Friday, January 28, 2011

sapa nak p bercuti. angkat jari..

pejam celik anak mak dah 20++. macam tak percaya sekarang aku bercerita pasal masa depan. pasal kahwin. pasal tanah. pasal rumah. pasal anak-anak. memang tak percaya! wahaahhhaa..!!

tahu lah ko dah merenyam nak kawin. sabaq boleh dak!! pang kang. *huhu kena marah dengan diri sendiri.*

korang. pegi bercuti jom!. kemaren aku belek-belek google. search pasal holiday, cuti-cuti malaysia, air asia, firefly, ececeh...
pas tu kebetulan pulak ada sorang akak sekelas ajak aku pergi BANDUNG. huhu pernah pegi x. pernah pegi x. nak pegi ke. nak pegi ke. perlu pegi ke. perlu pegi ke.
RM 70 pergi dan balik. tol ke kak? ke saya kene tipu petak-petak nih. sekali bayaran dengan tourist guide ke. owh, pergi dengan bebudak kastam. jangan risau pasal bodiguard ni eh tourist guide ni. depa banyak link. oo.. angguk-angguk. sampai kesudah aku piker lagi nak pergi ke tak nak huhuu..

orang cakap. hidup ni jangan jadi hamba kepada matlamat. masa depan belum tentu ada. selagi ada daya untuk buat apa yang kita nak. buat jek. jangan sekat. nak hargai diri sendiri tak salah kan. jangan nanti mati mate terbeliak sudah. * aish apa ckp macam ni lak ni huhu kuntum!*  oke, pendek kata jangan sekat kemahuan,..

ada orang cakap pulak. hidup ni jangan nak joli sangat. simpan duit untuk masa depan. jangan ikut kemahuan. fikirkan keperluan. utamakan keperluan. kalau tak perlu jangan buat. berdiri ataih kaki sendiri pakai kasut sendiri. jangan nak tiru orang masuk dalam kasut orang kang tak muat kasi busuk kasut orang pulak eh apa aku merapu nih!. oke. oke. pendek kata dahulukan keperluan belakangkan kemahuan.

jom tengok apa ada kat bandung indonesia... lailailai..

Bandung jugak dikenali dengan nama Paris of Java. atau sebenarnya Bandar Jawa ala-ala Paris kowt..
ini tempat makan. Ala Sunda 1. ramai cakap best. nyum nyum..

Bandung Supermal. salah satu mall kat Bandung.  shopping. [^ _ ^]
ini Cihampelas Walk. besar tempat nih. *tengok gambo je le..* tempat shopping2, lepak2.. ek. 
ini Barga Street. ada kat Bandung City.
Taman Wista Alam Gn. Tangkuban Perahu. macam nyaman jek abang ni duk kat situ.
ini ladang teh. selalu dengar citer pasal ladang teh. Puncak Pass.  
owh. ini....... pakcik drebar beca. manis gitu haha.
eh ini mee bandung muar! abang google tipu kuntum eyh..


oke bye bye bandung terima kasih google.

notakodokkenasorok: nak pegi jepun ! bila la nak dapat cabutan bertuah ni.
.

Thursday, January 27, 2011

Semoga bahagia milik Along..

"Along mai la Putrajaya, boleh tengok peghot bunting! hehehehehe... "
"Pijah. tak jadi..."
dah tak berape nak dengar suara along. terkedu. sori Along. sori.. 
"Takdak rezeki.. sabar ek.." tu je yang aku mampu.. Sedih. Jatuh air mata aku terbayangkan perasaan along. 

Ini along. anak mak ayah yang nombor one. Cantek kan [ ^ _ ^]
Along memang anak emak ayah yang nombor 1. Along berjaya jadi anak dan kakak terbaik. Along jadi teladan untuk kitorang adik beradik. Bermula daripada kosong, tiada apa-apa, sekarang along seorang yang hebat.berkerjaya.

cantik kan.. sapa sangka cantik macam tu umur dah 40 an haha..

