Saturday, December 31, 2011

Diary sepanjang 2011

January 2011: alhamdulillah , kontrak untuk berkhidmat di Kementerian Pelajaran Malaysia dapat disambungkan lagi setahun. saya betul bersyukur waktu tu, memandangkan nama saya pada mulanya tidak dipilih untuk disambung. itulah rezeki Allah,. terima kasih Ya Tuhan. Cuti semester dah bermula, jadi pada masa yang sama saya buat part time di Parkson Alamanda. Seronok walaupun penat. owhh ya. Selamat hari lahir ayah. 10january.

February 2011: saya dah memiliki sebuah kereta. Kereta kecik-kecik saja, tapi gagah di jalan raya. haha tengoklah tuan dia pun gagah perkasa. thehee. walaupun gaji masa tu cuma rm1200, saya dah nekad untuk beli kereta, supaya nanti senang saya nak dating. ahaha, taklah, saya beli kereta untuk saya bergerak pergi kelas tiap-tiap malam lepas habis waktu kerja. jauh tu uitm shah alam dengan putrajaya.. 
 itulah dia. Savvy hitam. alhamdulillah sekali lagi..

Mac 2011. April 2011. Mei 2011. : Saya tak ingat apa saya buat. kehidupan yang biasa-biasa.. owh, setiap hari balik kerja jam 10 malam sepanjang bulan mei. penatnya hanya Tuhan yang tahu. tapi saya bujang. Tabik saya kepada KakNora yang dah berkahwin, juga balik kerja sama waktu  seperti saya. tanggungjawab menguatkan dia mungkin..

Jun 2011 : Detik terakhir saya duduk di kerusi Kementerian Pelajaran Malaysia. Detik terakhir saya menjadi PT KP(12) di situ. Mengalir air mata saya. banyak sungguh kenangan dan pengalaman yang saya kutip di KPM. sedar-sedar dah genap dua tahun kan. Alhamdulillah.. semuanya indah. banyak perubahan saya sepanjang berada di sana. sesiapa yang mengenali mesti perasan. satu persatu saya berubah. daripada tidak pandai menjaga hati orang, saya jadi pandai. daripada bersikap angkuh, sombong, kerek, saya jadi budak baik. ringan tulang. positif. bukan sebab saya cuba menjadi orang lain. tapi suasana di sana sangat positif. saya belajar mengenali orang lain. terima kasih KPM.

Julai 2011:  dengan langkah baru, saya berpindah ke IPPBM, kementerian belia dan sukan sebagai jawatan yang sangat lama saya idamkan. saya bermula sebagai orang yang baru. betapa Allah Maha Pemurah. bersyukur lagi dengan rezeki Nya. Alhamdulillah. tak henti-henti saya mengucapkan syukur. seronoknya. hanya tuhan yang tahu. dulu tiap-tiap petang lepas habis waktu kerja, saya akan ke gym di KBS. Mata memandang, di dalam hati asyik menyimpan angan-angan. semoga suatu hari , aku berkhidmat di sini. dan akhirnya. Ya. saya dapat!. bagaikan mimpi. banyak yang saya pelajari daripada Kak Mid dan Kakdura. Saya ingat Kakdura musuh. rupanya dialah teman. maafkan pijah ya..

August 2011, September 2011 : Hari lahir saya kan. hoho. saya berpisah dengan H. betul lah orang cakap, di awal perkenalan semuanya indah. tapi bila jauh dari mata, indah telah bertukar rupa. semuanya pahit. masih ingat. masih terngiang semua cemuhan dan kata kasar untuk saya. siapa saya di hatinya.
pedihnya hanya tuhan yang tahu.. dan akhirnya saya undur diri. biarlah suatu hari nanti dia sedar betapa dia menyesal tidak menghargai saya. kejam kan.
Tapi hati saya tak pernah sepi, saya mula mengenali dia, kekasih baru saya. hehe. tapi waktu tu saya gunakan dia untuk melupakan H. akhirnya saya dan dia semakin akrab.
 oh, bukan senang nak melupakan sketsa cinta lama . hihi. yup. akhirnya saya berjaya.

Terima kasih wahai kamu...

October 2011 : saya kena denggi. platlet jatuh , 28. badan dah berbintik merah.
hampir-hampir tut doktor kata.. hehe. pertama kali saya diwadkan. pertama kali juga saya kena ambil darah satu hari sepuloh kali. mak..sakitnya demam denggi, sampai saya menangis. kurus. ehee..tapi bila masuk wad saya jadi gemuk. comel. takpe. ;p alhamdulillah... saya masih berpeluang hidup.
Bulan 10 jugak adalah detik terakhir saya di IPPBM Kementerian Belia dan Sukan pula. ye. saya dapat permananent. jadi saya buat keputusan untuk meletak jawatan. Ya Allah. Sungguh saya berat hati. Meninggalkan kerja yang separuh jalan tak siap, saya sangat berat hati. apatah lagi memikirkan kakmid, insan yang banyak memberi tunjuk ajar sepanjang perkhidmatan saya. sungguh saya sangat berterima kasih.. rakan sekerja yang sangat memahami walaupun baru kenal. mereka kata saya yang peramah. ahaha tapi saya kata saya yang pemalu. ya. saya menyesal meletak jawatan. jujur. pernah kakmid tanya, taknak buat sembahyang istikharah ka.. mintak petunjuk dengan Tuhan, tapi saya buat tak endah.
Saya menyesal. maafkan pijah ya kakmid..

November 2011 : daftar masuk ke Institut Jantung Negara. Culter Shock. saya jadi bingung. tak tau apa perlu buat. dan segalanya negatif. hampir setiap hari menangis dan mengadu pada mak n along. sabar.. saya orang baru.. saya perlu sabar.. jujur saya kata. saya nak balik ke IPPBM. teruskan bernaung di bawah vyrec. dan aktif dengan pelbagai program. seronok kan.! tapi ini adalah keputusan saya. saya perlu tabah! ini cabaran. saya perlu kuat! semuanya sangat mengejut bagi saya. saya bukan lagi playful macam dulu. dah kena bertanggungjawab sepenuhnya untuk organisasi dan ijn. waaah. perlu gagah kan.
sampai sekarang saya masih berusaha untuk gagah. doakan ya!

Disember 2011 : Tahniah murni dan Ani! dua-dua sahabat baik saya. murni dah membina mahligai, dan ani dah bertunang. alhamdulillah.. saya gembira untuk mereka. dah tiba masa kita jadi besar ya.. saya menangis terharu lagi. bahagianya. nanti kita bilang ko berapa anak pulak okeh.!hehe,.. semoga bahagia sehingga anak cucu cicit . sehingga syurga. amin.. eh agak agak. cucu cicit nanti muka mesti sama dengan kita ek. hee. selamat membina generasi. erk. ;p

saya rasa ada lagi peristiwa lain. tapi saya tak berapa nak ingat tarikh-tarikh sebenar..hehe. tak apalah. cukup saya ingat peristiwa tu.


dia kekasih dan dialah sahabat. 
terima kasih untuk semua perhatian u. pengorbanan u. untuk i.
saya sangat bertuah. dia comel kan. hehe

untuk saya.
2011 adalah sangat indah. tak terungkap saya. semuanya berjalan dengan lancar walaupun jatuh tersungkur.
bila piker balik. memori2 tu mampu buat saya tersentuh. saya menangis. dan saya ketawa.. sekejap cuma dan sekelip mata saja. tak puas saya.

terima kasih ya.
untuk semua kenangan.

saya maafkan dan halalkan semua yang saya terasa sepanjang 2011 ni.. saya buang semua luka-luka di hati saya sepanjang 2011 ni.
tapi saya semat semua bunga-bunga dalam jiwa saya. semoga saya tak lupa daratan walaupun saya dah taknak toleh belakang lagi.
saya tutup tarikh 2011 dengan satu tangisan terharu. saya pejam mata..dan ini yang saya nampak. 2011 sangat indah. ya saya bahagia. terima kasih Ya Tuhan.

thank you..



notahariterakhirtahun2011: penulis belog menggunakan bahasa diri saya kerana merasakan diri sendiri seperti menulis novel . haha!ngong. okelah korang. tak payah bc panjang2. saya undur diri dulu.. SELAMAT MENEMPUH TAHUN 2012 pula. semoga semakin matang wahai hafezah!<--setiap hari doa untuk mematangkan diri tapi tak matang2 lagi. lambatnya oih.! dulu kecit2 makan pisang lenyek abang kata. aargh.

Monday, December 19, 2011

Review Novel : Jauh Dari Cinta


by : Adah Hamidah

'Semakin Laju Aku Berlari,
Semakin Cinta Menjauh Pergi,
Lantas Tidak Lagi kuMengejar,
Kerana Kau Hanya Bahagia Bila KuBerhenti'

Baca bait-bait di atas, apa yang korang dapat bayangkan jalan cerita novel ini?
Sebagai salah seorang pembaca novel, aku mengaku cerita ini mampu buat aku menangis.
Membayangkan betapa sucinya cinta seorang suami buat isteri yang selalu buruk sangka. uhuhuhu...
 anyway, nak cerita banyak nanti tak surprise...
bagi aku, cukup sekadar mengetahui kemungkinan jalan cerita dan ayat-ayat yang digunapakai.
 untuk sinopsis belakang, meh aku tempekkan yerk...
aku akan beli novel berdasarkan ayat-ayat yang digunapakai oleh penulis. pada fikiran aku, kompem novel ni best.
tepat betul tekaan aku. Novel ini adalah antara karya yang popular bulan ini.
dah macam promote karya sendiri pulaks ahah.
owh actually novel ni adalah kesinambungan daripada e-novel. ada je kat penulisan2u.
boleh la, kalau nak try baca.  

aahahah. oke jangan lupa baca wahai peminat novel,. daaa~ sambung wat keje.

How and how and how. semua tanya Pakcik Google

hola~

tadi jalan-jalan kat internet.
cari keyword "how to be a millionnaire"
"how to advertise via facebook"
"how to download crack illustrator"

ahahaha~

mana nak cari duit lebih ni. aihh. $$$ satu keperluan dunia. betul kan korang!

oke la nak review sal novel yang aku baru habis baca sebenarnya. sebelum aku lupa. aku post sekarang la. alang-alang dah carik image kat google.
satu lagi. i start read. again.
ok daa..

http://kodoknyorok.blogspot.com/2011/12/review-novel-jauh-dari-cinta.html

tok tok!! can i come in??

yeah..
hi olsssss. ehem, assalamualaikum.

eh eh tiada yang masuk rupanya. ngee~ batuk-batuk jap. tutup hidung. pfft...puuuuhh! berhabuk!!! dah jadi rumah lelabah,. nasib baek lelabah. kalau badak berendam? almaklumlah musim banjir. haish.

lama tak masuk..

hari ni 19hb 12 2011. lagi beberapa hari dan sedikit minggu , kita akan melangkah ke tahun 2012.
pejam celik pejam celik, kita dah di penghujung 2011. alhamdulillah..

betul. semakin lama hidup. semakin banyak dosa aku kutip. Ya Allah...
aku memohon Hidayah dariMu..

okeh. nanti sambung. banyak perkara yang boleh di update. tapi bukan sekarang. suatu masa nanti. aku akan cari juga kelapangan untuk aku jengah ke sini.
tata~

Friday, November 11, 2011

Eleven Eleven Eleven. Save the Date.

Hai kodok. Today is 11.11.11. The anticipated date to Be with. To Married with. To Celebrate with. Kan? Ada yang nikah, bersalin, anniversary, birthday, . berebut-rebut berhimpit-himpit nk booking tarikh ni. Tok kadi pulak time ni masyukk! Ehehhe. Oke taknak cerita pasal tok kadi. Nak cerita pasal sesuatu yang lain.
11.11.11. cantik kan. oke save the date.  Sebab tarikh ini adalah sangat bermakna untuk The Pakyayians. Yups.  Pada 11.11.1951.. lahirlah seorang anak kecil yang kini telah menjadi ibu yang tabah kepada 5 orang anak-anaknya. Eceh.. skema nih, Yes. Happy birthday mak! Yang ke 60 kan. Tapi sesungguhnya emak sangat kuat dan muda dan berseri dan cantik! Orang cakap nak tengok kita tua nanti mcam mana tengok mak kita. Jadinya kompem . aku tua nanti pun awet muda gak. miahaha.
Untuk pn. Ramlah.
Ketahuilah bahawa saya sangat bersyukur hidup di dunia ini sebagai anak emak. Terima kasih untuk setiap titik peluh dan pengorbanan yang terlalu banyak tak terhitung membesarkan kami. Tak terungkap dan tak tergambar. The best mother ever in the world! and I wish I could be as strongest as you.  Ya Tuhanku, Panjangkan umur Emak. Ampunkan dosa-dosa Emak. Terimalah dan Redailah setiap ibadah dan amalan Emak. Tenangkan jiwa dan hati Emak. Dan sihat sejahtera kan tubuh badan Emak. Amin..
Selamat  hari ulangtahun mak.  thanx 4 everything.  The way mak concern.. call for checking her lil daughter  yang jauh ni ok eke tak. Balik rumah ke tak. Sihat ke x. bangun pukul berapa. Sampai tempat kerja pukul berapa. Balik pukul berapa. Baca doa tak. Sembahyang tak. Kerja rajin-rajin. Makan apa. Dengan sapa. Kat mana.. tiap2 hari tiap2 masa. Dan saya tak pernah langsung rasa itu semua adalah ‘Rimas’!. . .macam budak kecik an. Aku bukan taknak jadi dewasa. Selalu je cakap. Mak.. cek dah 24 mak…  dan mak akan cakap macam ni. Yela hang tu pempuan. Mak susah hati duk pikiaq hang kat sana tu. Telepon hang senangla hati sikit. Huhu..
Oke dah sebak dah pulak ni. Huhu. Thenx mak.. I love all the ways you care. Be happy for your entire life. This is your time to get rest and relax after a long time for the weary. Tak payah dah nak penat-penat sangat.. cool..!!! oke sekarang ni mak kaki melawa. Sebabnya dulu mak tak sempat pun nak buat semua tu. Muahaha. Anak dia pakai beg carlo rhino dia pun nak jugaaaaaak. Oke. We will do anything everything to meet all your wishes. I love you maaaaaaak...... agak-agak mak dengaq dak. huhu. i love you.

Friday, November 4, 2011

.HotFm.

@ _________ ** huhuuu.. baru jam 8.30 pagi aku dah mengantuk ya amat. belum lagi puku 12 tengahari!.


notanakbelibajukemeja : aku rasa aku kena p sesi kaunseling kot.. tak pun qada tido selama 24 jam.. aku rasa kalau ofis ni boleh buka facebook mungkin selesai masalah mengantuk ni kot muahaha.. semalam jumpa Gm, dengar dia terang serba sikit apa yang dia nak daripada aku., bla bla bla bla bla... dan mental aku dah tak boleh nak bedah siasat apa yang madam cakap, dan telinga dan otak aku terasa seperti mendengar lagu yang membuai-buai.. dan madam dah makin mengecil mengecil.. oh.... pijah...tido pijah....tido pijah..pijah..tido...
!! 
oke pendek cerita boleh pulak aku menguap depan Puan.. erhH. "Did you follow me Hafezah?" "Ah?? yep yep. " huhu. syaitan mana hasut suruh aku tidoq depan my bos nih? adoyai. pijah.. pijah... bila hang nak berubah.

anyway.. di sebalik cerita pagi ku yang mengantuk, aku mampu gelak berdekah2 muahaha. terima kasih kepada radio HOTFM. kerana telah menceriakan pagi-pagi ku......

bye2.. ;)
p/s: em.. she's starting to blog. again. hee

Thursday, November 3, 2011

Meon!

meon. saya suke awak..

jom kite kahwin!!

oke babai

notataihikmatakering : aku dah dua hari kerja di tempat baru. actually baru masuk 2 hari dan 2 hari jugakla aku lambat. muahahahaha~. macam mana ek nak tingkatkan pengurusan diri supaya lebih sistematik.?

