Saturday, April 16, 2011

kau suka binatang apa..

dalam banyak-banyak binatang.. kau suka binatang apa?

burung!!

kenapa suka burung.

sebab burung sentiasa ada satu harapan. 
bila dia terbang, seolah-seolah dia terbang untuk hari ini. 
dan dia masih ada 1 harapan untuk terbang lagi pada esok hari
bila dia patah sebelah sayapnya, dia masih lagi berusaha untuk terus terbang
sebab dia tahu dia perlu kuat untuk teruskan kehidupan. 
biarpun dia sakit tak tertanggung. 
biarpun dia penat lelah mengharung dugaan. 
biarpun dia kehilangan insan yang tersayang.




macam cerita burung helang yang dulunya dia diberi dua pilihan ..
sama ada untuk menerima proses pemulihan yang sangat menyakitkan selama 150 hari atau menunggu saat-saat kematiannya. dan waktu itu, helang telah memilih untuk memulakan proses pemulihan tersebut walaupun betapa sakitnya dia. sehingga cukupnya 150 hari, helang telah kembali ke rupa bentuk asal, dan kembali terbang semula. betapa semangatnya dipuji sehingga helang diberi ganjaran tempoh 30 tahun lagi untuk hidup.
betul kan burung helang itu simbol kemegahan dan kejayaan?


itu cerita burung helang tentang kecekalan dirinya untuk hidup.
ini cerita burung pipit.

pernah dengar kisah keikhlasan dan kesabaran pipit untuk membantu nabi ibrahim?.
Pada suatu hari, Nabi Ibrahim telah dibakar oleh Raja Namrud kerana memecahkan patung-patung berhala.
dan pipit hadir untuk membantu nabi dengan menyedut dan menyimpan air ke dalam paruhnya yang kecil, dan simbahkan ke api yang marak itu.
nampak kan pipit tabah.. dia diketawakan. dia diperlekehkan. tapi dia tak pernah berganjak untuk membantu.
“Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak."





itu kisah kesabaran dan keikhlasan.
ini kisah percintaan dan persahabatan.

ada seekor burung telah melihat rakannya terlantar sakit di atas jalan raya.. apa yang burung itu cuba lakukan adalah berusaha dengan bersungguh untuk menyelamatkan rakannya yang sudah nyawa-nyawa ikan. Tapi ternyata usahanya tidak berhasil bila rakannya sudah mati. Pada saat itu, dia sangat sedih dan berusaha mengangkat rakannya, dengan berteriak "Bismillah, Allahuakabar." dan terus menangis sambil diiringi "Inalilahi wainnailailaihirojiun.. Bahagialah kamu menghadap Allah"
lihat. burung pun ada hati dan perasaan. malah lebih hebat berbanding manusia.



nota kun Chan :>~ aku selalu pandang langit. bila nampak burung - burung terbang, terasa macam nak turut serta menjadi sahabat mereka. sentiasa terbang tanpa rasa jemu. indah~ 
huhu..tarik hingus kejap. sroooot!!

[ ^ -- ^ ]

bye~!

No comments:

Post a Comment