Monday, April 25, 2011

come & hold my hand...




Kuatkan Semangat pijah..

badan dah lemah-lemah.
letih.

ai need you.you.you. to hug me tight~

huhuh.
sikit lagi belajar, lepas ni stay kampung. duduk dengan mak. owh heaven!

aku dah berapa hari cuti.. risau sangat dengan exam. sekarang ni risau pulak dengan bos. ah!mati...

oke chow.

actually aku pening lalat dari semalam . sebabnya menangis smpai bengkak bijik hidung!
dah bye!!!



 muehehehe..............

muka cedih ciyal..
macam tahi. bebucuknye..~!



oke abaikan gambaq sengal ni. operasi merasmi webcam notebook baru muaha~!

Saturday, April 23, 2011

maharaja Lawak- Jambu












kenape awak ikut saye?
best la korang JAMBU!!

muahahaha lawak gila ah

Thursday, April 21, 2011

nota untuk dia~

nota buat hati.

- ehem.! kamu.. dengar sini. saya nak exam. jadi tolong.. jangan buat perangai.
- jangan kamu tiba-tiba meragam.
- jangan kamu nak menangis
- jangan kamu mengingatkan kepada perkara yang mengganggu saya
- jaga permintaan kamu
- jaga niat kamu
- jaga hubungan kamu dengan orang sekeliling
- jaga hubungan kamu dengan Tuhan

ingat tu! jangan tiba-tiba jadi macam-macam pelik-pelik. abaikan yang remeh - temeh. positifkan cas.

aaah. susah tol nak mengawal kau! 


---> this author is talking to her heart. jadi sila abaikan wawawa!

nota Kun Chan~ belajar ini adalah kepentingan aku... kerja berada di bawah.. jadi esok aku cuti lagi. harap maklum....huhu.



Monday, April 18, 2011

kepeh kepeh kepeh

sayang..
orang bahagie..
tapi kan..
kalau sayang bawak orang naik vespa ni 
orang laaaaaaaaaagi.
bahagie.
muehehehehehehe
berangan sat~!
kepeh kepeh kepeh
dalam ladang kelapa sawit.

oke dah.
lariiiiiiiiik!! sembunyik.
aaagegege.

[ ^ --- ^ ]

this is so sweet when i always dreaming about us. kan syg? muahaha.
*malu sikit sikit kemereahan* buduh.
dah . jangan duk sini lame-lame. pegi-pegi.!!haha~

aku tensen tengok pompuan lawa. argh~!









oke bai~!!!

Sunday, April 17, 2011

resepi ~ Bubur Sum Sum.

hari ni tekak mengada-ngada lebih sikit..
mintak nak makan pelam. nak makan megi. 
dan sekarang teringin sangat nak makan bubur sum sum. 
huhuuu
pernah makan x. best. 
sedap. bubur sum sum ni masakan jawe tapi 
die punye stail ala-ala lebih kurang macam kueh lompat tikam..

dulu aku duk batu pahat selalu la dapat makan.
sekarang ni cume terkenang jek boleh. huhuk.

lain hari nanti buat sendiri jek.
ni ha resepi die.
nanti try buat. muahehehehehe.

sedap errr




meleleh ayaq lioq la weii ~!!! kurr.

Bahan2
1 ½ cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
4 cawan santan [½ biji kelapa] (len kali buat nak tambah ½ cawan lagi sebab aku suka lembut sket)
½ s/k garam

Cara2 Membuatnya
1. Panaskan kukusan.
2. Gaulkan semua bahan (aku guna whisker) dan tapiskan dalam periuk atau non-stik wok. (MaDiHa guna kuali biasa aje)
3. Kacaukan adunan sebentar di atas api sederhana sehingga nampak likat. (MaDiHa suka kacau guna whisker.. adunan tak berketul2)
4. Tuangkan dalam loyang yg telah disapukan minyak.
5. Kukuskan selama 5 minit.
6. Tutup api dan sejukkan.
7. Potong dan hidangkan bersama air gula merah.