Wednesday, November 2, 2011

She's Alive

salam. assalamualaikum.


testing testing~
muahaha.. lama xmasuk. oke aim back,.
:
:
:
:
:
oke nak blah dah.

oke glabah.

oke baibai... ;) thehee

titik panjang...

notakukukucingtumbuh: ai am alive... 
                        tapi ai am serabut! wakaka..~

Monday, September 12, 2011

Buah hati pengarang jantung saya

hi.

rasa nak post kejap.

mak telepon tadi.

"oit. mak dengan ayah ni. tengah beraya"
"raya:??"
"ha. ghaya kat kfc. hehehe!"
"ghaya kat kfc?haha" kerut dahi 1cm
"ghaya posa 6 ni..."
oh.
"hehe. selamat hari raya.. mak! ayah!" alhamdulillah.


buah hati pengarang jantung saya. Pn Ramlah & En. Yahaya.
semoga mak ayah sentiasa dirahmati dan diberkati Allah SWT
Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang,
Semoga setiap dosa mak ayah diampuni dan amalan-amalan mak ayah diterimaNya.
pijah sayang both of you. pijah yakin dan percaya amat. mak ayah sangat bahagia.
Selamat Hari Raya... 
[ ^ _ ^ ]
loves. pijah

Wednesday, September 7, 2011

06092011.

hola..

hepi beday to you..
hepi beday to you..
hepi beday to ... piiiijaaaaaaaahhhhhh


haha~ anoyink gila aku nyanyi untuk diri sendiri nih~


oke lah. takpe2.. dah besar dah tua... takyah la nak mengharap sangat hadiah2 wish2 bagai ni.. toi dak..
untuk tarikh hari ini.. 06092011. terima kasih MAK. sebab lahirkan cek..
kecik-kecik dulu memang kuang hajaq gila then mak selalu cakap macam ni " hang tau dak mak hujung-hujung nyawa beghanak dekat hang dulu. kalau tau hang nak uat pangai cenni picit hidung tu sampai mati pun takpa " her her her...  tapi mak tak buat pun kan.. ;) mak belai. mak tatang. mak cari rezeki. suap makan..
terima kasih Mak. sebab bersabar dengan perangai anak mak yang sorang ni... dah tau dah sekarang betapa besarnya pengorbanan yang mak dah taburkan. dah faham dah kenapa dulu mak nak picit-picit hidung anak mak sorang ni huhu.. terima kasih mak.. untuk dari cek umur 1 hari sehingga hari ini.. sebijik sejibon dahh macam mak!! ;p

i love u.. Pn Ramlah~!!

okela malaih dah nak tulih . heeee~

semalam 12.30am. sepatutnya ai am the new one. the happiest. tp





itulah~ nangies lagi an.
malas dah pun nak cakap pasal dia ni.
so. tutup buku.


happy. pijaaah~! <--eyh jap. ***nyampah laks nak belakon hepi ni****

Monday, September 5, 2011

butakan mataku. hatiku. bekukan jiwaku. perasaanku. dan diam.

hi korang! amacam raya. best an! bina perot. yeayh! serrius . aku sangat gembira...

[ ^ _ ~ ]

unless and untill he loves you he cant live without calling you or text you ...if there is a chance ..
this is true isnt it. aku dah cakap sebelum nie. percintaan jarak jauh aku ni mesti akan ada masalah. aku dah cakap. aku takboleh bercinta dalam keadaan macam ni. aargh!

please. i dont want to be in love. again. anymore.

esok is my birthday. aku bukan budak kecik untuk disambut dan dibuat berday party. tapi apalah salahnya kan kalau nak buat pun huhuks. erm aku terlalu inginkan sebuah perhatian untuk dibawa jalan-jalan tengok zoo. huwaaa~!

i tell you. aku suka zoo lah!!. oke? ;p

dah lah,,.. bye~!

*i hv to be true to myself. kadang-kadang menangis sebab terlalu kesiankan diri sendiri. selalu marah macam ni "apasai hang bodoh sangat!!!!" <--marah diri sendiri lah nie.. ngok kan. kalau betul he loves me...dia takkan biarkan aku macam ni. kowt. yeps. i'm the stupid. haiiih*

--sory a korang kisah cinta lagi hahaks ;p. seres taleh tahan la. huhuh. oke babai.--


Friday, August 26, 2011

Hari Syawal 2011

assalamualaikum.

hi.. { ^ _ ^ }
hepi kan!
yup. saya sangat bahagia.
lagi berapa minit nak berangkat pulang kampung ni. jadi saya masuk blogspot kejap.
rindunya kampung! Tak terkata tak terungkap. hehe

alhamdulillah. tahun ni raya dapat beli handbag untuk mak.
untuk ayah?? err.... susah la barang lelaki nie. hehe.<--sungguh. pening carik. last2 barang sendiri yang terbeli. ;p

alhamdulillah..
terima kasih Tuhanku.

untuk semua kawan2..
lepas ni mungkin tak sempat da kot nak online..
Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dipinta.
semoga semuanya selamat.. drive dengan cermat.. kalau ngantok berenti oke. jangan paksa diri sendiri..
fikirkan mak yang menanti di kampung..

sayang semua.
tata. [ ^ _ ^ ]

Monday, August 15, 2011

dugaan Allah siapa yang duga.

Ya Allah.. semoga baby Zara Hannah sihat..

hannah kuat yer!! 


kuatkan keluarga kami dengan ujian dan dugaanMu. yaAllah.

maknjang sedih,
dan maknjang cinta kamu sangat. hannah.

Friday, August 5, 2011

when the fat lady sings

of course sedap! hehe`


hari ni hari jumaat.
macam biasa. malasnyaaaaaaaaaa. k byee.. [ ^ _ ^ ] sayang korang.

Tuesday, August 2, 2011

KEBAL

Assalamualaikum,
cerita Ramadhan saya yang ke2.

manusia mudah penat. mudah leka. mudah mengantuk. mudah apa lagi? oh. mudah lupa.
tatkala menjelangnya Ramadhan.. lagi lah bertambah-tambah semua unsur-unsur mudah tu.

lesu dah macam pisang lasu.

jalan tehuyong hayang dah macam tak makan seminggu.

tengok pc pun da asik menguap. lagi banyak menguap lagi rasa macam nak bantai tido bawah meja terus je.

Ya Allah... kuatkan lah hamba-hambaMu..............................................

ada suatu cerita. di Putrajaya-Presint 3.

aku ada satu motor. nama die KEBAL. motor ni memang banyak bejase kat aku ni ha.. da sayang sangat dah kat tuan die... tapi semenjak aku pakai kereta ni merajuk die dah macam-macam. aduhai KEBAL.. wa sudah tiada sen nak bikin kamu. jangan buat hal boleh?

tadi pagi entah kenape KEBAL buat hal lagi. tibe-tibe jek mati kat traffic light. boleh bayang tak? saya ni perempuan ayu yang pakai baju kurung siap ada liplap liplap dengan tudung berbelit-belit oke. boleh bayang? boleh bayang?. malu la mak,. nyah! mak kena tolak moto tu taruk tepi. ikutkan hati aku yang malas ni mau je aku buat-buat pengsan kat tepi tu pastu KEBAL pun ikut pengsan sekali. nanti ade la tu rakyat malaysia ni datang tolong tolak sekali dengan aku-aku dia angkut. ha kan senang jimat tenaga di bulan puase tak payah nak bangun jalan kaki. dasar pemalas!

saya terus terang. saya malu nak mintak tolong orang..
tah camane ekpresi muka ni nak mintak tolong orang yang kita tak kenal. "bang. bang. moto saya tak hidup. boleh tolong tak?" kah kah! cam shial. hu huu.
jadi tecangak la kat situ kejap. takde lame , tapi adela dekat 1jam. niat hati nak EL dah. tapi memandangkan lagi 1km je nak sampai ofis.. maka dengan hati yang gundah gulana nak kerja, aku kuatkan jugak hati aku nak pergi keje ni. tahniah pijah kerana melawan malas anda. tepuk3.

sudah lah pasal KEBAL..
buat keje!

