Tuesday, June 17, 2014

Sekian Lamanya.

Bismillah..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Aku rindu.
Telefon yang berdering setiap hari.
Aku rindu.
Suara tua itu.

Emak.

Jangan lah macam ni.
Maafkan anak . sekali lagi.

- kun -
17/6/2014
Rehat. Pelantar ofis.

Monday, January 6, 2014

aku.saya.diri.dia . dan sebenarnya semuanya tentang diri.

bila duduk berteleku sekejap, berfikir.
mungkin ini kifarah.
kifarah atas dosa-dosa saya yang dulu.

jika benar, alhamdulillah Ya Allah,. dan aku sebagai hambaMu. REDHA.

jika ini dugaan, juga alhamdulillah Ya Allah, dan aku. REDHA.

pada saya, doa emak itu yang mujarab.
bila saya jatuh dan Allah turunkan seseorang untuk membantu, itu adalah kerana doa emak.
bila saya alpa, dan Allah turunkan sakit untuk menyedarkan saya, itu juga adalah doa emak.

terima kasih, kerana Allah itu masih sentiasa memerhati, melindungi, dan menyayangi.

untuk seluruh anggota badan dan diri, saya memohon maaf.
untuk segala rasa sakit dan sedih pada hati, juga saya memohon maaf.

sesungguhnya saya memaafkan diri saya.
dan saya tak akan pernah berputus asa.
percaya dan yakin, Allah sentiasa bersama.
dan emak juga sentiasa bersama.

..................................................................................
Pada saya, motivasi diri tu penting. duduk seorang diri, dan fikirkan apa yang dah kita lakukan pada diri, dan juga pada orang sekeliling.
Pada saya, rasa sakit dan dugaan yang Allah turunkan itu juga penting. Sebagai manusia, itu adalah satu cara. Cara Allah untuk manusia sedar dari dunia alpa, biar manusia sakit dan menangis, hingga suatu ketika, manusia kembali mencari diri sendiri yang sebenar. menuju jalan yang benar. biar sakit. biar menangis. biar kesepian. Kerana waktu itu adalah waktu untuk manusia mencari fitrah asalnya.

Pesan saya pada diri,, sentiasalah berdoa, semoga mendapat hidayah Allah. dan semoga mendapat petunjuk Allah. Semoga saya tidak terus hanyut dan alpa.

Ya Allah, terima kasih untuk rasa sakit ini. aku bersyukur.

....................................................................................
Bila semakin hari semakin sedar, dan pengalaman yang telah saya lalui itu memang sungguh berharga kepada diri. Sungguh besar pengajaran dan pedoman.

......................................................................................
Biarlah diri ini hanya untuk Mu. Wahai Maha Pencipta kami sekalian alam..




-kun-
6/1/2014
(Happy 27th kun)

Tuesday, December 10, 2013

jauh dan semakin jauh

kadang - kadang kita sudah pasti dan sudah yakin.
seluruh mata , fikiran semua tertutup
dalam hati hanya nampak dia

kenapa dia hidup hanya untuk dia
kenapa dia bersusah mencari duit juga untuk dia

Ya Allah, sudah tersimpang jauh dia rupanya

dan sekarang bila dia tiada
dia tak ubah seperti mayat hidup
seperti hidup dalam angan-angan yang tidak lagi kesampaian
kembalikan dia.
kembalikan dia dan kegembiraan dia.


Friday, November 29, 2013

Semai bunga itu




Carilah semula diri yang telah hilang itu
Betulkan semula kesalahan yang telah salah dulu
Semaikan semula hidup kamu
Bungakanlah semula diri kamu
Perjalanan masih panjang
Allah ada . Percayalah. Yakinlah.

Sunday, October 20, 2013

Allah Pencipta Sekalian Alam

Assalamualaikum wbt..

=)

Alhamdulillah,
sedikit sedikit aku berubah
sedikit sedikit aku merasakan setiap dosa yang aku buat adalah terletak di bahu ayah.
alhamdulillah..

semua itu dah terserap dalam jiwa

tapi cuma satu.

belum hadir.

ketenangan.

ya Allah ...
bukakanlah lagi pintu hidayahMu untuk aku.. amin..

-hakkun

Monday, August 19, 2013

this is a story about mr. time.


dah berapa banyak dah aku buang masa aku untuk perkara yang tak pernah menjadi realiti dalam hidup aku.-okay bye!

oh ya kalau dah start nak menulis makin banyak lah benda yang mencurah curah memaksa aku untuk menulis. tapi masa masih belum mengizinkan lagi. oh ok. masa sudah tamat. so then bye!

Monday, July 8, 2013

stalker tu apa

stalker tu apa

kadang bila hati terasa curiouuuuuuuuuuuus yang amat. aku jadi stalker
tapi bila kebenaran terbongkar, hati sendiri jadi sakit.

