Thursday, January 27, 2011

Semoga bahagia milik Along..

"Along mai la Putrajaya, boleh tengok peghot bunting! hehehehehe... "
"Pijah. tak jadi..."
dah tak berape nak dengar suara along. terkedu. sori Along. sori.. 
"Takdak rezeki.. sabar ek.." tu je yang aku mampu.. Sedih. Jatuh air mata aku terbayangkan perasaan along. 

Ini along. anak mak ayah yang nombor one. Cantek kan [ ^ _ ^]
Along memang anak emak ayah yang nombor 1. Along berjaya jadi anak dan kakak terbaik. Along jadi teladan untuk kitorang adik beradik. Bermula daripada kosong, tiada apa-apa, sekarang along seorang yang hebat.berkerjaya.

cantik kan.. sapa sangka cantik macam tu umur dah 40 an haha..

Aku tak mintak apa-apa. Kebahagiaan along kebahagiaan emak ayah. Kebahagian kami sekeluarga. Aku faham itu semua rezeki Allah. Setiap yang berlaku akan ada hikmah disebaliknya. Aku faham..
Cuma aku nak memohon , semoga along diberi peluang untuk merasai kemanisan seperti ister-isteri yang lain. Semoga along diberi peluang untuk mengecap sebuah kebahagiaan sebagai seorang ibu.
sedih sangat. [Berita gembira] tu datang dengan sekelip mata, dan hilang jugak dengan sekelip mata. 

Selama ni aku cuma dengar kisah-kisah orang. Tak sangka terjadi dalam keluarga sendiri. Baru tahu langit tu tinggi rendah. Baru sedar betapa besarnya kuasa Allah. Kalau itu sudah takdir Qada' dan Qadar Allah, kita  sebagai hamba kena redha. Rupanya berita gembira tu hadir cuma sekejap..... 



Ya Allah.,. 

6 comments:

  1. tersentuh bace post nie.. simple. padat.

    ReplyDelete
  2. [^ _ ^] thanx..

    doakan along ek..

    ReplyDelete
  3. semoga along kau tabah menghadapi ujian dari ALLAH..

    kau pun dah baca entry aku yang lepas tu kan? So aku cuma nak cakap apa yang ada kat entry aku tu... ^_^

    ReplyDelete
  4. semoga along tabah..mungkin ada hikmah disebalik nya. akak pernah mengalami perkara yang sama, apa yang penting sekarang ni..keluarga kena bagi semangat kat along. insyallah..semua nya akan kembali normal.

    ReplyDelete
  5. semoga along tabah~ ada hikmah disebalik ujian..

    ReplyDelete