Monday, August 1, 2011

Please. be strong..

hi korang~! bertemu lagi kita didalam segmen bualbicara kodok busuk.



sape pernah ade boyfriend? pernah putus cinta jugak? tipu la kau kalau single lagi<--ayat jeles orang suci.


terus terang cakap. aku sekarang sedang merana. hanya kerana seorang lelaki. terus terang satu kali lagi. sumpah. aku penat.
oh ha..aku ada satu penyakit ngeri. tak boleh duduk sorang-sorang. nanti menangis sampai tak hingat dunia. xmelalak pun. sedu sedan sampan merah 1 muka je. tapi bodoh pulak aku rase bile asek nanges tak berenti. geram nih. geram sampai rase nak tengok cermin pastu tumbuk cermin tuh.pastu berdarah la tangan aku. pastu kawan umah bawak g sepital. pastu dalam hati doa moga-moga jumpe doktor hensem. leh la mengubati jiwa kental aku ni kejap. pastu kitorang g keluar minum. dokter belanje. pastu die anta balik umah. pastu die ... eh stopp!! overr plak imaginasi. huhuhuuu.

back to school*. story tadi.
aku betul tengah merana. aku bukan pompuan lembik la., sori la hoi. huhuu..
tadi jalan-jalan encik google.. taip nih *cara melupakan kekasih*
jom try.


.Kalo still teringat kat pasangan anda tuh, anda pi cari tangga, alaa cari je lah kat umah mana-mana atau pun bangunan berhampiran, buat-buatlah terjatuh dari tangga, sampai terus hilang ingatan, nescaya ler.. akan lupakan terus pasangan anda tuh... dengan diri sendiri pun anda tak akan ingat lagi..

.Kalo ingatan anda masih ada, pi je rumah jiran sebelah, minjam tukul, pastu buat ler tak tau sambil ketuk pala sendiri sampailer ilang ingatan...


.Kalo jiran anda tak bagi minjam tukul, curikk je, pastu lari ler..takkan dok buat sesi berkenalan ngan jiran anda lak..



.Kalo susah sangat... hantuk je kepala tu kat dinding rumah, buat ler sampai rasa dah bosan dengan hantukan tuh...

piker jap.* nak wat ke taknak. tol gak tu. leh hilang ingatan.
piker balik jap lepas 10 saat * kepala hotak kau. <~ eyh. otak berkata-kata larh...

uhuhuhuhuuu.. dah la. jom balik eh. masak nasik. berbukee..


notakakikodokmasam:

"You try to be strong, But you're always so alone". 

damn., shut up!

jantung ini berdegup kencang

oh ho.

1 Ramadhan.. maka tamatlah tangisan pilu saya.

chiett! tamat konon. harapkan muka jek legend. hati cengeng!. ah sudahlah.
movie ape yang aku tonton aku tak nanges.. tengok muka apeq penjaga gol malaysia pon aku dah sebak. sobbss. itu belum lagi terkenang-kenang zaman dulu-dulu lagi. mesti bergenang air mata basah ni. huuuu ayat apa tah tu. abaikan.

okelah. ekcili byk sgt nak bercerita dongeng di sini. tapi mata dah sepet sebelah. tu tandanya saya mengantuk. oke babai.,........

oh ha. kenapa berdegup kencang ye? sebab aku akan ke suatu tempat untuk berada di kalangan mereka yang terlalu bijak pandai. macam mana nak hadapi nie? sudahlah level keyakinan diri sangat rendah! terpaksa la berusaha lebih dan lebih dan lebih lagi untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan golongan itu. haih..

baru nak rehat,....................................................... mak!
ya ya. cek tau. ia satu cabaran. kan?! tapi kalau dah hati tengah gelisah ni macam mana nak struggle. malaih laaaaaaaaaaaaaaa
Wahai cikpijah. bangun dari mimpi basah anda! eh silap lak. bangun dari lena mimpi yang panjang. haha pelik pulak..
blurrr

okelah. babai korang.
selamat berbuka puasa ye petang nanti. [ ^ _ ~ ]
jgn korek hidung! jgn jugak sengaja termuntah! takmau takmau...

Friday, July 29, 2011

Mulianya Ramadhan

Assalamualaikum.


Lagi 2 hari nak menjelang 1 Ramadhan
Ya Allah, aku berdebar menanti waktu Ramadhan Mu yang mulia itu.



Rasulullah saw bersabda; mafhumnya; "Kalaulah seandainya umatku tahu keutamaan bulan puasa, tentu mrk akan meminta supaya bulan yang ada dijadikan bulan puasa selamanya." [HR Ibn Majah]

“Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat… dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah…” (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).



semoga bertambah iman kami sekeluarga. bertambah amalan-amalan kami . amalan-amalan mak ayah.
Amin.
Dalam kepala cuma ada mak ayah je. isk. nak pelok mak! ;(

Selamat menjalani ibadah puasa korang~! syukur sangat sebab diberi peluang lagi untuk menghadapi ramadhan. Yang penting kurangkan gossip. tingkatkan amalan.

chows
. salam sayang. muah.

Artikel Kopipes ~ Cemburu & Bidadari.

Cemburu & Bidadari

“Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada
bidadari?”
Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah),
sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz
Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.
Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha..

Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa
yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak
nak luahkan perasaan tu.
Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari
syurga. Aku guna perkataan ‘meluat’ sebab aku rasa inilah istilah yang
paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan
‘bidadari’, aku tak nafikan.
Apa puncanya sampai jadi macam tu?
Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.
Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa
suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap
kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.
Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah
tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada
menyebut, “Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang
membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita
menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup,
majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang
masih lemah imannya..”
Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..
Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga ‘pantang’ disebut tentang
bidadari di depan wanita.
Tapi..Dalam Al-Qur’an kan bidadari disebut tanpa berselindung?
Ohoho…mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham
pun bila mendengar atau membaca Qur’an.
Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita ‘bermusuh’ dengan
bidadari? Tak ada cara nak ‘mendamaikan’ dua golongan ni ke?
Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.
“Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan
seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang
penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli
syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang
masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia..” Padat dan
bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si
datin tunduk sambil tersenyum kelat.
Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita
ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagaiketua bidadari.
Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan
mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat
bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika
bulan menyepi.
Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan
bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam
gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami
takkan beralih dari melihat isterinya.
Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus
kalau tiada saingan?
Tidak juga.
Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di
langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik
sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak
dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh
mata memandang?
Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari
yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami
anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di
mata suaminya.
Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah
Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak
halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah
berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya.
Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu
mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.
Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang
berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud:
“sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia
mereka”.
Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan.
Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa
merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat
sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan
HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).
Tentang pengertian kalimah atraaba pula, nantilah bila ada masa yang
sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..for guys
only. ;-j

Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani
bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan?
Barulah bidadari lain tak ‘kacau daun’.
Betul?
Tapi adakah anda pasti?
Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni
syurga;
Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan
bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, “Benar. Oh, sungguh
hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus,
dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih.” ~au kama qaal
Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka
alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.
“Tak kisah, janji dia tak layan bidadari..” mungkin itu jawapan seorang
wanita.
Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith
yang menyatakan bahawa “tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak
memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau
dahaga..”. (au kama qaal)
Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa
minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?
Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan
mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. “Ketua!
Biar kami pula ambil alih!” …mungkin itu yang mereka kata.
“Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!”
Mungkin ada wanita yang berfikir begini.
Izinkan saya bertanya lagi; “Tak nak pergi shopping ke?” ; )
“Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?”
Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir,
Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu ‘pasar’ di syurga. Di pasar inilah,
ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu
diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi
keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.
Dan di ‘pasar’ syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan
perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka
warna dan bentuk.
Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh ‘produk’ yang dipamerkan,
niatkan “Aku mahu yang ini!”; maka dengan serta-merta benda itu sudah
dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada
ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.
Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?
Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi
yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang
diperolehi mereka.
Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda
tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak
’search’ apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan
terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.
Maka di ‘pasar’ syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta
aksesori wanita (dan lelaki) dalam ‘rekabentuk terbaru’…’latest design’
kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.
Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA!
Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik
pecat orang (”you’re fired!”). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta
kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah
saleh tu..
Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh
didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian
Wanita.
“Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?” ..cheh. Ada sorang minah yang baca
artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..
Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.
“Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah,
sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi,
dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi”.
belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;
“Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang
terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi
mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu
senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat
yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada
yaqut, lu’lu’ dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada
sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak
antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit
dan bumi.”
Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu
isra’ dan mi`raj.
Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia
yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada
mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga
setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi
sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil,
tidak menzalimi seorangpun hambaNya.
Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat
mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun
kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.
Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah
bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua,
barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.
Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang
kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat
perabut dan peralatan dapur?
Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita
lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas
dapur.
Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah
bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih
mahal daripada emas!
Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli
syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu,
pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.
Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda
akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas!
Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada
berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).
Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal
dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping
la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh
bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira
dapat membantu.
Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka
berkhidmat. Anda kan ketua mereka?
Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan
dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.
Tapi kalau nak dapatkan ‘design’ terbaru tu, kenalah keluar dari rumah
(istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga
akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.
Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun
belum habis melihat keseluruhan bahagian ‘pasar’ itu. (kalau naik
kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat,
mengatasi kelajuan cahaya).
Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk
melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!
Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap
minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan,
kurun hadapan, alaf hadapan…sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..
Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping
dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan
sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ;-)
..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai
syurga bersama bekas rakan sekampungnya…atau mungkin dia cuma nak
‘berehat di rumah’ saja.. ;-j
Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan
tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego
dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur.
Qaalu salaaman-salaama~
Lelaki dan wanita saudaraku sekelian.. MARILAH MENUJU KEJAYAAN !!!

dikopi dari blog ni

Tuesday, July 26, 2011

tangisan ini mematangkan aku

terima kasih kepada sesiapa yang telah membuatkan aku menangis! aaach!<--psiko. maybe. chow!

Thursday, July 7, 2011

The Stage of Life

Hi..

Senyum.

Name sape?

Em.. Pijah..

Ape?

Hafezah.. Panggil Pijah je..

Senyum lagi..

Owh.. saya Ahmad..

Senyum lagi..

Aaaaargh..
Penat la nak senyum-senyum ni. aku nak gelak berdekah-dekah. aku tak mau senyum-senyum malu macam nie.
Plastik semua nie. Ini bukan aku oke. ini plastik. aaaaaargh.

rindu sungguh-sungguh dekat opis lama.
semuanya benar-benar berubah.
Allah pula Maha Mengetahui. Dia juga yang Merancang,,

aku redha di sebalik rasa syukur yang amat sangat.
terima kasih Ya Allah..
kerana berikan aku peluang sebesar ini.

apa macam dengan tempat kerja baru?
so far macam yang aku cakap tadi..
senyum sana .
senyum sini.
senyum jew...
ada benda yang aku nyampah pun.. aaargh senyum jew...
ada benda yang aku rasa ko memang lucu giler pun..
aarrrgh..senyum nampak gigi sikit2 jew.


innocent x..innocent x...

huhuhu..

tunggu2.

nanti aku buang plastik aku..

tau la kome.

ahahahaha~ *gelak sakuragi

oke.. belum sampai masanya aku nak mengadap blogspot ni lama-lama di tempat kerja baru.
nak kerja rajin-rajin nie.
bye bye...

sayang korunk! sayang ko gak cikprincess!hehe

Friday, June 24, 2011

Tired

Penat la.

sakit pinggang.
macam orang tua kan.
uhuhuks!

saya dengan bangganya ingin tabik spring! pada semua kaum ibu dan isteri yang berkerja.
aku yang bujang ni pun penat.
apatah lagi mereka yang balik kena uruskan anak-anak. layan suami lagi.
ya ampun.
tahniah..

disebabkan hari ni adalah Jumaat.
jom keje kuat-kuat.
esok boleh terbongkang. yeay!!

Thursday, June 23, 2011

The Reality

alhamdulillah..

hi guys. assalamualaikum. titik.

rindu aku ek? kuang kuang! hehek.

sori sangat aku da lupe yang aku ada blog. lupe jugak yang aku ada followers. owh.. tadi baru tersedar.

eheheh..oke, tipu jew semua tu.
mana pernah aku lupa kodok dan juga bloggers!.
hari-hari teringat tapi tak terjenguk.
uhuks!

ape beza hati kering dan hati basah?

bagus lagi menjadi pemilik hati kering. tapi nanti kau takkan paham isi hati orang lain. jadi apa guna bersahabat?
sedihnya kalau menjadi pemilik hati basah. sensitip sangat dengan semua keadaan. sometimes keadaan yang tak masuk dek akal untuk kau nangis pun kau nangis.
ape jambu?! ape pon xbley.

well well well.
nak cerita nie.
hari tu along datang rumah.
rindu sangat . dan sempat jugak saya dan along bercerita.
agaknya usia saya pun dah 24.. along telah memainkan peranannya sebagai seorang kakak.

"hang dengan boyfriend hang macam mana"
erk. oke ja.. entah la along.

"macam tak yakin ja.."
yap. memang cek sendiri pun tak yakin.

"hm.."
sunyi kejap.. huh.. cek pun tak yakin macam mana nak bawak jumpa mak dengan ayah kan. sebak sikit...

"biasa lah tu pijah. hang kena terima kelemahan dia. susah la kalau nak cari yang betul-betul sempurna."
bukan tu along..
aku diam.

bukan tu along.. saya sendiri tak dapat nak meyakinkan diri sendiri yang cinta itu wujud untuk saya. macam mana ni ye.
Ya Allah.. Kau berikanlah aku petunjuk.

kadang-kadang rasa bahagia yang teramat. tapi kadang-kadang bila kembali kepada realiti, aku rasa takut yang amat sangat.

sya!! aku nak ikut kau pegi Cable Car.!! huhu. Gunung Mak Cincang. eh?


Motibasi untuk kodok dan kawan-kawannya
ala... jangan piker sangat benda-benda macam nie. faces the reality. hidup ni sentiasa berjalan.. hari ni kau tengok seorang tua yang berbongkok sedang melintas jalan, tak mustahil suatu hari nanti kau juga akan merasainya..
hari ni kau seorang yang berduit, hartawan, tak mustahil jugak suatu hari nanti kau akan ditimpa kemiskinan.
semua orang akan melalui perkara yang sama. cuma mungkin caranya berbeza..
bersiap sedia lah. tau macam mana caranya nak bersiap sedia?

kalau kau nampak seorang yang tiada kudratnya untuk melintas jalan, tak salah kau tolong.
kalau kau rasa seorang tu berduka, tak salah kau mampir di sisinya. berkongsi rasanya. ceriakan hatinya.
sebab nanti tak mustahil kau juga akan menjadi seperti yang kau nampak sekarang.

jangan terlalu menjadi hamba kepada cinta. cinta antara manusia tak kekal lama..
selalu sangat dah aku terpesong. wawawa..
kalau aku ditakdirkan untuk bersama dia.. ya! aku bersyukur.
kalau juga aku ditakdirkan untuk tidak bersama dia.. ya juga! aku redha.
aku akan lalui semuanya Ya Tuhanku.

oke bye.
sayang korang!
senyum siket! [ ^ _ ~ ]v

Thursday, June 2, 2011

A Meaningful Life

well.. here i come with new post. dah lama tak menaip kan?
[ ^ _ ^ ]v

minggu lepas balik kampung.
Yeay,.akhirnya dah terubat rindu haha bising sangat nak balik kan..
ada satu rasa yang singgah kali ni.
dapat tengok anak-anak angah dah besar panjang, sungguh - sungguh terkesan dalam hati aku..
dulu budak-budak ni kecik je lagi.. gelak pun nampak gusi je.. hehe.
terharu sungguh bila balik kali ni tengok tapak kaki dah sama besar dengan saiz tapak kaki aku ni ha.
muka pun dah runcing sorang-sorang.
dulu bulat! cepat ye kamu semua besar.. [ ^ __ ~ ].

