Sunday, April 17, 2011

resepi ~ Bubur Sum Sum.

hari ni tekak mengada-ngada lebih sikit..
mintak nak makan pelam. nak makan megi. 
dan sekarang teringin sangat nak makan bubur sum sum. 
huhuuu
pernah makan x. best. 
sedap. bubur sum sum ni masakan jawe tapi 
die punye stail ala-ala lebih kurang macam kueh lompat tikam..

dulu aku duk batu pahat selalu la dapat makan.
sekarang ni cume terkenang jek boleh. huhuk.

lain hari nanti buat sendiri jek.
ni ha resepi die.
nanti try buat. muahehehehehe.

sedap errr




meleleh ayaq lioq la weii ~!!! kurr.

Bahan2
1 ½ cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
4 cawan santan [½ biji kelapa] (len kali buat nak tambah ½ cawan lagi sebab aku suka lembut sket)
½ s/k garam

Cara2 Membuatnya
1. Panaskan kukusan.
2. Gaulkan semua bahan (aku guna whisker) dan tapiskan dalam periuk atau non-stik wok. (MaDiHa guna kuali biasa aje)
3. Kacaukan adunan sebentar di atas api sederhana sehingga nampak likat. (MaDiHa suka kacau guna whisker.. adunan tak berketul2)
4. Tuangkan dalam loyang yg telah disapukan minyak.
5. Kukuskan selama 5 minit.
6. Tutup api dan sejukkan.
7. Potong dan hidangkan bersama air gula merah.

AIR GULA MERAH
Bahan2
1 cawan gula merah (ku guna gula kabong seketul besar)
1 cawan gula biasa
2 cawan air
1 helai daun pandan simpulkan

Cara.
1. Panaskan semua bahan sehingga mendideh.
2. Tapiskan dan sejukkan.


sumber : SINI

nota Kun Chan~ : nak belajar masak buboq la paih ni. buboq jagung. buboq kacang. buboq pulut hitam. sedap aiiiiih~!

1 comment: