Friday, March 25, 2011

kalaula aku pandai mengarang puisi

kali ni betul-betul terasa nak balik kampung.
nak tengok sawah padi jek.
tarik lembu balik. 
berkejar-kejar dengan anak-anak ayam. 
kait buah kelape. 
berkongsi makan nyoq muda dengan kucing gemok. 
naek moto tak kai helmet.
huhu.
aku nak tido dengan nyamannye..
kalau ade musim buah manggis lagi nyaman!

kalaulah aku pandai buat puisi.. 
huhuh! best tak karang sajak tepi sawah?

Wednesday, March 23, 2011

menghitung hari

aku betul-betul menghitung hari untuk kaya.
huhuu............................

oke salah. jangan jadi hamba kepada duit.! nanti hidup binasa. tapi sekarang semuanya nak duit. macamlah aku ni cop duit wahai tokei kedai. mintak kurang pun kedek!eh? salahkan kedai plak huhuh.

sekarang musim mengawan kan. heeehe mioww! orang sibuk kawen aku pun sibuk nak kawen gak. huhu.
gataaii. ;p ;p ;p
best tak berjalan tepi pantai sambil berpegang tangan?> saya tanye awak-awak semua lah. huhu
best lah!! ehek~
tolong give me more time . i have to do so many things. rasa macam sesak sangat dengan waktu yang bergerak sekarang nie. sesak nafas. anyway aku sempat jugak pergi bercuti wahaha~.
oke nak sambung wat keje..
ari ni stay opis. banyak nye keje kau wahai pijah!bangun!jangan tido! keje banyak nak senang-lenang macam orang lain plak huhuu..

itu sayang. itu orang. ehehehe witwit!

ohya. tahniah kepada mmy little hensem bro dengan result spm beliau. kak tau hang sedih.. tapi bersyukur dengan apa yang dah disuratkan. jadikan benda tu sebagai pengajaran. lain kali jangan main-main lagi. mana tau ada hikmahnya. you deserve to go far. kitorang semua dah cukup bangga dengan hang bro. so, jangan sedih. bangun! berdiri balik.! setiap orang ada puncaknya sendiri. come on boy.. tetapkan impian tinggikan semangat.. ada lagi jalan lain cuma mungkin lebih jauh sikit..
er actually aku pun sedih gak ni huhu... itulah. orang cakap. kita jangan terlalu menaruh harapan yang tinggi. semua orang menaruh harapan yang terlalu tinggi untuk ajiq. lagi-lagi ayah. dan aku tak suka dengan cara ayah bagi respon pasal result ajiq tu. tolong .dia dah buat yang terbaik dah ayah..kita kena belajar terima hakikat. result dia taklah seteruk mana. kalau nak masuk matrik pun lepas lagi. cara ayah salah. tapi tak boleh jugak salahkan ayah. mungkin tu cara ayah nak menutup rasa kecewa die.  sedih. ;(

oke lah korang.
bai bai .

notakunyangbahagia: rindu dan jalan-jalan di blog lama.  eheh;p

Tuesday, March 22, 2011

aku bukan siapa-siapa

aku bukan siapa-siapa untuk dambakan dia.
aku tak punya apa-apa untuk mengharapkan dia.
oh ya.
tapi aku bangga memiliki dia.
dan
aku bahagia dengan senyuman dia.
titik!!!

bye korang!
haha..

Wednesday, March 16, 2011

dAun RumPut maNa paLing Cantik?

hi u ols!
lately ni malas nak nulis. bukan masalah bizi, tapi masalah hati. kalau hati tengah murung, jangan menulis blog. takut nanti habis semua aku merepek.
tadi jalan-jalan. kopipes artikel ni kejap.
_________________________________________________________________________________
Pada suatu hari, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut mengajar tentang kasih-sayang.

Pelajar: Macam mana kita nak pilih orang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana supaya kasih-sayang itu bekekalan?

Guru: Kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depanmu.Pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang walau sekali. Pilih rumput yang paling cantik dan bawa ke kelas.
Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumputpun di tangannya.

Cikgu: Kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar: Tadi masa berjalan, saya mencari rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik, tapi cikgu kata pilih yang paling cantik. Maka saya terus berjalan ke depan mencari rumput yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tidak jumpa lagi rumput yang paling cantik.

Mungkin ada di belakang tadi rumput yang paling cantik tapi cikgu kata saya tidak boleh ke belakang semula, Maka tiadalah rumput yang saya petik.

Cikgu: Itulah jawapannya. Klaau kita telah berjumpa dengan orang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang di depan kita dengan sebaik-baiknya. Jangan menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap berlaku dan tidak akan berulang lagi. Ingatlah orang yang kita sayang itu adalah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun sebenarnya banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput itu…

notakukuntumemas.:betul. malas pulak nak mengulas. haha! bye!