Aku tak mintak apa-apa. Kebahagiaan along kebahagiaan emak ayah. Kebahagian kami sekeluarga. Aku faham itu semua rezeki Allah. Setiap yang berlaku akan ada hikmah disebaliknya. Aku faham..
Cuma aku nak memohon , semoga along diberi peluang untuk merasai kemanisan seperti ister-isteri yang lain. Semoga along diberi peluang untuk mengecap sebuah kebahagiaan sebagai seorang ibu.
sedih sangat. [Berita gembira] tu datang dengan sekelip mata, dan hilang jugak dengan sekelip mata. 

Selama ni aku cuma dengar kisah-kisah orang. Tak sangka terjadi dalam keluarga sendiri. Baru tahu langit tu tinggi rendah. Baru sedar betapa besarnya kuasa Allah. Kalau itu sudah takdir Qada' dan Qadar Allah, kita  sebagai hamba kena redha. Rupanya berita gembira tu hadir cuma sekejap..... 



Ya Allah.,. 

Monday, January 24, 2011

sayang, bila kita dah tua sikit nanti..

aku selalu cakap macam ni kat dia.

nanti orang nak duduk umah kampung. ada tanah sendiri.. bile dah tua senang... ada anak-anak cucu-cucu balik kampung, berkumpul ramai-ramai .seronok kan!

kat situ orang nak tanam pokok buahan. ada pokok rambutan. pokok mempelam. pokok durian. pokok manggis. pokok buah stoi[tah camane ejaan dia].
lepas tu orang nak bela binatang. ada lembu. kambing. arnab. kucing. ayam..

lepas tu masa lapang kita g tengok tanaman dengan binatang peliharaan.. lepas tu orang ikut sayang pegi memancing. dah tua-tua pegi buru ikan kat laut. kita buat barbeque dua orang kita jek makan. romantiknya!

orang nak hidup dengan sayang jek tua nanti....
hekhek!

macam ni... [ ^  __  -- ]

ini memang betul-betul bukan rekaan. aku suka kampung style.petang-petang naik moto buruk honda bulat keliling bendang[sawah padi] tak pakai helmet.. huhu korang orang bandar ape tau? dapat bau lecak tanah merah tu sangat indah tau tak. kalau berjalan tengah bendang tiba-tiba terpijak ikan puyu.. pergh! pernah ke rasa? aku pun tak pernah hehek.
tenang jek hati tambah-tambah lagi kalau dapat duduk tepi pantai adohai... hari-hari turun menelayan. aku suka kehidupan nelayan!.

err.. cepatlah kaya! nak beli tanah! <-- [ ^  _  ^]

Wednesday, January 19, 2011

SUNGGUH SIBUK SI KUN KUN .

tapi betul. sempat lagi nak layan feeling2 kejap.
hari jumaat die balik,. huh. sape tak seronok weh!
aku SERONOK sampai rasa macam nak lompat-lompat pegang pelangi!
tetibe jek makan jadi berselera sangat!
tido pun lena sangat!
mimpi indah-indah belaka haha.
eh da terbalik pulak patutnye makan taklalu tido taklena. huhuh [^ _ ^]

tapi semalam die dah pulang.
die bawak pergi hati aku sekali huhu [- _ -] . 
mulai sekarang. bile bangun pagi kene pujuk hati sendiri!
sabar kun. sabar. nanti jumpe lagi. sabar. sabar. 
sobs. 
aku menangis sedih. tapi aku tersenyum bahagia.
timeceh BUCUK.! hehek.

p/s : err.. tolong jangan muntah geli-geli tekak pulak eh!lalala..
Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia

Hingga aku terasa indah
Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah



Thursday, January 13, 2011

itU EmaK dan AyaH~!!

seronok~! tadi cakap dengan mak.
yeay.. dah boleh bawak kuar keta. kali ni memang betul-betul mendengar kata. angguk ja apa ayah cakap. serius. anak yang baik wakaka...