terbayang aku masa zaman kecik-kecik dulu..
sekarang dah besar kan anak-anak mak..
ada satu perkara yang terlintas di kepala .
"apa perasaan mak dapat lihat anak-anak dia semua dah kerja ye."
daripada umur satu minggu bayi, esoknya dah kena beli pakaian baru,
esoknya lagi kasut lama dah tak muat, kaki dah membesar,
esoknya dah boleh suruh sidai baju, ajak potong bawang,
lagi esoknya hantar ke universiti pulak..
Ya Allah.. betapa emak dan ayah telah melalui semua itu.
terima kasih tak terhingga daripada anak-anakmu..

aku percaya setiap detik yang bermula daripada anak mak yang sulung,
sehingga la ke adik aku yang bongsu,
detik-detik tu tak akan pernah terhapus.
semuanya terakam dengan sempurna dalam ingatan mak ayah.



terima kasih Ya Tuhanku, kerana didikan mak ayah itu sungguh sempurna... i am so proud to be one of PakYa's. bangga oke!

oke jom nangis.
dulu kecik-kecik angah selalu pesan.. "jangan kurang ajaq dengan mak,.. nanti anak hang buat balik macam tu dekat hang baru tau.."
macam hukum karma kan korang. what you gave you get back. ha masa kau get back tu la baru nak menyesal.
huhu...
"nanti dah ada anak masa tu baru la hang paham apa perasaan mak". teringat lagi kata-kata angah .

aaaih..~menyesainya dulu kecik-kecik buaih sangat. . huhu

Tuesday, May 24, 2011

Miracle of Life

kite ni makin lama makin besar betul tak.
semua perkara dah seharusnya difikirkan dengan seimbang.
mane baiknye..mane buruknye..
aku selalu tersimpang kalau buat keputusan.
hadirnya sahabat ., tarik balik aku ke pangkal jalan.
semalam aku menangis. terharu dengan keakraban antara kami. nanti end of this year, insyaallah murni akan kahwin.
Tak sanggup aku nak fikirkan lagi macam mana perpisahan tu nanti.
sedihnya hanya Tuhan yang tahu..
inilah hakikat hidup.
bermula dengan kanak-kanak. remaja. dan akhirnya berkahwin.
putaran hidup yang tetap akan kite tempuh. betul kan.

i give all my heart to both of you. we share the sadness. the happiness. indah sangat.. banyak yang dah kita lalui. even kita tengok tv cerita yang tak lawak pun kita boleh gelak berdekah-dekah.. pijah syg akak. pijah syg nenek.

oke nak nangis lagiiiiiiiiiiiiii!

Thursday, May 19, 2011

Bonda...

bonda...

anakanda sedang sedih. (sedih bahase istana ape ek. ) eh oke sambung.

anakanda sedang sedih..

anakanda rindukan sesuatu.

bonda tahu kan.

jika anakanda sedih mesti anakanda akan turun ke kebun nenda.


tengok tu.. puteri yang berjiwa rakyat. sentiasa mendekati haiwan.

kih kih..

oke tipu.

nampak tali dekat hidung lembu tu.?

kalau tak bertali dah lama aku lari lintang pukang.

sebabnya dah kena usha dek abang lembu huhuh.

oke - oke. yang ni betui tak tipu.

cek rindukan kampung... sobs...

erm.. jom korang. balik kampung gua. best owh..
boleh masuk kebun nenek gua. pastu boleh kene gigitan nyamuk.
pernah rase tak.
seronoknyaaaaa!

Tragedi Hidup Wa

mak!
mana rokok wa?!
oh dah jumpa ni. suuuuuuuuuuut
peh macho giler rase nie.
terkemut-kemut lubang hidung..tahan panas.

sumpah panas lubang hidung.
mula-mula baring.
pastu menyandar pulak.
dah habis satu puntung. satu lagi aku ambik.
kenyang rasenye..
tiba-tiba..
bunyi dumpp!!

aku tengok luar rumah. tergamam terkejut aku. ayah dah panik.
"bawak lari adik ko tu wa!" haa..
cepat-cepat aku terkam anis yang tengah main pasir kat luar.
Ya Allah. kau selamatkan keluarga aku..
ayah dah bertarung dengan penjahat-penjahat tu. abes aku? takkan nak tengok je?
macam tengok wayang pulak dah aku rase ni.. aku letak anis.
dan aku terus menuju ke tempat ayah bertarung.
mujur ade belajar ilmu silat gayung dulu. pandai la sikit berlawan..

aku da takleh fokus..
kenape diorang ni datang ayah? kenape? diorang ni sape? kenappe nie???

dalam tengah sedang bertungkus lumus berlawan.. "WaaaaaaaaaaAa!!! lari waaaa!!"
Ya Allah. Asid. aku lari. tapi kudrat aku tak cukup. aku cuba masuk ke dalam kereta. tapi dia lebih laju. seketika. asid itu mengalir di dahi aku. turun ke mulut.
masa bagaikan terhenti.
aku tengok wajah ayah..

ini..
ini betulkah? aku disimbah asid..
bagaikan mimpi aku disimbah asid...
tuuuuuuuuuuuuuut!
satu mesej masuk.."Pijah.. nanti abang bank in duit".
eh. abang.. sape pijah? sape wa? sape anis?
owh.. mimpi..
blur kejap.
naseb baik..
mimpi rupenye..


aa.. sumpah wei. aku mimpi mende tu..
tak tipu..huhu.

dasyat berita simbahan asid ni ek. takut !!

er.. pestime rase penangan rokok . isap dalam mimpi pun oke. muaha!

oke korang yang gua sayang. jage diri.

menguap tutup mulut! tak senonohnyee.......

oke babai

notakun :~tak gheti ah citer sal mimpi-mimpi ni. citer sal hati gak senang. hehe

Tuesday, May 17, 2011

Hadapilah Realiti Dengan Tenang.. wahai Hafezah!.

assalamualaikum.

hai korang.


hari ni cuti kan~! bangun ! bangun ! ape nie membuta sampai ke tengahari.
gigi belom gosok dah tarik notebook. yeark..............

aku tido, dan mimpi sesuatu yang pelik. sedar-sedar air mata dah mengalir..

Ya Allah.. rindu sungguh dengan keluarga tercinta.

oh ya.


tahniah kat budak hitam ni.. akhirnya dapat masuk ipta ek..
rasa macam baru semalam aku dodoi die mase kecik-kecik dulu (dodoi ke belasah? haha)
ah sudah! nak nangis pulak nie kenapeee.
oke tutup. jom layan perasaan. tak tahan dah ni.

bye.

huhu...

nota kunChan~ kuatkanlah aku Ya Allah.. 

Monday, May 16, 2011

Orang Putus Cinta Selalu Buat Apa?

orang putus cinta selalu buat apa?

murung
terkurung
tak mandi
tak makan
demam
sakit kepala
menangis bengkak bijik hidung

buang masa je buat semua tu
kau sakit-sakit tapi die bahagie
bangun-bangun!

p mandi sana.
sudah la badan bau busuk.

oh ya.
makan banyak-banyak biar gemok.
buat apa nak kurus-kurus.
keding. nampak tulang. tak cantik.
kalau ade lemak baru best.
lembut-lembut gitu. ;p

kalau takde orang yang nak?
senang.. nanti leh tinggal rumah orang tua.

seronok tak.


ni sebab putus cinta kew?
Lisa Suriani gemok. sape punye keje ni. aku pinjam sat.


mana cun?

oke babai.. [ ^ _ ^ ]


notakun chan :~ dulu selalu cerita pasal keindahan cinta kan.. takpe. hidup ni putaran roda.. saya tetap saya.. yang akan selalu membicarakan sesuatu yang indah. mana boleh menangis.. kan korang.