AIR GULA MERAH
Bahan2
1 cawan gula merah (ku guna gula kabong seketul besar)
1 cawan gula biasa
2 cawan air
1 helai daun pandan simpulkan

Cara.
1. Panaskan semua bahan sehingga mendideh.
2. Tapiskan dan sejukkan.


sumber : SINI

nota Kun Chan~ : nak belajar masak buboq la paih ni. buboq jagung. buboq kacang. buboq pulut hitam. sedap aiiiiih~!

Saturday, April 16, 2011

kau suka binatang apa..

dalam banyak-banyak binatang.. kau suka binatang apa?

burung!!

kenapa suka burung.

sebab burung sentiasa ada satu harapan. 
bila dia terbang, seolah-seolah dia terbang untuk hari ini. 
dan dia masih ada 1 harapan untuk terbang lagi pada esok hari
bila dia patah sebelah sayapnya, dia masih lagi berusaha untuk terus terbang
sebab dia tahu dia perlu kuat untuk teruskan kehidupan. 
biarpun dia sakit tak tertanggung. 
biarpun dia penat lelah mengharung dugaan. 
biarpun dia kehilangan insan yang tersayang.




macam cerita burung helang yang dulunya dia diberi dua pilihan ..
sama ada untuk menerima proses pemulihan yang sangat menyakitkan selama 150 hari atau menunggu saat-saat kematiannya. dan waktu itu, helang telah memilih untuk memulakan proses pemulihan tersebut walaupun betapa sakitnya dia. sehingga cukupnya 150 hari, helang telah kembali ke rupa bentuk asal, dan kembali terbang semula. betapa semangatnya dipuji sehingga helang diberi ganjaran tempoh 30 tahun lagi untuk hidup.
betul kan burung helang itu simbol kemegahan dan kejayaan?


itu cerita burung helang tentang kecekalan dirinya untuk hidup.
ini cerita burung pipit.

pernah dengar kisah keikhlasan dan kesabaran pipit untuk membantu nabi ibrahim?.
Pada suatu hari, Nabi Ibrahim telah dibakar oleh Raja Namrud kerana memecahkan patung-patung berhala.
dan pipit hadir untuk membantu nabi dengan menyedut dan menyimpan air ke dalam paruhnya yang kecil, dan simbahkan ke api yang marak itu.
nampak kan pipit tabah.. dia diketawakan. dia diperlekehkan. tapi dia tak pernah berganjak untuk membantu.
“Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak."





itu kisah kesabaran dan keikhlasan.
ini kisah percintaan dan persahabatan.

ada seekor burung telah melihat rakannya terlantar sakit di atas jalan raya.. apa yang burung itu cuba lakukan adalah berusaha dengan bersungguh untuk menyelamatkan rakannya yang sudah nyawa-nyawa ikan. Tapi ternyata usahanya tidak berhasil bila rakannya sudah mati. Pada saat itu, dia sangat sedih dan berusaha mengangkat rakannya, dengan berteriak "Bismillah, Allahuakabar." dan terus menangis sambil diiringi "Inalilahi wainnailailaihirojiun.. Bahagialah kamu menghadap Allah"
lihat. burung pun ada hati dan perasaan. malah lebih hebat berbanding manusia.



nota kun Chan :>~ aku selalu pandang langit. bila nampak burung - burung terbang, terasa macam nak turut serta menjadi sahabat mereka. sentiasa terbang tanpa rasa jemu. indah~ 
huhu..tarik hingus kejap. sroooot!!

[ ^ -- ^ ]

bye~!

Thursday, April 14, 2011

copy : Betapa Berharganya Wanita

baca artikel ni.

serius terharu. nak nangis. wahai kawan-kawan yang bernama wanita..

hargailah diri anda.

jom.layanz~


Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan?"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa?", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.


Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.
Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."


CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."


notakun cHan ~ > dulu saya selalu kuat. sehingga sekarang saya dah penat menjadi kuat. sesekali teringin untuk menjadi lemah dan dimanja..

[ ^ -- ^ ]



bye2~!!

Friday, April 8, 2011

copy : memo dari Allah untuk Manusia. Amaran Kiamat Dalam Mulut Bayi

aku jarang-jarang online facebook. kalau masuk pun setakat lalu lalang dekat profile sendiri jek. aku nampak message ni keluar dekat home. tapi tak berminat langsung nak baca..



pagi ni aku masuk opis, perkara 1st sekali buat bukak blog., dan artikel ni aku copy and paste dari blog cikLekatLekitGurl. bacelah.. pade yang belum bace.




Untuk pengetahuan semua cerita ini Sang Lekit copy paste bulat - bulat dari FB heliza Helmi. Moga perkongsian ni memberi manafaat & keinsafan pada diri kita. Sesungguhnya.. Satu lagi bukti kekuasaan Allah

by Nadia Ahmad Tarmizi on Saturday, January 8, 2011 at 12:28pm

Message: Begini ceritanya.... Sahabat saya tu seorang guru di salah sebuah sekolah di Malaysia. Sahabat saya tu mempunyai seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanye kata , dia telah terbaca berita di akhbar Cina baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnye seperti berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat. Jadi doktor bersepakat untuk membedah bayi Cina tersebut.

Ketika dalam pembedahan, mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam mulut bayi tersebut..............Nak tahu ape dia???????? Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang didalam kandungannye bertulis dalam tulisan cina..nak tahu tak ape kandungannye??? Didalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi "Ingatlah wahai manusia, sesungguhnye Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi"

Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang mulutnye tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa

Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang ketibaan hari kiamat.. Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk memberikan agar bertaubat. Jadi sesungguhnye Allah sebenarnye masih sayangkan kita kerana telah memberi maklumat tersebut...

Adakah anda percaya ?Dalam keadaan ini , cuba kita renungkan pada zaman Rasullulah s.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi.Contonhye lelaki kawin sama lelaki begitulah sebaliknye. Dan didalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda tanda hari kiamat ialah apabila orang islam sendiri yang membenci islam dan menentangnye. Ini telah terbukti pada zaman sekarang di negara kita. Jadi secara amnye... sebenarnye hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahu bila. Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila...........Tapi kita hairan kenapa akhbar melayu tiada berita ini.Ini adalah disebabkan pemerintah tak mahu akan menjadi kecoh di negara ini. Jadi sama-samalah kita renungkan bersama sesungguhnye berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap sedia.....untuk menanti ketibaan hari kiamat....................

Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu tanda kiamat iaitu akan berlaku gempabumi di tiga tempat ....timur tengah, barat dan timur. Waktu itu baru Turki dan Taiwan.Tup..tup..Mexico di landa gempabumi yang dasyhat juga seminggu. Dan Allahyarham Ustaz Taha pernah berkata sekitar lima tahun lepas salah satu tanda kiamat akan berlaku kekecohan di Indonesia dan Turki. Sama sama kita renungkan...buktinya jelas makin nyata dari hari ke hari....sabarlah menanti.....sekian

Ini adalah keratan email yang dihantar oleh seorang rakan kepada saya..oleh itu menjadi tanggungjawab saya untuk edarkan pada semua.. sekian..

Notis dlm Mulut Bayi (pernah disiarkan disebuah akhbar berbahasa Cina)

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

(Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan- amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)

Thursday, April 7, 2011

datuk harimau.

pukul berapa datuk harimau?
pukul 5
pukul berapa datuk harimau?
pukul 6
pukul berapa datuk harimau?
pukul 7
pukul berapa datuk harimau?
pukul 8




pukul 8????
mau terjegil bijik mata aku terjage. puh. puh. test dah nak start. 
pecut.....! 
padan muke kau sape suoh tido kat petronas tak sedar diri.
siap mimpi kene baham anjing! 
lagho..


kul 5 je ngantok. kul 5 je ngantok.
dan sekarang pun aku ngantok. demm.
camane nak drive nieh. xyah g kelas boleh .. muehehe., pang!! kene penampor.


amboi.. busuk sungguh . muwahaha lagho..

Kulit sama Lembut. Hati di dalam sape tahu..

lain kali jangan percayakan orang petak-petak sangat.. manusie sekarang banyak yang berbahaya. rupa memang cantik menawan. percakapan lemah lembut sopan. gaya tak payah cakap. memang saling tak ubah macam wanita melayu terakhir idaman malaya. haih..


sedih..aku ingat hidup akan semakin bahagia bila dah dapat kawan sebilik rupanya semakin gerhana!!  kecewa. kecewa. kalau macam ni lagi bagus aku tak payah ada teman sebilik. baik hidup sorang-sorang daripada terjadinya benda yang macam nie...


kucar-kacir hidup. bila terkenang dan terbayang balik, aku jadi menggigil. menakutkan. budak tu tak lebih tak kurang tapi lebih kurang macam manusia jelmaan *menda tu* huhu<--ala lebih kurang macam vondelmot kot.


polis! tolong gari budak tu masuk penjara~!!!!! 
gari! gari! gari! gari! bawak dia pergi daripada hidup aku! tolong! halau dia! pergi!!<--baiknya aku ni. gari jek?


kepada diri sendiri.. kepada hati;otak;mulut;mata;kaki;dan tangan..jadikan perkara yang terjadi tu sebagai pengajaran... lain kali jangan terlalu baik dengan orang yang kita baru kenal.. kita baik dengan dia, dia gelakkan kita berdekah-dekah kat belakang.
hahahaha!bodoh budak tu percaye cakap aku.<--jelmaan tu la cakap. jahat gila. aaargh~


haih.... pemikiran aku ni dah macam kurang stabil.. pening dengan budak tu. selalunya cuma termenung satu saat dua saat. tapi sekarang termenung berminit-minit. khayal. terbayang-bayang peristiwa tu.. trauma. ada tak tempat yang boleh buangkan sesetengah memori yang kita tak nak ingat lagi buat selamanya.. huhu.


notakun Chan kuning :> saya nak balik kampung.. rehat daripada semua ni. tapi bila? huhu
[ -- _ -- ]penat.

Sunday, April 3, 2011

i.. have the time of my Life..

sukanya dapat duduk rumah bila hari weekend. hilang terus semua stress walaupun esok lusa nak test. oh ha cakap pasal test, 22nd april ni dah start final exam. uvwaaa~! excited ke sedih tu haha kompius pulak. takut sangat, banyak nota tak baca, kelas pun banyak ponteng.. seres2 takut semester kali ni. nampaknya kena struggle sungguh untuk final. *aish... kuat!kuat!

teringat semalam tido.. mimpi berbagai-bagai jenis yang keluar haha. yg best sekali, saya mimpi tengah menari. ex bos saya En. hairul tu nak pergi mane tah kat airport. jadi kitorang yang anak-anak buah die pergi la hantar secara beramai-ramai., tapi entah macam mana lepas tu tiba-tiba ada lagu *Have the time of my life* berkumandang dalam airport tu. pastu terus die tarik tangan aku, dan kitorang menari. hakakakak~!! bughok sunggoh mimpi cenggitu.. tak best langsung menari dengan bos. ade ka patot huh. kalau mimpi menari dengan *tut*(sayang) baru tido meleleh air lior muaaahehe.


ini ha video tuh. best ouh.lebih kurang cenni la aku menari semalam. iew!*

notaKun chan ;>> best lagu ni. sebelom kuarnye si sape name kumpulan penyanyi tu.. em black eyed peas ek . ha.. lagu ni dah femes dulu-dulu.. swit cgt. tak dapat menari cemtu dapat mimpi pun jadi huvwah! haha~ eh2 nak mimpi sekali lagi tapi dengan botak pulak . amboiii~!