"takpa downpayment tu mak bayaq. hang usaha sendiri duit bulan-bulan ja." haha~! jangan jeles ajiQ. ajiq ni adik lelaki aku. anak pakya yang bongsu tapi ala-ala matang selalu bermimpi nak jadi abang kepada aku ewah banyak hang punya cantik muka eh hensem muka. uhuh.

yes2! hafezah binti yahaya a.k.a anak pakya tokei daging yang paling kiut miut da nak beli kereta.. tapi kereta murah ja.. biasa2 saja..
dengar cakap ayah. insyaallah nanti semuanya selamat.

aku nak tolak mentah-mentah nasihat ayah . aku takmau kereta ni. aku nak kereta tu. tapi takboleh sebab aku anak yang baik. dah puas jadi jahat dulu. err.. nak cerita pasal kisah jahat dulu-dulu tapii owh takboleh.. taknak pecah rahsia salasilah kehidupan kejahatan aku dulu. memang jahat. cukup la sekali dulu. huhuh. gila insaf.

and then. baru aku sedar rupanya mak lagi sayang aku daripada ajiq wakakakakakaka! oke cover balik. ini bukan sebab telebih sayang atau tekurang sayang. ini sebab aku anak mak yang paling comel boleh.


iTu eMak dan Ayah~!
 --> terima kasih mak. ayah. the one yang selalu lap air mata masa aku menangis. dakap peluk kuat-kuat masa aku hampir jatuh. masih percaya kat aku walaupun sejahat-jahatnya aku. itu mak dan ayah. terima kasih untuk semuanya daripada orang sebesar ibu jari sehingga sekarang. itu mak ayah. <--

Tuesday, January 11, 2011

antara Proton Savvy dan Perodua Kelisa.

chewah2.. nak beli kereta sebenarnya oke. tapi pening lalat tahik lembu bila piker pasal kereta nih. nak yang cantik baik memang debom tapi kene piker kemampuan pulak.
kalau nak ikut kan kemampuan sekarang ni, kereta yang mampu adalah Proton Savvy.

memang murah. downpayment 400.00 jek. mampu2. haha~
tapi tadi along call. potpetpot bla bla bla cakap pasal long term, value jatuh., nanti nak jual kene bayar sama harga dengan kereta,.. terdiam kejap. betul tu. nanti nak pakai pun paling2 lama dalam 5-6 tahun jek. kang nak jual balik masa tu baru menyesal. aish.

piker banyak kali. piker banyak kali.

Proton Savvy

Perodua Kelisa

Monday, January 10, 2011

aku sangat teruja

ini adalah blog aku yang ke2. kenapa aku buat blog baru?

yang pertama: sebab aku nak mansuhkan emel lama.
yang kedua: blog lama macam dah semak gile
yang ketiga: sebab aku nak pakai emel gugel.
yang keempat: sebab makcik aku suka
yang kelima: sebab makcik aku punya suka lah.
oke titik.nak pegi carik gang~ walopun edit tak abeh lagi.. tapi kan. lantak lar...

Tolong ingatkan aku...

salam.
seronok kan Anna Raffali menang. tahniah yo!. takde perasaan pun tengok AJL. tengok sorang-sorang. memang tak best! lain la masa zaman dulu-dulu. tengok kat umah siap ada mee goreng lagi. boleh ngutuk-ngutuk artis tu pakai botox hilang taik lalat. artis tu cakap berbelit-belit sampai bikin aku ngantok. artis tu nyanyi pulun-pulun sampai lemas tapi tak menang pon AJL. adoyai.
hakhak kesian Faizal Tahir lah!~ oke diam. sshhhh... aku tak mau mengutuk. blog aku bukan blog sensasi untuk sumpah seranah orang. blog aku blog orang suci.

