata dan pembayang.
segalanya kabur.
blog bukan lagi tempat aku untuk meluahkan segalanya.
jadi noktah di sini.

cukuplah selagi dada aku tak pecah.

hampir-hampir boleh jadi gila.
oke jangan suruh aku jumpa dokter sakit jiwa.
takut dowh~!!

dan sekarang aku betul-betul rindukan arwah wan....
Al-fatihah untuk tok dan wan..

huuuhuhu..
tamat berita jam duaploh.
jom tidoq meleleh ayaqlioq

Friday, May 6, 2011

demm. i am so mad~!!

darah aku mendidih sungguh-sungguh.
tarik napas aku banyak kali sebab tahan sabar.
haiiiiiiiiiiiiiiiiiih~!

hang dah siang-siang nampak gheta aku apa pasai yang dok p block???!!!
aku nak p kerja okey??~!
oke sabar lagi..
ubah fikiran. kita p ofis naek moto.

tengahari balik rumah hajat nak ambil kereta.
kena bawak kereta, sebab ada satu tempat yang agak jauh nak dituju.
barang pulak banyak..
mana boleh naik moto.....

dah sampai di perkarangan flat.
demm!!!!!!! runtuh terus hati aku bila tengok ford tu masih tak beranjak.
kalau diikutkan perasaan yang mendidih ni
agknya cermin kereta tu dah lama berterabur aku pecahkan.
baru boleh bukak kunci di dalam.
bukak pintu. turunkan handbreak. dan TOLAK.
biar kereta kau jalan sendiri lepas tu.
aaaaargh!
oke kembali kepada dunia realiti..

lu. ford ranger silver. memang tahik! busuk!. siap kalu gua nampak lu start kereta. memang gua baling selipar kena kepala. takde otak. kereta je besar. grr.

nota kun chan~: sudah la aku sedih Google tolak application aku nak amek Adsense..kereta pulak kena block--> muahaha ada hati nak kai addsense ayat pun tunggang langgang. nyesal dulu tak ikut ckp ayh untuk hafal satu buku dictionary tetiap hari satu page.

oke bye...muah~!

Wednesday, May 4, 2011

Carilah hatimu



“Carilah hatimu sewaktu membaca al-Qur’an, jika kau tidak temui, maka carilah hatimu ketika mengerjakan solat…Seandainya tidak temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati, jika tetap gagal menemuinya…berdoalah kepada Allah, pintalah hati yang baru…”


I've copied those words from here. thanks so much. banyak benda yang aku realized..dan semoga perkara-perkara yang sering aku fikirkan ini akan berkekalan dan bertambah baik bukan hanya sementara.

amin.

Tuesday, May 3, 2011

while i am away for a few days...

hi ols..

Assalamualaikum..

nah! senyuman aku.. wangi oke.
Selamat Hari Pekerja walaupun dah lepas. seronok tak kawan-kawan........... oke tepuk tepuk tepuk.

Kesian kepada mereka yang jatuh sakit sepanjang 3 hari cuti berlangsung nie. Elok naik hari selasa demam pun kebah ehehe.. takpe, itu semua dugaan. Kita ambil ia sebagai pencuci dosa-dosa kecil.
Alhamdulillah, aku sihat menjalani tempoh berehat.
Cuti 3 hari betul-betul merehatkan mental dan fizikal aku. Sungguh-sungguh cuti. Walaupun exam ada lagi 1 paper 10hb ni ,tapi disebabkan mind set CUTI... aku tak study langsung. yes yes. Lega sangat dapat berehat. Terus hilang semua stress. Disebabkan badan dah susut sikit-sikit, aku jadi makan banyak sampai kembung nak termuntah. Muntah pun muntah janji hati hepi. Yang paling penting, aku sempat berkaraoke oke~ ahaha.. Hilang terus kejang-kejang otak sebab studi dengan tak cukup tido nye..Cakap sal tido lak selama 3 hari aku bangun kul 12, ciap-ciap tengok tv, makan, last-last tido lagi.. mimpi jangan cakap la. Entah apa-apa yang masuk kepala sampai mengigau. aih.~
Aku ni makin hari makin tua. Jadi sekarang masuk mph pun dah takde mud tengok novel ke, komik ke.. Banyak lagi duit nak digunapakai untuk benda lain selain beli novel dengan komik tu. Tapi semalam aku telah terbeli novel. ahah.. tak menyesal pun~! nanti nak g beli lagi. erk. Sudah tiba zon bahaya. Bahayanya baca novel ni, kita akan cipta dunia sendiri. Apa yang terjadi dengan sekeliling jadilah. i don't care! gitu la kot caranye bina dunia sendiri tu. Huuhu bahaya tui~.
Sape belum baca 'Hati Bergetar Rindu'
Agak menarik plot cerita dia. Ada romantis dan suspen. Kalau sesiapa yang rasa dia dah hilang semangat, rasa nak cari motivasi balik.. boleh la try baca novel ni. Betul-betul menaikkan rasa juang dalam kehidupan. Tangkap menangis terharu...sobsS <--erk oke cenyeng..


erm. nak chow.
Satu lagi nak cakap..
Actually semua orang akan merasa diri sendiri lemah tak bermaya, dan akhirnya jatuh rebah. Hadapilah semua masalah dengan tenang, percaya kepada Tuhan, sesungguhnya Allah akan mendatangkan seseorang untuk membantu kita bangun. Jika tiada sesiapa pun, Allah akan menggerakkan hati kita untuk menjadi kuat menghadapi segalanya. Kamu adalah insan terpilih untuk menghadapi dugaan tersebut. Ucapkan syukur setelah berjaya menghadapinya.~!
just proud of yourself. lalala

~

oke lah korang.  bye.