Saturday, April 2, 2011

bila mak talipon...

lama sangat dah duduk kl tu. balik gheja kat aloqstaq nak dak?. 
huh??. tak nak!!!!!!!!!!! 
amboiiii... 
haha.~

notakun chan :> suka dengan entri AkalvsEmosi hari ni. betul tu. 2 perkataan yang membuatkan anda sgt special di hati saya adalah terima kasih. cuma ucapkan perkataan tu je dah cukup membuatkan diri sangat dihargai. takpayah pembalasan apa-apa. perempuan yang sanggup berkorban bukanlah materealistik..pustop. g bace entri  sane. hehe

vai vai.. 

Friday, April 1, 2011

i love her.

aku lebih suka life yang dulu. nak buat apa pun buat je. tak pernah langsung nak hiraukan perasaan orang lain. kalau ada yang terase aku akan cakap cenni.. lantak hang lah! sapa suh teghasa! masuk dalam kelas pun teros tido kroh kroh kroh. aku benci subjek tu. aku benci subjek ni. jadi aku terang terangan tunjuk kat lecturer wah wah. dulu tak pernah pakai baju kurung.. dan pernah satu hari aku balik rumah mak pakai baju kurung naik bas haha buang tebiat. apa lagi mak tengok atas bawah atas bawah dan cakap cenggini " hang oke ka pijah." muahehe..

aku paling tak suka berkawan dengan perempuan. rimas. mengada-ngada.. lembik.. kang aku berkawan dengan hang nanti semua benda aku yang kena buat. ingat aku boypren hang ka haha garang gile.. itu aku dulu.. berkawan dengan lelaki jek.. last-last aku yang termengada-ngada terlembik dengan lelaki .. gosh! amik kau.. hee geli jek. terkejut mak tengok tiba-tiba aku dah pandai conteng-conteng puisi cintan dulu haha..sudah gila bayang dengan seseorang..*cerita dulu..

mak pernah tanya.. " pijah. jadi cikgu nak dak??!! " eee. takmau!! cek nak jadi polis forensik. baru ada challenge... haha gah gile impian dulu.. itu memang betul-betul punye cita-cita huhu tu jugak sebab aku memberontak tak nak belaja dulu  gara-gara sebab tak dapat sambung belaja dalam bidang tu hehehe.. sengal  kan. sekarang, betul mak.. cek sukaa sangat jadi cikgu sebenarnya huhu.. kan sudah terlambat kan.

dan yang paling last.. *mls nak citer zaman indah dulu banyak-banyak hehe*. yang paling last.. "pijah nah handbag!" huuu. takmau!takmau! takmau pakai! haha hudoh gila. eee.
er.. tapi sekarang.. "beb, jom teman aku carik handbag". haha mengglabah dah nak kai beg tangan huhu. sumpah. aku canggung gila bila nak pakai handbag yang ladies tu huaaawawa..

okelah.

aku rindu aku masa dulu.
masa-masa indah tu. terpahat dalam ingatan sampai bila-bila. walaupun aku dah jadi gadis ayu.<<---grr tetibe hahaks.! ketuk kepala dia..

bye.
assalamualaikum~

Mungkin dah Tiba..

hi ols.
assalamualaikum..

lately ni aku banyak terbace pasal aurat, kiamat, syurga, neraka.. sebelum ni bukan tak baca. ada jugak baca dan ambil tahu tapi setakat insaf sikit-sikit..then buat balik.
tapi pembacaan kali ni betul-betul masuk ke otak. buatkan aku tefikir, dan terus masuk ke hati..
ingat nak kongsi semue artikel tu.. tapi lain kali lah ek kopipes. ;p

Aku ingin berubah, Kau Tetapkanlah hati aku .. Ya Allah..