memang aku nak puji Faizal Tahir. terbaik. best lagu Selamat Malam sayang... bikin terharu. aku nak puji jugak Black dengan Meet Uncle Hussein. memang patut dapat no2. gandingan mantap! aku nak puji jugak Hafiz. vokal terbaik. pun memang patut dia dapat. memang sedap kowt~! oh ha.. aku nak puji lagi bergunung gunung kat Anna Rafali. best ape lagu die. suare die. cantik pun die jugak. ehe.
ape pun, aku nak cakap..biarla diorang ni menang weh! dah memang rezeki budak-budak tu bukan rezeki Faizal Tahir nak wat macam mane.............................. tolong jangan buat kontrovesi boleh tak?! grr..

err.. satu lagi. Dato' Siti Nurhaliza memang diva. best kowt performance die tadi.~ hee.. Ziana Zain menten power. hebat. tapi hebat lagi Datuk Sharifah Aini hehe... macam ade sesuatu yang tak kene dengan muka dia. apapun apa -apa lah. diorang dah cuba buat yang terbaik.
nanti taun depan sila tukar hos pulak~! yang lebih muda dan baru.
bukan who is Faizal? Faizal is.....mail. adoyai~!! nak buat lawak tapi kantoi dulu huhuh.
kesian giler...
tapi takpe.
AJL 25 not bad. gempak. lawak. cantik. sedap.
tahniah !

Saturday, January 8, 2011

ketika cinta bertasbih

seronok kan kawen~!!

gelak ketawa menangis. susah senang. tengok tv. tengok wayang. berkongsi impian. berkongsi hobi. keluar minum dan makan sama-sama. jerit tengok bola sama-sama. paling best dapat tido sama-sama. adoyai!
nak buat apa pun sama-sama. ada teman. seronok gila huhuh.
mak!! nak kawen!
nak kawen~!
nak kawen~!

gila kan kan kan. ni semua gara-gara tengok citer industan semalam. pastu nanges sebab gadoh. mengada-ngada gile,.. aku kowt yang cepat taching sebenarnya.. tapi satu yang aku suka pasal diri sendiri. aku seorang pemaaf. aku cepat memaafkan. aku xde pendam-pendam simpan dalam hati. bila aku bangun pagi.. aku harap semua sengketa tu terus hilang. bukan untuk dia jek. tapi bila dengan semua orang pun. tabik!<--gila kan kan kan..

cerita pasal kawen.
tahniah along~!!!!!!!!!! rasa macam nak jerit oke. jerit., yeaaaaaaaaay~!! tapi takdenye aku jerit huhuh. takkan la nak buang tebiat plak. ko bukan tinggal kat hutan nak jerit bagai huh. ko tinggal dengan public~! ceritanya tadi call kakzaza, aku punya kakak ipar. cakap la pasal kereta bla bla bla pot pet pot pet,. tetibe kak za tanya. "pijah, da tau tak along da pregnan?" owh my mummy daddy.. speechless. sumpah aku terkejut plus hepi hepi hepi gila la weh. huhu. aku taknak nangis terharu. aku nak senyum sampai telinge sebab terharu. series aku sangat gembira. terima kasih YA ALLAH~! lepas tu terus call mak. "maaak... along da pregnan ka. xhabaq!! heheheee" "sapa habaq hang. baru 1 bulan, xmau kecoh lagi.." semestinya kakza yang bagitau. aku tau kenapa derang seme tak cakap kat aku. salah satu sebab maybe aku ni stil budak2 lagi bagi diorang. tapi mak, cek dah besaq. dah besaq. dah tegedik-gedik nak kawen. mana boleh y all hide the happiest new cam ni daripada cek okaaaaaaaay,. aku bukan budak darjah 5 lagi. aku sudah besaaaaaaaar.

err.. jadi mak..
boleh x.
boleh x.
cek nak kawen.
plis.
plis.
plis.
find me the right prince. kukuku.

gila GATAI ANAK PAKYA SORANG NIH.

Thursday, January 6, 2011

hai.
ini blog baru.
eh.
mungkin.
malas pulak nak taip.
oke babai.~!