Thursday, February 24, 2011

UMPAMA DAUN KAPAi TERBANG YANG TELAH LAYU SIAP DILENYEK-LENYEK!



sumpah.

bosan.

malas.

fed up.
fed up? huuue... tak berani untuk aku sebut dalam dunia nyata. jangan fed up dengan masalah yang berlaku. takut nanti ko sakit mental pijah! aaarh!

terasa nak sangat tido dengan nyenyaknya ataih katil dengan bantal sekeliling bertimbun-timbun, bukak tingkap luas-luas biar angin sepoi-sepoi bahasa menyapa badan, oh indahnya damainya dengan mata terpejam dan bermimpikan aku di atas pelamin.. eh..over pulak.
aku betul-betul nak tido lah. bangun celik mata kejap. dan tido. pastu celik balik. pahtu tido lagi. dan tido dan tido dan tido. huhu.apek pun tak malas macam ni ek oke betui tu...

oke babai.! [ -- __ -- ]





FACEBLOG YANG CANTIK KAU MEMANG DEBOM. APAKAH?

apa nih?
naseb baek kaler pink. disebabkan cantik, aku letak buat tayangan kat sebla hehe..
nak tau lebih lanjut silalah kelik banner tu.
oleh sebab diri sendiri pon masih tak bape nak paham almaklom la faktor usia..jadi aku tak reti pun nak cerita lebeh2. lagi-lagi pulak network kat opis semua benda nak block. abes semua imej kena pangkah sabar jelah ea jangan sampai nanti aku pangkah ko mampu! aceceh ngamuk laks..


oke bye!

Tuesday, February 22, 2011

Aku Yang Hensem Nak Transform Jadi Cantik. eh?

geram tengok gadis-gadis cantik nih. lagi-lagi kalau yang comel. ada lesung pipit. senyum lebar. body slim tapi montok. peh! goyah iman. eh. tetiba pulak terlepas cakap umpama macam lesbian. eh penkid. eh bukan-bukan. aku normal! walaupun ramai cakap aku hensem.. erk?!

aku suka usha orang cantik tapi sebenarnya aku duk berangan terbayang-bayang aku cantik macam tu. peh. cantiknya aku.. eh,??. aku tengok diorang pakai baju lawa-lawa. ee.. cantiknya dia pakai..nak beli gak la baju tu. tapi rupanya bila aku pakai baju lawa tu serupa macam aku pakai baju biasa-biasa yang beli di pasar malam saja. huhuh. realiti tidak semenggah angan-angan.

aku nak cantik . badan slim macam lisa surihani. senyum lebar macam farah breep-breep. amboii.. tingginya angan-angan!
aku ingat arwah tok pernah cakap "cucu-cucu tok seeeemmmmua lawa! segak! pandai!" huhuhu... barulah aku tau kenapa sebelum ni aku rasa aku ni cantik lebih kurang macam erra fazira. owh rupanya dulu arwah tok selalu puji-puji walaupun  sebenrnya aku ni gemok macam *tut*.

gemok. gemok. semua orang panggil aku gemok. sampaikan boipren sendirik pon dah tukarkan panggilan cayang kepada panggilan Mok. isk! tragis kowt. kesian tak. aku mana gemok. berat badan aku ideal. bmi aku 20. sumpah. dah check. memang healthy/ideal. tapi aku tak boleh sangkal tentang sesuatu perkara. aku pendek. kalau bawak kereta memang kena dongak sebab nampak stereng kereta sendiri. ayah cakap kalau letak kusyen kat kerusi nanti kaki hang pulak tergantung tak sampai nak tekan clucth. huhu. jadi aku biarkan tengkok aku stres. nanti lama-lama boleh panjang ek? ahaha...

takpelah. aku nak cantik macam lisa surihani jugak! tak kira!
hari ni hari kedua program diet secara sihat aku. sebelum ni dah penah diet macam ni. berjaya turun 5kg dalam masa sebulan. haha. tapi masa tu aku mengaku emosi tengah sedih. jadi memang cepatlah berat turun sebab hormon sedih asyek hantar isyarat xdak selera nak makan. xdak selera nak makan... hukhuk. habis selepas jek Botak turun Putrajaya jumpa aku sang kekasihnya, terus aku beremosi gembira nak mampos. sampai hormon happy hantar isyarat asek suruh makan jangan berenti wahaii pijah! adeh... nah kau naik lagi berat sebanyak 3kg.

bahaya. aku nak turun lagi 7kg. baru boleh selim macam lisa kan. cantik macam farah breep-breep.
tunggu.

program diet secara sihat:
- pagi, minum fiber shake herbalife.
- tengahari makan nasik dan amek protein.
- petang joging lari-lari kat tasik buang lemak sendirik.
- malam minum shake lagi.
- esok bangun timbang ahaha menggelabah!

*janganlah hari-hari ko bedal nasik masa makan tengahari tu... roti pon oke kowt.*
*avoid terus makan ringan2 macam goreng pisang. kopok lekor. cekodok. sandwich. shuuh. tolak tepi*
*segala mak nenek jajan tu lagilah jangan makan langsung! ayaq gas jangan sentuh. ayaq ais pun jangan minum!*
*rajin-rajinkanlah turun jogging. boleh bakar kalori.*
*minum ayaq masak banyak-banyak.*

yang penting percaya pada diri sendiri. disiplinkan diri. takperlu pon ubat tahan lapar semua ni kalau hati dah hantar isyarat nak diet dekat mental.. you can control by urself. kalau nak ikutkan dulu aku lagi gemok. berjaya je turun. jadi kali ni for sure boleh! aceceh..

pesanan penaja: jangan tahik-tahik ayam. busuk.


lisa surihani. seksi kan. tapi cantik uhuh. 

ini aku bila selim nanti. eh salah. macam ni.

cantiknya farah. boleh transform jadi macam ni tak?! eh.

terupload kueteow goreng pulak. eh?!!!!!!! ambik bau saja..

Monday, February 21, 2011

benci rasa ini.

semalam buat rebond..
 bila terbau ubat yang melekat kat rambut ni,. fikiran terus melayang-layang. terbayang-bayang.
 teringat kat botak tue. 
huhu.
sungguh-sungguh! sungguh rindu. 



boleh rase tak?
!!!! kenapa eh?

Tuesday, February 8, 2011

KAMU BILA LAGI?

Mimi selalu merasa tidak selesa apabila datang ke majlis perkahwinan ahli keluarganya. Nak tau sebabnya?? Biasanya, makcik2 dan para kerabat lainnya akan datang menghampirinya sambil menepuk2 bahu.

"Kamu bila lagi?" kata mereka.

Menyampah betul. Tidak berperikemanusian sama sekali. 
Tapi kebiasaan mereka ini terhenti setelah Mimi melakukan hal yang sama pada mereka setiap kali acara pengebumian keluarga berlangsung.
Hahahahaa.. Padan muka!!!

Monday, February 7, 2011

makan lidah.

AKU STRESS.

tak tau nak fiker yang mana satu dulu.
tertekan.
sesak.

hari ni hari kedua tak tido. esok lusa entah boleh tido ke x. korang boleh bayang tak aku sesak macam mane,. argh!