Sunday, May 15, 2011

aku cinta kamu Aishiteru~

lagu dari sinetron Cinta Melody.
tengok?
best ! hehe
sekali sekala layan citer indon memang tak hengat nak mandi.
dah.
jom layan.



nota Kun chan~ bila rindu datang, lalu aku pejamkan mataku dan sedetik ketika air mata ini turut jatuh.!

Thursday, May 12, 2011

Tanam. Baja. Siram. Kalau Layu? tangan ko yang salah!

eh. wrong title. 
.
.
.

umor gua duaploh empat

owhhh. dah tua rupanya

kiri kanan depan belakang . pusing la mana pon

arrrgh~! lariiiiiiiiiiii~!

weh. kau nak lari mana?

nah kad kawen.

grr.

tahniah.. 
huhu [berupaya senyum]

series saya gembira kamu semua nak membina mahligai tapi kenapa saya terasa sayu eaa.
isk!


nota Kun Chan :>akhirnya zaman aku dah sampai. ini lah dia. tahun 2011. kawan-kawan sekeliling semua seibuk buat kenduri kahwin. aku pulak sibuk attend sini sana. dari utara sampai selatan. pergi jangan tak pegiiiii. padan muka dulu sibuk gelakkan along sekarang nah rasakan. hahahaha~ 

Wednesday, May 11, 2011

show me the feeling

okey ni name die menggelabah~!
dah abeh exam gua
tak hepi pom?
nape eaaa..
[ -- _ -- ]

sobs!
nak panjat gunung kinabalu la..
ade sape-sape ade pakej tak.
heee

nota Kun Chan:~ ini lah mase die nak buat semua kerja-kerja peribadi yang dah lama tertangguh tu. em.. ekcili saya nak join kursus buat kek. tapi teringin jugak nak join kursus wedding planner. waaaaaaaaaah~

Saturday, May 7, 2011

aku wanita.

ecewah. dato'Siti Nurhaliza. pinjam tajuk sekejap. oh ya.. malam nie terlepas lagi maharajalawak.. gara-gara pening kepala yang amat sangat.. aku duduk dalam bilik tak keluar-keluar. sekarang dah pandai masuk bilik kunci pintu duduk berteleku sorang-sorang. sebijik macam orang psiko.

kalau rasa down nak buat apa?

mandi.
tidur.
tengok wayang.
karaoke.

tapi sampai bila kita nak berpura-pura happy
selagi masalah tu tak selesai kita tak akan happy.
aku paling tak suka buat kerja sekerat jalan.

kemudian tinggal kan tanpa ada sebarang kaitan lagi.
hey~! benda itu tetap ada kaitan. sentiasa berkait dengan hidup kita.
selagi masalah tu tak diselesaikan dengan cara yang baik. selagi itulah hidup akan kucar-kacir.
aku taknak jadi macam tu.
aku taknak biarkan tahun 2011 sadis.

tak ada apa lagi nak diluahkan.
susah.
semua mesti ada kata dan pembayang.
segalanya kabur.
blog bukan lagi tempat aku untuk meluahkan segalanya.
jadi noktah di sini.

cukuplah selagi dada aku tak pecah.

hampir-hampir boleh jadi gila.
oke jangan suruh aku jumpa dokter sakit jiwa.
takut dowh~!!

dan sekarang aku betul-betul rindukan arwah wan....
Al-fatihah untuk tok dan wan..

huuuhuhu..
tamat berita jam duaploh.
jom tidoq meleleh ayaqlioq

Friday, May 6, 2011

demm. i am so mad~!!

darah aku mendidih sungguh-sungguh.
tarik napas aku banyak kali sebab tahan sabar.
haiiiiiiiiiiiiiiiiiih~!

hang dah siang-siang nampak gheta aku apa pasai yang dok p block???!!!
aku nak p kerja okey??~!
oke sabar lagi..
ubah fikiran. kita p ofis naek moto.

tengahari balik rumah hajat nak ambil kereta.
kena bawak kereta, sebab ada satu tempat yang agak jauh nak dituju.
barang pulak banyak..
mana boleh naik moto.....

dah sampai di perkarangan flat.
demm!!!!!!! runtuh terus hati aku bila tengok ford tu masih tak beranjak.
kalau diikutkan perasaan yang mendidih ni
agknya cermin kereta tu dah lama berterabur aku pecahkan.
baru boleh bukak kunci di dalam.
bukak pintu. turunkan handbreak. dan TOLAK.
biar kereta kau jalan sendiri lepas tu.
aaaaargh!
oke kembali kepada dunia realiti..

lu. ford ranger silver. memang tahik! busuk!. siap kalu gua nampak lu start kereta. memang gua baling selipar kena kepala. takde otak. kereta je besar. grr.

nota kun chan~: sudah la aku sedih Google tolak application aku nak amek Adsense..kereta pulak kena block--> muahaha ada hati nak kai addsense ayat pun tunggang langgang. nyesal dulu tak ikut ckp ayh untuk hafal satu buku dictionary tetiap hari satu page.

oke bye...muah~!

Wednesday, May 4, 2011

Carilah hatimu



“Carilah hatimu sewaktu membaca al-Qur’an, jika kau tidak temui, maka carilah hatimu ketika mengerjakan solat…Seandainya tidak temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati, jika tetap gagal menemuinya…berdoalah kepada Allah, pintalah hati yang baru…”


I've copied those words from here. thanks so much. banyak benda yang aku realized..dan semoga perkara-perkara yang sering aku fikirkan ini akan berkekalan dan bertambah baik bukan hanya sementara.

amin.

Tuesday, May 3, 2011

while i am away for a few days...

hi ols..

Assalamualaikum..

nah! senyuman aku.. wangi oke.
Selamat Hari Pekerja walaupun dah lepas. seronok tak kawan-kawan........... oke tepuk tepuk tepuk.

Kesian kepada mereka yang jatuh sakit sepanjang 3 hari cuti berlangsung nie. Elok naik hari selasa demam pun kebah ehehe.. takpe, itu semua dugaan. Kita ambil ia sebagai pencuci dosa-dosa kecil.
Alhamdulillah, aku sihat menjalani tempoh berehat.
Cuti 3 hari betul-betul merehatkan mental dan fizikal aku. Sungguh-sungguh cuti. Walaupun exam ada lagi 1 paper 10hb ni ,tapi disebabkan mind set CUTI... aku tak study langsung. yes yes. Lega sangat dapat berehat. Terus hilang semua stress. Disebabkan badan dah susut sikit-sikit, aku jadi makan banyak sampai kembung nak termuntah. Muntah pun muntah janji hati hepi. Yang paling penting, aku sempat berkaraoke oke~ ahaha.. Hilang terus kejang-kejang otak sebab studi dengan tak cukup tido nye..Cakap sal tido lak selama 3 hari aku bangun kul 12, ciap-ciap tengok tv, makan, last-last tido lagi.. mimpi jangan cakap la. Entah apa-apa yang masuk kepala sampai mengigau. aih.~
Aku ni makin hari makin tua. Jadi sekarang masuk mph pun dah takde mud tengok novel ke, komik ke.. Banyak lagi duit nak digunapakai untuk benda lain selain beli novel dengan komik tu. Tapi semalam aku telah terbeli novel. ahah.. tak menyesal pun~! nanti nak g beli lagi. erk. Sudah tiba zon bahaya. Bahayanya baca novel ni, kita akan cipta dunia sendiri. Apa yang terjadi dengan sekeliling jadilah. i don't care! gitu la kot caranye bina dunia sendiri tu. Huuhu bahaya tui~.
Sape belum baca 'Hati Bergetar Rindu'
Agak menarik plot cerita dia. Ada romantis dan suspen. Kalau sesiapa yang rasa dia dah hilang semangat, rasa nak cari motivasi balik.. boleh la try baca novel ni. Betul-betul menaikkan rasa juang dalam kehidupan. Tangkap menangis terharu...sobsS <--erk oke cenyeng..


erm. nak chow.
Satu lagi nak cakap..
Actually semua orang akan merasa diri sendiri lemah tak bermaya, dan akhirnya jatuh rebah. Hadapilah semua masalah dengan tenang, percaya kepada Tuhan, sesungguhnya Allah akan mendatangkan seseorang untuk membantu kita bangun. Jika tiada sesiapa pun, Allah akan menggerakkan hati kita untuk menjadi kuat menghadapi segalanya. Kamu adalah insan terpilih untuk menghadapi dugaan tersebut. Ucapkan syukur setelah berjaya menghadapinya.~!
just proud of yourself. lalala

~

oke lah korang.  bye.