*sigh..
pijah..pijah..
why you so mysterious uniqueness.

hidup ini biasa biasa sahaja

antara perkara yang aku minat dan perkara yang aku suka biasa biasa sahaja



aku sudah tidak dapat membezakan mereka.

mungkin bila sudah semakin meningkat umur jadi aku anggap.
jangan sangat ikut hati. ikut saja apa yang sudah diaturkan.
betulkah?

mungkin betul. *ya....


Wednesday, June 5, 2013

Cara Melupakan Kekasih Lama Kesedihan Lama

mami datang bawak pisang.
pisang goreng masak goreng.
oh whatever lah

you ols . lupakan kesedihan you ols sekarang! kau paham ke tak paham nih. okay okay. sesiapa yang tengah bersedih tengah kurung diri dalam bilik tengah tegheyak (menangis nak habaq hang) sedu sedan tu. tolong berhenti.

senang cerita kau tengok sekeliling kau. ada orang tengah berlari lari tak? ada kereta tengah berpusu pusu tak? ada pakcik tengah bawak cucu tak? itu yang baik. atau kau tengok sekeliling kau ada orang gila ada pengemis. amacam? kau nak jadi yang macam mana.

hello come on. semua orang tengah berlari lari nak kejar itu kejar ini. sorang sorang merungut tak cukup masa tak cukup masa ada banyak benda nak kena settlekan. tapi kau?eh hello ? kau pulak boleh duduk termenung asyik duk terpikir masa silam yang dah berlalu? no no. tu buang masa namanya. menzalimi diri sendiri sebab tak redha dengan qada qadar Allah. menzalimi diri sendiri sebab asyik bagi makan hormon sedih. menzalimi diri sendiri sebab masih berada di jalan belakang. pintu belakang. tak berganjak ganjak daripada masa lalu. bangun oi bangun!

tak payah nak meratapi sangat dah. kau ada ibu bapak. kau ada kakak abang adik kawan kawan. go to hell dengan lelaki lelaki yang buat hidup kau sengsara tu. kau kurus kering ka sedih tertonggeng ka apa dia kisah dah. yang kisah sapa? mak ayah kau jugak...

kembali kepada realiti. bukak mata luas luas tengok dunia sementara Allah ni. bukak telinga luas luas dengar bunyi bunyian yang bising ni. bukak mulut. bukak mulut makan nasik, senyum, gelak ketawa, kesian muka kau. asyik ketat tak sudah sudah.

okay jom... buang semua kesedihan yang dah berlalu. masuk dalam plastik sampah hitam. bungkus ketat ketat. lempar dalam sungai . kalau dalam empangan tahik lagi bagus. hahaha. and say good bye. good bye.. and you ll found yourself are smiling. pandang hadapan, dan move forward. you have life. your own life..
be energetic, and walk! walk!

dan last bebelan, nak ingatkan,, satu yang penting ialah, jangan kau letak dalam hati kau fikiran kau, kau nak buktikan dekat dia yang kau boleh buat. yang kau bahagia. no . jangan dan sesekali jangan.. bila mentality kau dah set matlamat tentang kebangkitan diri kau semula adalah semata mata kerana nak buktikan kepada lelaki lelaki itu, nak dia jegil mata terkejut tengok kau.. oh tak payah nak berangan sangatlah. tinggi sangat matlamat tu. tu pura pura bahagia namanya.. sebab apa?, sebab bila kau dah berjaya tunjuk kepurapuraan bahagia kau dekat dia tu, kau akan start cari dia balik. dan kau jadi lemah balik bila akhirnya kau tengok dia dah ada someone special . nampak permainan hati kau di situ? jadi buang terus, dan tetapkan matlamat hidup kau ialah, kau nak gembira, kau nak beribadah in whatever thing kau buat(means benda yang baik baik lah kan), kau nak penuhkan setiap waktu waktu yang berjalan sepanjang hari kau dengan sesuatu yang terisi dan berisi. kau nak esok bila kau bangun pagi kau re-energizes. kau happy.

sebab apa kau kena walk! walk! walk!. sebab kau kena percaya Allah..
percaya Allah sedang memerhati Allah sedang mendengar Allah telah merancang sesuatu dan Allah telah mengetahui segalanya. Percaya tu. kena percaya okay !

dah dapat sedikit sebanyak energy yang kakak bagi?
alhamdulillah kalau dapat.
kalau belum dapat cuba lagi sampai dapat. pergi ambil wudhuk, sembahyang, dan cari semula diri sendiri.
kembali kepada fitrah yang asal. hati kau , jasad kau, semuanya sedang gersang sebab kurang beribadah dengan Allah. kau kejar cinta manusia, tapi kau lupa cinta Allah..

find yourself back.
*insyaallah,..

notasawan: nasihat dan bebelan ni turut terkena dan menampar hati dan jasad sendiri. sendiri telah sedar dari tidur yang panjang, dan bangun untuk kongsi rasa dan cara.. i think, i ve found myself back. alhamdulillah, teruskan istiqamah.

ok bye u ols.
 thanks for reading. sayang u ols.