Monday, April 25, 2011

come & hold my hand...




Kuatkan Semangat pijah..

badan dah lemah-lemah.
letih.

ai need you.you.you. to hug me tight~

huhuh.
sikit lagi belajar, lepas ni stay kampung. duduk dengan mak. owh heaven!

aku dah berapa hari cuti.. risau sangat dengan exam. sekarang ni risau pulak dengan bos. ah!mati...

oke chow.

actually aku pening lalat dari semalam . sebabnya menangis smpai bengkak bijik hidung!
dah bye!!!



 muehehehe..............

muka cedih ciyal..
macam tahi. bebucuknye..~!



oke abaikan gambaq sengal ni. operasi merasmi webcam notebook baru muaha~!

Saturday, April 23, 2011

maharaja Lawak- Jambu












kenape awak ikut saye?
best la korang JAMBU!!

muahahaha lawak gila ah

Thursday, April 21, 2011

nota untuk dia~

nota buat hati.

- ehem.! kamu.. dengar sini. saya nak exam. jadi tolong.. jangan buat perangai.
- jangan kamu tiba-tiba meragam.
- jangan kamu nak menangis
- jangan kamu mengingatkan kepada perkara yang mengganggu saya
- jaga permintaan kamu
- jaga niat kamu
- jaga hubungan kamu dengan orang sekeliling
- jaga hubungan kamu dengan Tuhan

ingat tu! jangan tiba-tiba jadi macam-macam pelik-pelik. abaikan yang remeh - temeh. positifkan cas.

aaah. susah tol nak mengawal kau! 


---> this author is talking to her heart. jadi sila abaikan wawawa!

nota Kun Chan~ belajar ini adalah kepentingan aku... kerja berada di bawah.. jadi esok aku cuti lagi. harap maklum....huhu.



Monday, April 18, 2011

kepeh kepeh kepeh

sayang..
orang bahagie..
tapi kan..
kalau sayang bawak orang naik vespa ni 
orang laaaaaaaaaagi.
bahagie.
muehehehehehehe
berangan sat~!
kepeh kepeh kepeh
dalam ladang kelapa sawit.

oke dah.
lariiiiiiiiik!! sembunyik.
aaagegege.

[ ^ --- ^ ]

this is so sweet when i always dreaming about us. kan syg? muahaha.
*malu sikit sikit kemereahan* buduh.
dah . jangan duk sini lame-lame. pegi-pegi.!!haha~

aku tensen tengok pompuan lawa. argh~!









oke bai~!!!

Sunday, April 17, 2011

resepi ~ Bubur Sum Sum.

hari ni tekak mengada-ngada lebih sikit..
mintak nak makan pelam. nak makan megi. 
dan sekarang teringin sangat nak makan bubur sum sum. 
huhuuu
pernah makan x. best. 
sedap. bubur sum sum ni masakan jawe tapi 
die punye stail ala-ala lebih kurang macam kueh lompat tikam..

dulu aku duk batu pahat selalu la dapat makan.
sekarang ni cume terkenang jek boleh. huhuk.

lain hari nanti buat sendiri jek.
ni ha resepi die.
nanti try buat. muahehehehehe.

sedap errr




meleleh ayaq lioq la weii ~!!! kurr.

Bahan2
1 ½ cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
4 cawan santan [½ biji kelapa] (len kali buat nak tambah ½ cawan lagi sebab aku suka lembut sket)
½ s/k garam

Cara2 Membuatnya
1. Panaskan kukusan.
2. Gaulkan semua bahan (aku guna whisker) dan tapiskan dalam periuk atau non-stik wok. (MaDiHa guna kuali biasa aje)
3. Kacaukan adunan sebentar di atas api sederhana sehingga nampak likat. (MaDiHa suka kacau guna whisker.. adunan tak berketul2)
4. Tuangkan dalam loyang yg telah disapukan minyak.
5. Kukuskan selama 5 minit.
6. Tutup api dan sejukkan.
7. Potong dan hidangkan bersama air gula merah.

AIR GULA MERAH
Bahan2
1 cawan gula merah (ku guna gula kabong seketul besar)
1 cawan gula biasa
2 cawan air
1 helai daun pandan simpulkan

Cara.
1. Panaskan semua bahan sehingga mendideh.
2. Tapiskan dan sejukkan.


sumber : SINI

nota Kun Chan~ : nak belajar masak buboq la paih ni. buboq jagung. buboq kacang. buboq pulut hitam. sedap aiiiiih~!

Saturday, April 16, 2011

kau suka binatang apa..

dalam banyak-banyak binatang.. kau suka binatang apa?

burung!!

kenapa suka burung.

sebab burung sentiasa ada satu harapan. 
bila dia terbang, seolah-seolah dia terbang untuk hari ini. 
dan dia masih ada 1 harapan untuk terbang lagi pada esok hari
bila dia patah sebelah sayapnya, dia masih lagi berusaha untuk terus terbang
sebab dia tahu dia perlu kuat untuk teruskan kehidupan. 
biarpun dia sakit tak tertanggung. 
biarpun dia penat lelah mengharung dugaan. 
biarpun dia kehilangan insan yang tersayang.




macam cerita burung helang yang dulunya dia diberi dua pilihan ..
sama ada untuk menerima proses pemulihan yang sangat menyakitkan selama 150 hari atau menunggu saat-saat kematiannya. dan waktu itu, helang telah memilih untuk memulakan proses pemulihan tersebut walaupun betapa sakitnya dia. sehingga cukupnya 150 hari, helang telah kembali ke rupa bentuk asal, dan kembali terbang semula. betapa semangatnya dipuji sehingga helang diberi ganjaran tempoh 30 tahun lagi untuk hidup.
betul kan burung helang itu simbol kemegahan dan kejayaan?


itu cerita burung helang tentang kecekalan dirinya untuk hidup.
ini cerita burung pipit.

pernah dengar kisah keikhlasan dan kesabaran pipit untuk membantu nabi ibrahim?.
Pada suatu hari, Nabi Ibrahim telah dibakar oleh Raja Namrud kerana memecahkan patung-patung berhala.
dan pipit hadir untuk membantu nabi dengan menyedut dan menyimpan air ke dalam paruhnya yang kecil, dan simbahkan ke api yang marak itu.
nampak kan pipit tabah.. dia diketawakan. dia diperlekehkan. tapi dia tak pernah berganjak untuk membantu.
“Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak."





itu kisah kesabaran dan keikhlasan.
ini kisah percintaan dan persahabatan.

ada seekor burung telah melihat rakannya terlantar sakit di atas jalan raya.. apa yang burung itu cuba lakukan adalah berusaha dengan bersungguh untuk menyelamatkan rakannya yang sudah nyawa-nyawa ikan. Tapi ternyata usahanya tidak berhasil bila rakannya sudah mati. Pada saat itu, dia sangat sedih dan berusaha mengangkat rakannya, dengan berteriak "Bismillah, Allahuakabar." dan terus menangis sambil diiringi "Inalilahi wainnailailaihirojiun.. Bahagialah kamu menghadap Allah"
lihat. burung pun ada hati dan perasaan. malah lebih hebat berbanding manusia.



nota kun Chan :>~ aku selalu pandang langit. bila nampak burung - burung terbang, terasa macam nak turut serta menjadi sahabat mereka. sentiasa terbang tanpa rasa jemu. indah~ 
huhu..tarik hingus kejap. sroooot!!

[ ^ -- ^ ]

bye~!